Assalamualaikum kepada semua pembaca setia IIUM Confessions.
Tengok tajuk pun kurang best kan? Sebenarnya itulah apa yang aku rasa dulu, kini, dan masa akan datang tak tahu lah.
Aku berumur pertengahan 20-an dan dah hampir dua tahun berkahwin. Aku berkahwin dengan suami aku atas dasar cinta.
Aku bahagia sangat hidup berdua dengan dia. Walaupun kadang-kadang bertikam lidah juga, tapi kami cepat-cepat selesaikan.
Tanggungjawab pun kami laksanakan dengan baik. Kerja rumah pun buat sama-sama. Aku memang happy sangat hidup berdua dengan dia.
Cuma satu sahaja masalah aku, iaitu tiada keinginan untuk mempunyai zuriat.
Puas aku paksa diri aku untuk berasa ‘happy’ untuk memiliki anak, cuba berimaginasi macam mana saat-saat bahagia bawa anak-anak pergi holiday, atau layan telatah mereka.
Aku cuba la jugak tengok video telatah manja dan comel anak-anak orang lain. Tapi aku tak dapat ‘feel’ tu. Rasa awkward lagi ada.
Tapi kalau tengok video kucing memang tersenyum lebar la aku. Aku lebih suka kucing berbanding budak-budak.
Aku langsung tak rasa apa-apa bila mana kawan-kawan sebaya aku semua dah ada anak siap bertambah-tambah lagi. Aku tumpang happy tengok mereka happy dengan anak masing-masing.
Seminggu sebelum kahwin dulu pun aku dah standby siap-siap RM500 untuk pasang implan perancang kehamilan.
Disebabkan perancang jenis tu tahan sampai 3 tahun dan keberkesanannya pun mencapai 99%, aku sanggup menabung semata-mata untuk itu. Aku tak nak cuba perancang jenis lain yang lebih murah sebab aku risau ‘lekat’.
Aku minta persetujuan bakal suami dahulu ketika itu sebelum pasang dan dia bersetuju. Dia sangat faham yang aku tak bersedia lagi. Nak ‘honeymoon’ dulu kononnya.
Tapi sekarang dah masuk dua tahun, aku dah boleh baca yang suami aku memang dah teringin sangat nak memiliki anak. Yela kawan-kawan dia pun yang mana dah kahwin semua dah ada anak berderet.
Dia takdelah cakap terus terang nak anak. Cuma guna bahasa kiasan yang aku sangatlah faham maksud dia.
Contohnya dia akan cerita la nanti anak kita lahir, kita bawa dia pergi sana, sini bla bla bla. Dan setiap kali dia sebut pasal anak, pasti riak wajah aku berubah menjadi kelat.
Sebenarnya aku ada childhood trauma yang agak mendalam di mana waktu kecil aku takde lah seindah orang lain. Aku pendiam, selalu dibuli dan tak ada orang nak kawan dengan aku.
Fizikal aku yang jelek pun buatkan orang ejek aku termasuklah family aku sendiri mengejek rupa aku. Kakak aku macam benci aku. Mak aku pulak agak pilih kasih dan ayah aku terlampau garang dengan aku.
Tapi bukan yang ini topik utama aku. Cuma aku rasa mungkin ni salah satu sebab kenapa aku ‘tak boleh’ dengan budak-budak.
Aku tak pernah sukakan budak-budak. Kalau aku pergi restoran atau kenduri dan meja sebelah ada budak menangis tak henti-henti atau ada budak-budak bising aku auto pindah meja lain.
Aku pantang dengar budak menangis. Anak saudara sendiri pun aku pernah maki hamun sebab kacau aku. Last-last tak ada seorang budak pun berani nak dekat dengan aku.
So melalui penceritaan aku ni korang dah boleh agak aku ni macam mana. Aku tak yakin yang aku boleh jaga anak aku dengan baik.
Aku risau kalau-kalau aku terpukul anak aku bila mana mereka buat perangai. Aku tak yakin yang aku boleh jadi ibu yang baik. Kesian suami aku dapat isteri macam ni.
Aku ada beli kit ujian kehamilan sebab dah tak datang bulan lama so risau la kalau lekat. Tapi boleh pula aku tersenyum bila naik satu line je. Gilakah aku ni? Ye memang gila.
Lepas tu aku kerap cari ilmu pasal bersalin, cara berpantang apa semua tu. Aku risau kalau tiba-tiba ter pregnant tanpa ilmu. Aku cuba baca pasal pengalaman bersalin orang lain.
Tapi makin aku baca, makin aku rasa tak nak bersalin. Sebab aku jenis tak tahan sakit. Baca pengalaman mereka sahaja cukup buat aku rasa trauma dan ngilu. Lemahnya aku.
Aku tak kisah korang nak kecam atau apa. Dan yang aku pasti mungkin akan ada nanti orang komen,
“Anak tu rezeki, tak baik cakap tak nak anak. Nanti Allah tak bagi terus baru tahu.” “Nanti suami awak cari lain baru tahu”.
“Allah boleh bolak-balikkan hati awak. Sekarang memang tak nak. Suatu hari nanti awak rasa nak sangat-sangat dan masa tu jangan menyesal kalau Allah terus tak bagi anak.”
Semua ayat tu memang aku dah hafal & dah ada dalam kepala aku.
Dan sekarang saat menaip ni dah terdetik di hati kecil aku “tak pe tak dapat terus pun aku okay je.” Astaghfirullahalazim. Harap Allah ampunkan aku.
Aku yakin kalau suatu saat Dia beri aku zuriat, itulah yang terbaik untuk aku sebab perancangan Allah memang yang terbaik buat hambaNya. Akan aku usaha jaga dengan baik.
Sekarang aku tak boleh buang lagi implan ni sebab aku baru sahaja dapat kerja. Insha Allah, lagi setahun. Doakan aku.
Kalau ada yang sudi bagi semangat untuk aku hilangkan rasa ‘tak nak anak’ ni, aku appreciate sangat. Sekian dari saya.
– Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit