Hi semua pembaca page iium confession. Aku tak suka buang masa so let me introduce myself, aku Lis dan akan mencecah pertengahan 20’an soon. Parents aku still sihat alhamdulillah dan adik beradik aku pun inshaAllah baik2 sahaja.
Straight to the point kenapa tajuk confession aku “tiada tujuan hidup”…because that’s just how it is.
Aku biasa sahaja orangnya, pelajaran, pencapaian, pekerjaan and even paras rupa aku pun biasa2 sahaja.
Alhamdulillah jalan hidup aku sentiasa dipermudahkan Allah. Dugaan sentiasa ada tapi semuanya masih tertanggung.
Aku mula sedar yang aku tiada tujuan hidup lain selain daripada sekadar untuk “ada”. Aku kena hidup sebab ibu ayah aku masih nak “ada” aku dalam hidup mereka walaupun sebenarnya bila aku fikir betul2 aku ni tiada function pun dalam hidup mereka.
Don’t take me wrong, aku sayang ibu ayah aku and kerana itu aku masih pilih untuk bernafas. Tapi faham tak perasaan bila parents kau dah berada disatu tahap dimana apa yang kau buat will no longer impress them? Aku dapat degree, nobody came to my graduation. Nobody.
Jadi aku ingat mungkin pada ibu bapa aku yang keduanya merupakan master holders, apalah sangat nilai sebuah degree. Nowadays everyone can get a degree. So aku ikut jejak langkah parents aku untuk ambil master… tapi seperti yang aku jangkakan, aku masih pergi ke majlis convocation aku sendirian.
Habis je majlis convo master aku, aku terus masuk kerja semula half-day supaya aku tak “koyak”. Oh ya, ibu bapa aku masih bekerja dan masih berkeinginan untuk memanjat corporate ladder. Sangat ambitious dari muda lagi. Berbeza sekali dengan aku.
Aku tengok kawan2 aku dah mula mencari sesuatu dalam hidup, job hopping for career advancement, engaged or married, travelling… tapi aku tak de perasaan nak buat semua tu.
Aku belajar sebab semua orang belajar, aku bekerja sebab semua orang bekerja, dan hidup sebab aku masih belum mati.
Ya, aku ada depression and received proper help from doctors and medications tapi tu lah, tak makan ubat rasa macam nak mati, makan ubat pun still rasa nak mati haha.
Aku ada undergo one quite major surgery earlier this year. Aku dah tahu aku sakit (prolonged symptoms) tapi aku sengaja tak nak pergi hospital and dapatkan earlier treatment, aku berharap pada masa tu aku akan mati. Tapi mungkin sebab ajal aku belum sampai, aku collapsed dekat office. Terus aku kena warded and prepared for surgery lol.
Sebelum aku kena masuk OT aku ingat lagi aku doa supaya aku mati atas meja bedah tu sambil kena bius so at least takde la aku mati dalam keadaan sakit. Astaghfirullah.
Tapi macam yang aku cakap la, belum ajal. Surgery berjaya dan aku pun recover macam biasa. Sakit tapi aku anggap sakit ni hukuman aku sebab minta yg bukan2 dari tuhan dan tak reti bersyukur.
Ada la aku dapat nasihat yang mungkin aku perlukan pasangan hidup supaya aku akan motivated untuk membina keluarga sebagai tujuan hidup, tapi itu lah, bila berkenalan dengan seseorang tu, instead of fikir tahun depan nak kahwin, otak aku lebih fixed fikirkan yang tahun depan aku nak mati.
Dan disebabkan fikiran yang macam tu lah aku sentiasa ulang rutin yang sama dalam hidup aku, sebab hidup aku sekarang sangat constant. Bagus kalau ada, tapi kalau tiada pun takpa.
Aku cuba macam-macam untuk buat diri aku gembira dan sukakan “kehidupan”. Aku travel 3-4 kali setahun, short escape la, hiking la, join segala charity programme, sampaikan usrah hujung minggu dengan mak-mak datin pun aku join. Aku usahakan diri aku sentiasa sibuk dan ada rutin. Tapi masih juga berperasaan negatif terhadap hidup.
Kadang aku cemburu tengok kisah orang yang alami kegagalan tapi semangat juang untuk hidup mereka tinggi sampai boleh bangkit berusaha semula. Orang yang berhempas pulas berkerja untuk teruskan hidup, orang yang dedikasikan hidup untuk berbakti pada masyarakat atau simply mengejar kejayaan macam parents aku.
Aku cemburu dengan semangat mereka. Mungkin jalan hidup aku dipermudahkan sebab Allah maha Mengetahui, yang seandainya aku jatuh terduduk, mungkin aku akan terus baring dengan sendirinya.
Aku harap pembaca page ni dapat doakan supaya hati aku jadi lebih terang dan tenang. Jujur, aku betul-betul tiada hati untuk terus hidup tapi masih takut kerana amal yang belum cukup.
– Lis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit