Salam semua.. Terlebih dahulu terima kasih admin jika siarkan kisah aku ni. Penat tau taip panjang2 kalau tak disiarkan, hehe.
Aku tak tahu kisah aku ni berat atau tak, hanya secebis pengalaman hidup. Aku masa zaman sekolah dulu agak famous sebab paras rupa aku. Alhamdulillah atas pinjaman ini.
Aku kurus tinggi berkulit cerah, muka aku menurun sebelah mak aku, sebab nenek aku memang pure dari Siam. Bila orang ramai suka dekat kita, kita pun jadi seorang yang konfiden, berani, suka sakat orang.
Masa tingkatan 2, aku suka sangat sakat sorang senior tingkatan 5 ni, aku nama kan dia Adam la ek. Adam ni satu kampung dengan aku. Aku kenal dia sebab dia selalu tolong mak ayah dia jaga kedai runcit.
Adam ni pemalu, pendiam, baik sangat dan ada rupa. Bila kat sekolah, kalau aku tegur dia, dia senyum je lepas tu dia cepat-cepat jalan tinggalkan aku.
Petang-petang aku pergi kedai runcit mak dia, kalau dia tengah jaga kaunter, dia nampak je aku datang, dia terus suruh kakak dia je yang jaga kedai, dia lari masuk dalam rumah. Aku lagi suka sakat bila perangai dia macam tu.
Tak lama lepas tu dia habis sekolah, sambung belajar. Aku masih terumbang ambing di sekolah.
Long story short, habis spm aku sambung matrikulasi, Adam tahun akhir pengajian dekat Universiti. Masa tu aku 1st time ada handphone.
Entah macam mana masa dia cuti sem, aku terjumpa dia dekat kedai mak dia, kami bertukar nombor telefon, dan start dari tu kami mula rapat.
Masa aku sambung universiti, Adam dah start kerja. Dia kerja dekat company kecik je dekat kampung aku. Masa tu kami dah start couple.
Adam kata dia nak kumpul duit sebab nak kahwin dengan aku. Aku berbunga, aku pun tak sabar nak kerja sebab nak kawin dengan dia.
Masa aku cuti sem, Adam akan bawak aku keluar naik kereta kelisa yang dia baru beli 2nd hand. Dia kata dia mampu pakai kereta ni je.
Aku kata tak apa, nanti dapat kerja yang gaji lagi tinggi, dapat la dia beli kereta besar. Tapi Adam kata tak mungkin kot, sebab memang dia nak kerja dekat kampung ni je sampai bila-bila.
Adam ni baik tau, tersangat baik. Orang yang tak kedekut, penuh kasih sayang. Aku ni tak la baran sangat, cuma kalau aku marah, dia akan mintak maaf, ambik hati aku.
Dah la dia hensem, cinta pertama aku kot. Aku sayang cinta dia sangat2. Tapi tu la satu je aku tak berkenan, dia tak ada motivasi nak meningkatkan taraf hidup.
Kerja company kecik dekat kampung, gaji tak sampai RM2k. Adam ni bijak tau, ada degree engineer tapi dia tak nak keluar dari kampung, dia kata dia nak dekat dengan mak ayah dia. Lagipun dia anak bongsu.
Aku dah kata nanti kerja jauh pun boleh balik kampung kan. Dia tetap berkeras nak kerja situ dengan tangga gaji tu.
Walau banyak perkara Adam ni turut kata aku, tapi pasal kerja ni memang dia berkeras. Aku kata taraf hidup sekarang takkan cukup gaji bawah RM2k.
Dia kata tak apa dia boleh berniaga burger malam2. Entah lah Adam, benda macam ni buat aku tawar hati dekat dia. Dia macam tak fikir masa depan.
Aku memang gadis kampung, keluarga bukan kaya, sebab tu aku nk kerja bagus sebab nk tolong mak ayah aku, dan juga nak berikan yang terbaik untuk anak2 aku kelak.
Rezeki aku, lepas habis belajar aku dapat kerja dekat KL, jawatan biasa saja tapi gaji agak lumayan.
Masa tu aku makin hambar dengan Adam, aku tawar hati sebab Adam tak nak memajukan diri dia. Dia kata dia happy pergi kerja pagi, balik petang, ada masa untuk family dia dan aku. Malam-malam boleh pergi surau.
Aku bagitau Adam, kasih sayang tu tak cukup kalau duit tak banyak. Adam banyak berdiam. Akhirnya aku mintak putuskan hubungan ni, sebab aku rasa pemikiran aku tak sekufu dengan Adam.
Adam sedih sangat masa tu, sebab dia kata dia dah banyak simpan duit sebab nak halalkan aku. Aku tetap nak putus, sebab nanti lepas kawin takkan nak beli apa-apa nak kena kumpul duit jugak.
Adam akur, dia mintak maaf sebab tak dapat jadi kaya seperti yang aku inginkan.
Long story short, aku berkenalan dengan kawan bos aku. Aku letak nama Zarul sebab dia ni ada vibe2 Zarul Umbrella. Umur dia 40 lebih, tapi belum kawin.
Dia sangat berkaliber, kalau orang tengok dia, orang segan sebab dia ada aura orang kaya. Dia kontraktor kerjasama dengan projek kerajaan.
Masa mula-mula kenal, aku pelik sebab orang hensem kaya macam ni tapi masih bujang. Aku risau takut dia “pelangi”, tapi tak.
Dia kata dia tak kawin sebab dia takut dia tak dapat bagi perhatian penuh dekat keluarga dia, sebab dia seorang yang workaholic.
Masa tu aku terdetik dalam hati “he’s the one”. Sebab memang ciri-ciri yang aku cari. Kaya, workaholic, berkarisma. Setelah berkenalan dalam beberapa bulan, akhirnya kami berkahwin.
Masa tu memang bangga la mak ayah aku, menantu naik alphard. Zarul sangat baik, menyantuni mak ayah aku. Dia tak kekok balik kampung aku.
Cuma dia ada sebut kurang selesa sebab rumah mak aku panas, so dia bagi duit besarkan rumah mak ayah aku, beli aircond untuk bilik aku dan bilik mak ayah aku.
Lepas kawin aku dah tak kerja, Zarul bagi nafkah kat aku lebih dari gaji aku. Everything is perfect, cuma satu, aku sunyi.
Aku sunyi sebab Zarul selalu sibuk, siang malam kerja. Dia suka handle sendiri projek company, kalau ada masalah dia akan stay sampai malam.
Aku memang takde masa nak dating macam orang lain. Hari minggu pun Zarul turun site. Kalau anniversary atau birthday aku baru la kami dinner kat hotel atau restaurant mana2.
Benda ni dibawa sampai aku melahirkan anak 3. Hari-hari aku memang dengan anak2 je. Kalau nak pergi shopping, bawak maid. Aku jealous sangat tengok pasangan lain pergi shopping sama2. Aku sunyi, aku ketandusan kasih sayang.
Dulu aku ingat bila ada duit, semua jadi. Aku bayangkan alah kalau suami kerja pergi la shopping sorang2. No, perasaan tu tak sama. Aku nak shopping berteman dengan suami aku, pilih baju sama2.
Bila aku ajak shopping, suami aku cuma transfer duit, beli la nk beli apa. Dia kata sangat buang masa pergi berjalan melilau. Aku muda lagi, aku dahaga kasih sayang.
Aku cuba berniaga buka butik sebab nak hilangkan bosan, dah jadi makin sibuk pulak nak handle staff macam2 ragam, duit in out tak balance.. Akhirnya suami aku kata rehat kat rumah dah lah sayang.
Masa cuti sekolah baru ni, aku balik kampung dengan anak2, suami aku tak ikut sebab sibuk. Masa kat kampung aku bawak anak2 jalan2 pusing kampung, lepas tu anak2 nak makan aiskrim, aku bawak la pergi kedai runcit Adam.
Masa tu Adam tak balik kerja lagi, mak dia yang jaga kedai. Mak dia tegur dah besar anak2 aku, Adam sampai sekarang belum kahwin, entah macam mana yang dicarinya.
Aku telan air liur, aku rasa bersalah. Kejam ke aku masa putus dengan Adam dulu? Aku rasa sunyi dan tak bahagia sebab balasan aku aniaya Adam ke?
Masa tu la Adam muncul baru balik kerja. Adam masih hensem macam dulu. Baik, pemalu. Dia tegur aku, tegur anak2 aku. Cuma nampak dia suram. Masa tu datang satu perasaan, perasaan apa ni..
Malam tu masa nak tidur, aku teringat kat Adam. Aku buka fb cari fb Adam. Aku stalk fb dia. Lelaki baik penuh dengan kasih sayang. Yang layan aku baik sangat. Yang pernah sayang aku sepenuh hati dia.
Walau Adam tak kaya harta, tapi dia kaya kasih sayang. Selalu tersenyum, walau aku marah buat salah, dia tetap senyum, dia puji aku. Siang malam puji aku cantik.
Suami aku kaya, mampu sediakan aku macam2, tapi suami aku tak ada masa untuk aku.
Kalau bergaduh / kalau aku merajuk, suami aku takkan pujuk aku, dia biarkan je sebab dia kata aku tak matang, dia tak nak buang masa melayan hal remeh temeh.
Suami aku seorang yang serius, tak suka bergurau. Dia rimas kalau aku bergurau dengan dia. Berbeza dengan aku yang suka bergurau dan sakat orang, ends up aku pun jadi orang yang membosankan.
Tapi tu la suami aku tak kedekut tak berkira, dia bawak mak ayah aku pergi haji. Belikan kereta kat ayah aku. Belikan aku tanah dan buat rumah aku dekat kampung aku, sebab aku kata nak buat homestay.
Cuma dia sentiasa sibuk dan tak suka berkasih sayang dan bermanja.
Tiada yang sempurna dalam hidup ni. Kalau aku pilih kasih sayang, bermanja2 aku kena tolak kekayaan harta benda yang melimpah ruah ni.
Kalau aku pilih kekayaan, maka aku harus terima kesunyian dan ketandusan kasih sayang ni. Hidup ni seharusnya bagaimana.
Kadang2 aku terdetik, mungkin Adam pilihan yang baik. Tapi bila melihat kemewahan sekeliling aku, aku jadi terkedu. Semoga aku kuat…
– Hanna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit