Assalamualaikum semua. Aku ingin berkongsi supaya menjadi pengajaran kepada sesiapa yang rasa perlu sebelum terlambat.
Jangan jadi seperti aku, bab kata pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.
Aku perkenalkan diri aku dahulu, nama aku Rania (bukan nama sebenar) berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pegawai perubatan pantai timur.
Aku belajar medic di uitm dan disana aku berkenalan rapat dengan seorang lelaki bernama Ismail.
Sepanjang belajar kami hanya berkawan rapat tidak ada perasaan cinta sehinggalah kami mula bekerja. Tidak lama selepas itu kami terus membuat keputusan untuk bertunang.
Pada mulanya ibubapaku cukup gembira dengan pilihan hatiku kerana Ismail seorang yang soft spoken, rajin dan sejuk mata memandang.
Tetapi semakin dekat hari perkahwinan kami, ibubapaku mula berubah, banyak benda dipersoalkan mereka.
Kenapa hantaran rendah yang mana sebelum ini tiada isu, barang hantaran yang biasa2 sahaja.. malu muka jika saudara kawan lihat,
Mereka mula meragui Ismail adakah boleh memberikan nafkah, hidup yang baik kepadaku dan keluarga kami nanti.
Mereka membandingkan dengan kehidupan kakak aku yang tidak sesibuk kami yang bekerja 6 hari seminggu tapi hidup kakak senang dek kerana suaminya seorang peguam yang mempunyai firma sendiri.
Hidup kakak aku menjadi garis panduan adik beradik yang lain dengan kereta mewahnya, rumah agamnya, percutian mewahnya.
Tetapi alhamdulillah perkahwinan kami tetap diteruskan walaupun banyak aku terluka dengan keluargaku sendiri yang tidak henti memperlekehkan aku dan suamiku.
Bukan kami tidak bekerja atau bekerja biasa bahkan kami berdua merupakan pegawai perubatan yang mana menjadi impian ibubapa lain.
Aku ingatkan semua perbandingan, kata kata memperlekehkan berhenti disitu tetapi masih diteruskan walau kami dah berkahwin.
Aku sentiasa menyebelahi suamiku dan tidak memperdulikan kata kata keluargaku tetapi akhirnya aku akur.
Sedikit demi sedikit aku termakan dengan ibubapa dan kakakku. Aku mula bersikap dingin, tidak puas hati dan juga mempersoalkan suamiku.
Selalu balik lambat walaupun aku juga bidang yang sama dengannya seolah aku tidak mengerti, sampai bila hendak hidup begini, tidak keluar dating lagi, sampai bila hendak menyewa, bila hendak bercuti jalan jalan lagi?
Aku sering mempersoalkan suamiku yang mana sebelum ini aku cukup memahami semua itu kerana aku tahu kerja kami sangat sibuk, keluar subuh selepas isyak baru pulang.
Suamiku cukup sabar dengan segala persoalan ku dan akhirnya dia juga tewas. Kami berpisah selepas setahun setengah perkahwinan kami.
Ibubapa ku seolah sangat gembira dengan apa terjadi dan mereka datang menemaniku di pantai timur.
Pada awalnya semua rasa gembira, aku keluar makan, jalan jalan dan pergi bercuti dengan ibubapaku tetapi lama kelamaan aku rasa sunyi, kosong walaupun ibubapaku disisi.
Aku rindukan gelak tawa, lawak bodoh, dengkuran, borak kosong Ismail.
Tetapi aku terlambat, setahun selepas kami berpisah Ismail berkahwin dan tidak lama selepas itu dia dikurniakan cahaya mata bersama isteri barunya.
Aku sering ‘stalk’ social medianya dan melihat gambar serta perkongsian dia bersama keluarga barunya..
Itu membuatkan aku rasa sangat sedih, kehilangan dan sering terbayangkan sepatutnya wanita dalam foto itu aku.
Aku cuba untuk move-on dengan mengenali dan bercinta dengan lelaki lain yang kaya, gah yang ibubapaku idamkan tetapi ada sahaja yang aku tidak berkenan.
Aku tidak jumpa kebahagiaan yang aku rasa bila bersama Ismail dahulu.
Aku menulis kerana tidak mahu orang lain rasa seperti aku rasa.
Betul duit wang ringgit boleh membeli sebuah rumah besar, kereta mewah, percutian indah tetapi itu hanyalah sementara selepas itu kau akan rasa kosong.
– Doktor Rania (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit