Salam semua pembaca. Saja nak share cerita kisah pasal lambat. Nama saya Fitrah (bukan nama sebenar). Umur saya pertengahan 30an dan baru saja berkahwin. Lambat bukan?
Cerita pasal lambat saya ni dari dulu lagi selalu lambat dari semua segi. Hidup saya sejak dari kecil lagi memang susah. Adik beradik ramai.
Jadi semua barang yang kawan-kawan lain dapat (permainan, buku cerita, kasut berjenama dll) biasanya saya dapat merasa pakai bila saya ditawarkan biasiswa khas sekolah dan saya gunakan sedikit duit tu untuk beli barang yang saya suka selain menampung yuran tuisyen.
Itupun di usia 17 tahun baru la merasa sebab saya termasuk antara pelajar harapan sekolah pada masa itu. Dapatla imbuhan sedikit dari pihak sekolah.
Saya tidak suka menyusahkan ibu bapa saya dari segi kewangan sebab saya tahu adik-adik yang lain lebih memerlukan dan saya rasa biarlah saya berdikari dalam menyelesaikan masalah hidup dan kehendak saya.
Ok, dari segi akademik saya biasa-biasa saja. Keputusan SPM takde la cemerlang mana tapi di tahap sederhana yang melayakkan saya masuk di sebuah IPTA negeri selatan tanahair.
Time tu la saya baru belajar bersosial, bertatarias (kalau tidak memang guna bedak talkum je) dan baru dapat merasa pakai telefon bimbit di saat kawan-kawan saya sudahpun merasa semua itu sejak di bangku sekolah lagi.
Itupun saya beli pakai duit PTPTN sebab dah memang tak ada choice nak guna duit apa lagi dan ketika itu penggunaan telefon bimbit memang penting untuk urusan belajar.
Laptop pun saya hanya mampu beli di semester 3. Sebelum tu memang struggle pinjam laptop kawan buat assignment last minute atau pergi library kampus yang ada bilik komputer.
Menginjak ke alam pekerjaan, selepas tamat degree saya bekerja di sektor swasta dengan gaji biasa sahaja. Orang kata tu cukup-cukup makan tapi kerja penat. Kawan-kawan lain semua berjaya dapat kerja dengan kelayakan yang setaraf.
Kadang cemburu jugak sebab saya memang teringin nak bekerja di sektor awam tapi tak berjaya pun. Ada mohon SPA tapi tiada panggilan.
Jadi tinggal lah saya yang masih terkebelakang berbanding kawan-kawan sebaya saya yang bergelar pegawai dan pensyarah.
Fast forward, dengan usia yang semakin meningkat saya belum bertemu jodoh lagi sebab saya ni kategori introvert. Sangat tak pandai bergaul dgn lelaki.
Siapa la nak pandang saya ni dah la kurang dari segi rupa, harta jauh sekali.
Selepas beberapa tahun bekerja saya berjaya memiliki sebuah kereta. Rasa berjaya sangat dah masa tu. Padahal kawan lain dah lama ada lesen kereta dan dah pakai Honda, Toyota dah pun.
Saya? Hanya mampu pakai kereta jenama tempatan saja. Tapi bagi saya ok saja asalkan mudah bergerak dan tak lagi menyusahkan orang lain untuk menumpangkan saya ke mana-mana.
Tak tahu la macamana nak dijadikan asbab seru saya ke alam perkahwinan ada lelaki berkenan dengan saya di tempat kerja dan saya mula membuka hati saya untuk lelaki.
orangnya biasa saja dari segi rupa tapi budiman, saya terima saja sebab siapalah saya nak demand dengan usia pada masa itu dah menginjak 30an, kawan yang lain semua dah beranak pinak dan dah hantar anak ke sekolah.
Kadang malu nak gathering sebab saya seorang yang masih solo time tu tiada pencapaian dalam any relationship.
Sebenarnya banyak lagi kalau nak cerita pasal kisah lambat dalam kehidupan saya ni tapi selepas berkahwin hidup saya mula berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.
Kalau dulu saya rasa saya orang yang terpaling malang sebab selalu ketinggalan dari orang lain tapi kini saya dah sedar beberapa perkara.
Pertama, saya kurang bersyukur sebelum ni padahal Allah selalu je bagi saya nikmat kehidupan yang saya tak sedar.
Saya sering compare diri saya dengan orang lain sedangkan saya masih bernafas pun sebenarnya adalah rezeki dari Allah yang tidak terbanding. Sedar atau tidak, dengan bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat.
Bila fikir balik, walaupun perjalanan hidup saya slow dan biasa-biasa saja tapi diakhirnya saya tetap dapat jugak merasa apa yang orang lain rasa walaupun lambat.
Ada orang nasib lagi malang dan teruk berganda-ganda dari saya. Jadi apa lagi yang saya mahu dari kehidupan ini selain sentiasa bersyukur apa adanya.
Kedua, saya bersangka buruk dengan Allah rasa Allah tak adil sebab selalu tak bagi apa yang saya nak pada masa yang saya inginkan,
Tapi saya tak tahu yang Allah tak bagi tu bukan sebab Allah tak sayang tapi belum masanya atau apa yang saya nak tu bukan yang terbaik untuk saya pada masa itu. Trust me Allah la sebaik-baik perancang.
Ketiga, saya la punca yang melambatkan rezeki yang Allah nak bagi sebab saya selalu melewatkan solat. Tak letak Allah nombor 1. Jadi bila saya tak tunaikan hak Allah macamana Allah nak cepatkan urusan saya?
Betul tak? Saya dah mula betulkan solat dan kerap bersedekah sebab saya rasa ia membantu sangat dalam kelancaran hari-hari yang saya lalui.
Keempat, saya mula percaya semua yang semua orang akan bersinar tepat pada waktunya. Struggle setiap orang tak sama.
Jadi tiada siapa yang cepat dan tiada siapa yang lambat. Hanya kita ni sebagai manusia teruslah berusaha jangan sesekali berputus asa.
Berbanggalah dengan diri sendiri dan jangan sesekali meremehkan kejayaan walaupun hanya pencapaian kecil. Mungkin kecil di mata orang lain tapi besar impaknya pada diri kita.
Jadi, saya doakan sesiapa yang rasa dirinya lambat tak kirala dari segi apa pun jangan sesekali rasa sedih sebab awak tak lambat pun cuma belum rezeki lagi atau Allah nak uji kita selagi boleh kita bersabar dengan ujianNya.
Hidup sederhana, diberi kecukupan makan pakai dan bersama dengan orang-orang yang baik di sekeliling kita juga adalah nikmat yang besar patut kita syukuri.
– Fitrah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit