Tiada Maaf Bagimu II

Assalamualaikum. Hi warga IIUM Confessions sekalian. Ni sambungan kepada kisah aku, https://iiumc.com/tiada-maaf-bagimu

Thanks kepada semua untuk yang memberi nasihat and sokongan, memang sikit sebanyak menaikkan semangat aku. Tak kurang juga yang mengecam sebab geram aku masih bertahan. Ya aku faham sangat kenapa korang marah , haha.

Ending cerita aku macam tergantung. Waktu aku tulis luahan aku yang pertama tu, memakan masa seminggu juga untuk admin IIUM Confession siarkan, waktu itu aku dah pun angkat kaki dari hubungan yang toxic ini.

Aku dah tak tinggal sebumbung dengan suami selama 3 bulan, dan aku juga dah failkan penceraian juga. Hanya menunggu masa untuk lafaz cerai di mahkamah tak lama sahaja lagi. Bukan masih pertahankan rumahtangga yang macam korang fikirkan tu ya, hehe.

Kenapa lama sangat untuk aku keluar dari perkahwinan ni? Banyak sebab ya tuan puan. Bukan senang nak mengakhiri sebuah perhubungan lagi lagi perkahwinan yang dah mempunyai anak. Hanya yang melalui sahaja faham perasaaan tu.

Lelaki itu, cukup aku gelarkan dengan Z sahaja. Dia seorang suami yang tersangatlah romantik, tak berkira langsung, pandai bermain kata, plus ada rupa, cukup ‘romeo’ lah kalau nak describe.

And dia juga memang pandai ‘psiko’ aku sampai aku percayakan dia dan meragui diri aku sendiri.

Kenapa tak angkat kaki dari pertama kali tahu dia cuba melanggan ‘tukang urut’? Aku jawab ya. Masa tu aku tak cukup bukti, cuma ada gambar survey harga hotel. Itu sahaja.

Dia memang nafi sekerasnya, mengatakan tolong survey hotel untuk family member lelaki dia yang nak datang dari kampung. Ya, aku memang susah nak percaya. Tapi nak tuduh dia sekerasnya pun aku tiada bukti.

Then macam mana aku tahu tu ‘tukang urut’? Panjang ceritanya, tak usahlah aku terangkan. Tapi aku tahu pun hanya selepas setahun kemudian ya. Dia cakap masa tu dia pun tak tahu kenapa dia terpikir nak buat macam tu, tapi dia cakap tak buat pun.

Sekerasnya menafikan siap bersumpah atas nama Allah bagai. Wallahualam lah, tu urusan dia dengan Allah kalau dia menipu. Aku tak boleh fitnah kalau aku takde bukti, hanya mampu berprasangka sahaja.

Z jenis yang tak kan mengaku kesalahan dia kalau aku takde bukti yang kukuh untuk tunjuk kat dia.

Dia memang akan twist habis habisan, sampai jadi nampak salah aku pula. Buat sampai aku jadi paranoid samada aku ke dia yang salah sebenarnya. Sebab tu aku cakap dia memang pandai psiko aku.

Yang pasal scandal dia tu pun, kalau tak sebab kantoi aku siap tengok message lucah dorang, gambar dan video bagai, sampai bila pun dia takkan mengaku.

Kalau aku nak tunjuk kesalahan dia, memang aku kena tunjuk bukti, baru lah dia tak boleh nak bagi excuse cakap dia tak buat.

Sebab itu jugalah aku cari scandals dia. Sebab Z takkan mengaku. Kalau aku tunggu jawapan dia, sampai kesudah aku akan ditipu dan diperbodohkan. Sebab itu aku nak dengar dari mulut perempuan-perempuan itu sendiri.

Orang yang curang ini, dorang sangat takut kalau mereka juga dicurangi ya. Haha. Sebab Z, selalu mencurigai aku. Kemana aku pergi dia akan call berkali-kali. Kalau aku busy attend patient sampai tak sempat nak angkat or reply message dia, dia akan call ward aku.

Kadang-kadang sanggup datang hospital untuk check aku pergi kerja ke tidak. Kelakar pun ada. Messages aku, call log, google, email, semua dia akan check. Kau yang curang, kau pulak yang gelabah ya. Tak faham betul.

Then kenapa tak terus bercerai sahaja waktu tu? Kenapa rujuk balik? Kalau ikutkan hati dan perasaan, memang aku betul betul taknak teruskan dah hubungan waktu tu. Dan penceraian yang lepas membabitkan kedua belah keluarga.

Alhamdulillah aku betul betul ada family support saat aku ditahap paling terendah dalam hidup aku masa tu. Ibu mertua aku menangis dan merayu meminta aku untuk tidak tinggalkan anaknya.

Dia cakap anak dia akan ‘lost’ tanpa aku dan anak-anak. Ibu mertua memohon aku untuk bagi peluang kedua, untuk pikirkan anak-anak aku kalau membesar tanpa bapa. Ya, kasih seorang ibu, seteruk mana pun anak nya, dia akan tetap menyebelahi anaknya sendiri.

Keluarga aku juga sama. Walaupun tidaklah seperti memaksa, tapi mereka meminta aku untuk berpikir panjang demi anak-anak. Kerana saat itu nampak suami aku seperti menyesal sungguh.

Suami aku juga minta maaf pada kedua ibu bapa aku dan ibunya atas apa yang dia dah lakukan pada aku.

Dan kalau lah betul dia bertaubat, siapalah aku untuk menidakkan semua ini?

Aku tinggal jauh dari keluarga aku. Jika aku meneruskan untuk bercerai waktu tu, aku harus keluar rumah dan cari rumah yang lain sebab aku tinggal bersama mertua.

Bukan soal kewangan yang aku khuatirkan, tapi siapa yang akan jaga anak-anak bila aku oncall 36 jam di hospital? Mana mungkin aku pilih untuk tinggalkan anak-anak aku dibawah penjagaan keluarga mertua sepenuhnya. Anak-anak sangat rapat dengan aku.

Tapi banyak hikmahnya dalam masa tak sampai setahun ini aku cuba bertahan. Sejak dari peristiwa curang itu, aku nampak macam hubungan kami tiada masa depan.

Walaupun suami melayan aku dengan baik, tapi aku dah pun tawar hati. Dengan rasa curiga dan hilang 100% kepercayaan aku terhadap dia, aku rasa rumahtangga ini tidak kemana.

Dalam diam diam, aku ikhtiarkan untuk menukar tempat kerja ke negeri aku. Segala insurans aku, hibah aku, aku tukar nama dari penerima suami aku kepada ibu bapa aku.

Alhamdulillah, doa aku dan ibubapa ku makbul. Tak sampai setahun, aku diluluskan untuk ditukarkan ke hospital di negeri aku.

Dalam keadaan rumah tangga yang goyah, dengan krisis rumah tangga episod curang yang kedua, Allah betul betul nak selamatkan aku dari hubungan ini. Disebalik dugaan yang aku terima, Dia juga memberi aku jalan keluar.

Aku balik ke negeri kelahiran aku membawa anak-anak. Aku tidak perlu risau lagi kemana aku harus pergi. Aku ada keluarga aku di sini.

Aku ada harta di sini, ada tanah sendiri untuk aku bina rumah kemudian hari. Yang paling penting, aku tidak keseorangan mengharungi waktu getir ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Ya, takkan mati hidup tanpa cinta manusia. Dalam tak sedar, aku dah pun melepaskan dia dari hati aku juga.

Kalau dulu aku hari-hari menangis, on the way pergi kerja pun menangis, masa tengok patient pun tiba-tiba berair mata ya. Pathetic sungguh aku waktu tu kalau diingatkan balik. Haha

Z seakan bermain tarik tali dengan aku sebelum aku betul-betul meneruskan niat untuk bercerai. Dia selalu melarikan diri dari aku. Ya, aku minta cerai dari dia.

Setiap kali aku buka mulut pasal hala tuju hubungan ini, dia akan keluar dari rumah or letak phone. Dia cakap dia belum ready lagi, bagi dia masa.

Aku dah bagi dia berbulan masa lamanya. Dan cukuplah setakat itu. Aku dah nekad. Aku harap dia bagi kerjasama masa perbicaraan mahkamah nanti.

Seteruk mana pun dia, sezalim mana yang dia dah lakukan kepada aku, aku tidak akan sesekali menafikan 1000 kebaikan dia yang lain.

Mungkin jodoh kami tertulis setakat ini sahaja. Aku dah cuba yang terbaik aku mampu, dan kerana itulah aku berani untuk melepaskan semoga tidak akan ada penyesalan dikemudian hari.

This duniya is not a resting place, it’s a testing place. Percaya qada dan qadar Allah, dan tawakkal lah. Sebalik ujian ada rahmat Allah.

Dan aku doa kalian semua diberkati Allah, dicekalkan hati kerana ujian kita semua tidak sama. Assalamualaikum wrt.

– Dr Soulless (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *