Tiada Lagi Nikmat Hari Raya

Assalamualaikum min, min sihat tak min? Harap hendaknya min sihat sentiasa.

Sempena masih di bulan syawal ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada min dan seluruh warga kerja samada dalam atau di sebalik tabir IIUM Confession.

Aku cuma nak luahkan apa yang telah terbuku di hati aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang terjadi pada diri aku min.

Nama aku Syawal (bukan nama sebenar) ada seorang isteri bernama Puteri (bukan nama sebenar) dan tiga orang anak hasil perkahwinan kami selama lapan tahun.

Untuk pengetahuan min, aku dan anak-anak dah empat tahun tak dapat balik beraya di sebelah keluarga aku min.

Dan begitulah juga yang terjadi kepada anak-anak aku tak dapat berjumpa dengan tokbah dan tokmaknya selama empat tahun ini.

Aku luahkan sebab aku dah tak boleh tahan dengan dugaan ini min. Aku rasa aku macam dah tak kuat dah min menanggung kerinduan, menanggung kebersalahan terhadap orang tua aku min.

Aku tahu dan pasti, kedua orang tua aku walau macam mana sekalipun sedikit sebanyak mesti kecik hati dengan aku min. Aku rasa aku macam dah jadi anak derhaka. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa aku.

Ianya bermula pada satu kejadian di mana ada sekali tu aku balik kampung bersama isteri dan anak-anak sebab ada majlis perkahwinan sepupu aku min, pada masa itu isteri dalam keadaan badmood. Aku pun tak tahu sebab apa isteri badmood.

Ibu aku tegurlah kat isteri aku “Puteri, Puteri dah makan, nanti nak makan Puteri pergi ke rumah Auntie Laila tau”.

Ibu aku just tegur macam tu je min. Min tahu apa jadi, lepastu isteri aku naik angin min. Dia cakap aku tahulah nak makan cari sendiri, sibuk-sibuk tanya dah kenapa?? Lepas tu kami pun bergaduh min, terus kemas-kemas dan balik.

Anak-anak aku nangis min taknak balik. Aku pun nangis juga. Ibu dan ayah aku min adalah insan yang baik gila. Walaupun tak kaya dari segi harta, tapi kaya dengan adab dan kehormatan.

Isteri aku ni min, dia overthinking dan oversensitive. Setiap kali kalau balik kampung aku je, mesti badmood.

Contohnya aku dah plan sehari sebelum raya kitorang balik nak sambut raya. Dia punya badmood min, sampai aku kena pujuk, pujuk dan pujuk, last sekali balik selepas solat hari raya min.

Kerap sangat berlaku macam ni sekiranya balik ke belah aku min. Kalau balik ke rumah keluarga dia bukan main min. Laju je min. Aku tahu isteri tak suka balik ke kampung aku. Yelah, keluarga aku kan miskin min.

Start dari kejadian tu hingga sekarang lebih kurang empat tahun tak balik min. Isteri aku juga melarang aku untuk balik min. Dia cakap kalau kau balik, kita cerai. Gila ke tak min. Even kalau ada berlaku kecemasan pun dia tak bagi balik min.

Kadang aku terfikir, isteri ke suami yang ada kuasa vito. Ikutkan kalau aku nak balik pun, aku tak perlu mintak izin ke dia untuk balik jumpa kedua orang tua aku. Aku takdalah sampai tak balik betul min, cuma aku tak dapat nak tidur sahajalah min kat rumah orang tua aku.

Kebetulan kerja aku banyak outstation, aku akan singgah juga ke rumah orang tua aku untuk melihat perkembangan diorang min secara sembunyi. Aku kesian kat anak-anak aku je min, dah empat tahun diorang tak balik min.

Perbezaan aku dan isteri ialah aku orang biasa dan isteri orang kaya. Aku orang kampung dan isteri orang bandar.

Sungguhpun begitu, aku sentiasa berusaha untuk mewahkan isteri dan anak-anak aku min. Aku sayang sangat-sangat kat isteri aku min.Walaupun pernah kena sepak terajang, aku tetap sayang.

Dia punya overthinking dan sensitif sangat kadang membuat aku kesian kat dia min. Aku macam dapat rasa yang isteri aku ni monster yang mental. Aku kadang kesian tengok dia min.

Untuk pengetahuan min juga, anak-anak aku lebih suka balik ke kampung aku berbanding balik ke rumah keluarga isteri. Selama empat tahun ini juga, hari raya kami disambut dengan pergi ke rumah keluarga isteri, pergi melancong.

Nikmat hari raya yang selama ini di sambut dengan keseronokkan kini aku dan anak-anak dah tak dapat merasai lagi nikmat itu min.

Sambutan hari raya belah keluarga isteri aku raikan dengan penuh keikhlasan di hati. Aku menyantuni keluarga belah isteri dengan baik tanpa ada perasaan dendam pun terhadap isteri.

Setiap kali aku ajak balik kampung, isteri akan memarahi aku macam nak mati min. Kami akan jadi gaduh besar. Perkataan cerai akan sentiasa keluar dari mulutnya min.

Even aku nak bawa anak-anak sahaja balik kampung tanpa dia perlu ikut, isteri turut melarang macam nak mati juga min. Aku tak suka nak bergaduh-gaduh min. Aku penat dah min.

Raya kali ini, tanpa sebutir perkataan pun keluar dari mulut aku untuk pelawa dia balik ke kampung aku. Pada hari raya kelima aku menulis luahan ini pun aku belum balik melawat kedua orang tua aku min. Derhakakah aku min sebagai anak? Dayuskah aku sebagai suami?

Kenapa isteri aku menjadikan aku sebagai seorang yang Dayus? Sedih min, sedih sangat. Aku taknak semua ini berlaku. Kadang terbangun malam terjaga aku menangis min, menangis dalam diam.

Benarlah orang kata untuk mencari pasangan carilah yang sekufu dan faham. Sekufu ni dari semua segi. Agama, harta, keturunan, latar belakang. Bila kaya vs miskin, orang miskin akan sentiasa dihina.

Pada saat ini aku sangat rindukan keluarga aku, sangat rindukan menyambut hari raya bersama-sama mereka.

Aku dah mula dapat rasakan nikmat yang Allah kurniakan selama ini sedikit demi sedikit Allah dah mula tarik nikmat itu min. Memutuskan silaturrahim, nikmat kerezekian aku makin sukar min.

Aku sekarang rasa makin tak cukup min dengan nikmat kerezekian ni. Hutang makin bertambah. Aku perasan dah, tapi isteri aku tak nampak semua ini.

Doakan aku ye min dan pembaca sekalian. Harap hidup aku akan kembali normal seperti sebelum ini.

– Syawal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Sedih betul baca kisah awk ni..kesian mak ayah..tahajjud dan istikarah jalan terbaik…mohon petunjuk Allah..doa supaya isteri awk berubah..doa Allah tunjukkan hala tuju perkahwinan awk..semoga awk temui jalan penyelesaian

  2. isteri kau tu takda adab. dan kau sebagai lelaki penakut sangat kenapa? aku hairan sungguh la. kalau isteri perangai tak elok mesti suami sayang.

  3. Nasihat aku sama macam nasihat jab agama kepada isteri yang mintak cerai sebab kena abuse suami. Sabarlah dengan ujian tuhan. Mesti ada salah diri sendiri yang tak nampak. Macamanapun isteri tu cerminan suami, sanggup ke tengok isteri masuk neraka?

  4. Kenapa ikut cakap bini sampai tak balik tengok ibu bapa sendiri? Saudara kata ibu bapa saudara baik, jadi saudara tak kesian kat mereka ke, tak balik bertahun2 semata2 mengikut cakap isteri yang tak rasional tu?

    Banyak saja orang yang kaya kahwin dengan orang yang miskin tanpa masalah. Ini bukan kerana tak sekufu, ini adalah disebabkan perangai isteri saudara yang tidak beradap dan tak menghormati ibu bapa saudara.

    Saudara perlu buat pilihan. Saudara perlu tegas untuk menegakkan keadilan dan memperbetulkan kesalan

  5. ceraikan je la….nk hidup dgn isteri macam tu sampai ke tua ? isteri boleh di cari, mak ayah kekal dan tak boleh di cari…

  6. ini baru betul takut bini.

    lepas kawin,bini taknak ikut aku balik rumah orang tua aku.
    seminggu sekali taknak.
    sebulan sekali pun taknak.
    senang cerita dia memang taknak ikut aku balik rumah orang tua aku lah.

    setahun kemudian,aku ceraikan dia.
    aman damai hidup aku lepas tu.
    syukur Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *