Tiada Kesudahan

Waktu artikel ini di tulis, mata ini masih segar seperti biasa..

Selepas melalui hari hari yang memenatkan, selepas seharian penat bekerja,

Masih lagi melayan sang buah hati.. Orang penat, rehat, tapi tak si dia..

Dia penat suka cari gaduh-gaduh, kadangkala benda yang simple, yang tak perlu pun jadi isu bagi aku.

Permohonan maaf, yang bagi aku bukan isu besar, kadangkala dia tertidur waktu kami tengah texting, dan pagi tu dia say sorry sebab tertidur..

Aku pun okey lah, sebab benda tu normal, tak perlu dijadikan isu.. Nohh rokiah, sampai ke malam isu ni..

Lepas dia balik kerja, jadikan isu untuk kami bergaduh, tapi aku? Jenis aku benda tu memang mudah lupa.. Jadi, tak perlu nak say sorry untuk perkara yang remeh.

Tapi bagi dia takkk.. Dia tetap anggap benda tu besar, sampai mengeluarkan kata-kata yang agak tajam.. Dia cakap aku ni, layan acuh tak acuh, ibarat dia tu terhegeh-hegeh dekat aku.

Dan aku tegas kan, benda benda remeh macam tu jangan diperbesarkan.

Waktu kalau penat rehat, bukan cari gaduh dengan pasangan.

Bukan sekali 2 jadi dengan kami, terlalu banyak.. Sampai ada ketika tu, pergaduhan kami block 1 sama lain, last2 berbaik macam kucing parsi pulak..

Itu lah kami..

Adakala bila bergaduh memang masing-masing, otak luar dari kepala, otak tiber2 hilang..

Penat sebenarnya.. Aku tak tau, banyak dah redflag dalam kami punya relay, but aku denial..

Konon malas cari yang lain, bermula sekali lagi, kenal orang baru..

Tapi hubungan kami, hubungan yang tak sihat, berbalah benda yang tak perlu…Bila berbaik macam belangkas, say ‘love u’ tu sehari 1 juta kali, kalau boleh..

Aduh entahlah, semoga Allah bagi aku kekuatan untuk keluar dari hubungan yang tak sihat dan semoga yang baik baik sahaja..

– RAFFLESIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *