Assalammualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah. Apa yang aku mahu cerita kan ni adalah sesuatu yang sangat rumit dan membebankan. Kadang rasa macam tak masuk akal, macam dalam drama.
Aku dah 6 tahun berkahwin, dengan jejaka dari seberang tambak di selatan tanah air. Ibu aku pun berasal dari negara yang sama, jadi bila jodoh sampai tu walau rasa berat, tetap aku terima.
Menyesal rasa disitu. Kalau lah aku boleh undur masa, nescaya aku pilih untuk tolak lamaran suami yang aku gelarkan dengan nama samaran Ali.
Ali seorang Duda, ya seorang Duda yang konon nya mempunyai seorang anak perempuan. Aku dah lama kenal Ali, dalam 5 tahun sebelum kahwin.
Masa tu kami kawan biasa, yang kenal melalui mutual friends. Entah macam mana jadi selesa berbual di talian, texting di Skype.
Banyak luahan yang di luah pada aku, ada beberapa hal yang rumit yang pada masa tu aku anggap Ali ni Paranoid saja. Lama kelamaan aku macam rasa Ali ni baik orangnya.
Singkat kan cerita, Ali jatuh cinta dan niat mahu peristerikan aku. Masa tu aku macam 50/50. Yelah selama ni Kita dengar luahan Dia, banyak yang mencurigakan.
Cuma silap aku, tak minta bukti.. aku cuma suruh Dia jumpa parents aku saja minta izin. Bila ingat semula, macam nak lempang muka sendiri.
Fast forward, arwah bapa aku setuju jela sebab aku pun bagi green light kan. Maka, kami bernikah dengan Mas Kahwen $100 tak silap aku.
Tak ada hantaran, bapa aku lebih suka tidak membebankan sesiapa. Lepas kahwen, aku kene tinggal bersama bapa Ali dan anak perempuan dia.
Di negara ni, rumah yang dibeli dengan kerajaan biasanya perlu kan 2 penama jadi Oleh sebab ibu bapa Ali dah bercerai badan bapa Ali sudah lama tidak bekerja,
Ali rasa macam tanggung jawab Dia kena duduk dengan bapa. Ibu nya berkahwin lain tak lama lepas cerai. Cerita Bermula lepas aku berkahwin.
Bapa Ali seorang yang tiada latar belakang ilmu agama. Banyak bergantung pada ilmu hitam, percaya pada bomoh dan lain lain.
Aku bab sebegini memang tak berapa nak masok dalam otak. Keluarga aku Tak percaya pada perkata khurafat lagi lagi yang boleh memesongkan akidah.
Ini lah silap aku. Silap kerana tidak mengenali keluarga Ali sebelum bernikah. Silap kerana hanya menilai Ali seorang tanpa mengambil kira keluarganya.
Di negara ini, seorang Muslim boleh berkahwin dengan bukan Islam di bawah undang undang civil tanpa menukar agama. Adik beradik Ali ada yang berkahwin atas dasar ini.
Aku Tak kisah la, hidup mereka kan. Yang aku kecewa, Ali tidak beritahu latar belakang keluarga nya. Rasa macam kena tipu hidup hidup. Semua yang Ali ceritakan pada aku, memang hanya yang baik.
Lepas setahun kahwin, aku belum mengandung jugak. Tiap tiap bulan aku memang menunggu sebab zuriat adalah satu kepentingan untuk aku, memang aku tersangat suka dan mahu keluarga kecil sendiri.
Aku sampai sanggup ulang alik pergi gynaecologist sebab nak kan kepastian.
Lepas dapat tahu aku ada cyst, size 0.1cm di ovari memang aku terus operate buang. Konon ingatkan pasal cyst la aku Tak sangkut.
Walau doctor dah banyak kali nasihat yang cyst aku kecil dan tiada effect pun untuk mengandung, aku tetap buang juga.
Yelah, Dia kan dah ada anak perempuan, so kekurangan mesti pada aku kan?
Tetttt. Wrong. Rupanya anak perempuan Ali, bukan darah daging Ali. Hal ini diketahui oleh bapa Ali dan Ali semasa bekas isteri mengandung lagi.
Bapa Ali yang nasihatkan Ali untuk terima sahaja, benda dah jadi katanya.
Hal ni aku tahu pun Lepas aku macam dah depress, dah tak tahu nak buat apa lagi. Gynea aku minta Ali untuk buat sperma count test. Result kembali dengan kadar 0. Zero sperm detected.
Ali menghidap absent Vas deference yang berlaku sejak di lahirkan. Cuma Alhamdulillah, Dia ada sperma di testical, so kena manually extract.
Proses ni makan tahun ya para Pembaca. Walau aku tahu anak perempuan nya bukan anak kandung, Dia masih ada bersama aku.
Hal ini masih lagi rahsia. Ali mengatakan Dia mahu berterus terang setelah anak dia baligh. Aku macam, wow.
Selama ni, bila pelbagai soalan dilemparkan pada aku, tomahan dari keluarga Dia pada aku, status ‘mak tiri’ yang sentiasa jadi topic, jadi sebab di racun pelbagai gelaran, Ali senyap saja.
Aku macam terfikir, punya la elok kau jaga aib bekas isteri kau, Tapi kau bukak ruang untuk orang aib dan fitnah kan aku. Aku ni apa sebenarnya?
Kambing hitam ke? Anak tiri aku memang selalu termakan racun adik beradik, Ibu bapa Ali. Memang semua benci aku sebab aku ni penyebab anak dia jadi ‘orang lain’ di mata mereka.
Dulu kami duduk Di rumah kerajaan, Lepas beberapa tahun Allah rahmati kami dengan rezeki lebih, kami beli rumah persendirian, kondominium yang memang diniatkan untuk anak lelaki kami yang lahir hasil 3x ivf.
Banyak masalah, fitnah selepas kami beli rumah ni. Satu sen pun kami tak minta sesiapa, malah duit hasil jualan rumah lama 100% bahagian bapa Ali disalurkan semula pada kwsp. Ini law disini.
Agak rumit nak diceritakan. Sekarang fitnah terbaru, konon nya kami beli rumah ni pakai hasil jualan rumah kerajaan tu.
Kelakar. Rumah kerajaan 3 bilik tu 20% sahaja dari harga rumah sekarang, Dan hal ini diketahui umum. Itu pun masih orang percaya akan fitnah yang tak masok akal.
Aku biar aje orang fitnah, sebab bukan mereka yang beri aku makan. Tapi Ali sangat terkesan.
Patot la semasa dapat tahu bekas isteri mengandung bukan anak dia, dia pilih untuk merahsiakan. Rupanya Ali seorang yang pentingkan apa yang orang lain berkata.
Aku rasa terperangkap. Macam mana hubungan anak aku dengan ‘Kakak’ dia. Mereka bukan muhrim. Kalau Ali meninggal, macam mana dengan anak perempuan dia?
Hubungan kami memang sangat tak rapat, aku hadir semasa Dia berumur 8 tahun. Walaupun duduk bersama aku, Dia lagi selesa mendengar racun berbisa dari makcik makciknya. Aku biar kan jela. Malas, penat.
Aku cuba ajar mengaji al Quran, Tapi bila aku tegas sikit habis Bapa Mertua aku marahkan aku.
Sampaikan dia suruh aku berhenti ajar. Aku cari kan Ustazah, Tapi semua sambal lewa saja. Bapa Mertua aku bukan tua sangat, baru 60-an tetapi lagaknya macam dah berumur 80an.
Solat? Sejak aku kahwin sampai sekarang, tak pernah. Bila di tegur, Dia suruh Kita solatkan Dia. Apakah? Aku pilih untuk berdiam. Makin di layan, makin tak masok akal.
Apa yang aku nak buat sekarang? Makin aku fikir, makin rasa nak gila. 2 bulan Lepas, aku kena panic attack. Nasib la ada guard yang prihatin dan waktu tu aku dalam kawasan rumah.
Sekarang aku dalam rawatan bersama psychologist. Anak aku, baru berusia 2 tahun. Aku buntu, aku stress.
Banyak lagi nak sebenarnya, cuma aku Tak mampu nak type penuh inti. Maaf Kalau cerita aku ni terabur, aku memang tengah serabut.
Aku memang nak ceraikan saja si Ali yang pengecut ni. Cuma aku risau, selfish ke aku Kalau aku bawa anak aku lari keluar dari keluarga yang toxic ni?
– Stress Magnet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit