Tiba-Tiba

Assalammualaikum dan selamat sejahtera warga IIUM Confession…

Saya, Kaklong hendak share dengan semua apa yang terjadi pada keluarga kami baru-baru ini. Diringkaskan saya anak sulong dari 7 orang adik beradik. Ada seorang je lelaki diantara kami.

Saya dah berkhawin mempunyai 3 anak, si angah berkhawin ada 4 orang anak, si alang berkhawin tapi tiada rezeki zuriat,

Si unggal (tunggal lelaki) berkhawin mempunyai 4 orang anak, si ateh berkhawin anak 3, si acut bujang trangtang dan si acu berkhawin anak sorang.

Kami masih mempunyai abah yang sangat kami santuni. Ye la masing2 nak berbakti pada abah. Mak dah meninggal hampir 20 tahun. Adik-beradik saya ni hanya 3 orang yang duduk berjauhan dari abah.

Si angah tak lah jauh masih dalam area KL, si alang jauh nun duk di kedah dan si unggal duk di klang.

Saya bina rumah di tepi kanan rumah abah, si acu duduk di sebelah kiri rumah abah. Si ateh ni duduk bersama2 dengan abah begitu juga si acut.

Tapi si ateh ni berhujung minggu di seremban sebab suaminya ada beli rumah disana. Mertuanya juga orang seremban.

Maaf intro panjang sangat. Kisah yang nak cerita ni kisah si ateh. Adik kesayanganku. Pada 3hb June sabtu baru ni, si ateh tak balik ke seremban sebab suaminye nak outstation pada keesokkan harinye.

Sang suami yang kami panggil Ahmad bekerja penjawat awam di Putrajaya.

2 minggu sebelum ni Ahmad ada mengadu sesak nafas dan pedih hulu hati pada waktu subuh, masa itu mereka berada di rumah seremban. Jadi subuh tu si ateh pergi la ke 7E untuk beli gaviscon.

Si ateh wasap group family kami beritahu keadaan Ahmad. Kami suruh Ahmad dibawakan ke hospital tapi Ahmad tak mau. Jadi sepanjang hari sabtu Ahmad hanya baring sahaja.

Rupanya minggu sebelum tu semasa Ahmad berada outstation, dia sudah kena sesak nafas. Ada juga mengadu pada rakan sekerja. Ahmad ni kurus je orangnye.

Tapi Ahmad masih tak nak ke hospital. Bila dorang balik semula kerumah abah, kami semua follow the daily routine macam biasa. Ada juga menanya si ateh, macam mana dengan Ahmad, ok tak?

Sampai lah 3hb june baru ni.. Dalam jam 11.30am tu saya pergi kerumah abah. Nampak Ahmad nak pakai kasut. Saya tanya, nak pergi kerja ke?

Ko ok ke? Along risau la ko ni, makan tak menentu. Dibalasnya, ateh tak masak (dalam ketawa). Sebenarnye hari tu kami semua nak keluar lunch dengan abah. Tapi Ahmad tak ikut sebab nak pergi kerja.

Anak si ateh ni, si abang 10 tahun, si kakak 7 tahun, si adik(perempuan) hari ni 2 tahun, birthday nye. Jadi pergi la si Ahmad selepas cium anak2 dan isteri.

Sampai la pada malam tu dalam lepas isyak , si ateh called saya memaklumkan yang Ahmad pengsan di office. Rakan sekerja Ahmad yang called ateh.

Saya dan suami gegas bawa ateh ke hospital Putrajaya. Anak yg kecil dah tidur masa tu. Kecuali si abang dan kakak masih tak tidur.

Anak2 buah saya ni memang panggil saya dan suami IBU ABAH. Si abang mintak saya ambil gambar ayahnya dihospital nanti.

Semasa dalam perjalanan, rakan sekerja wasap ateh untuk segera datang. Segala doa, zikir kami baca sepanjang dalam perjalanan. Sampai saja disana, saya dan ateh terus pergi ke zon kritikal. Manakala suami saya memarkir kereta.

Jumpa saja dengan doktor yang bertugas memaklumkan keadaan Ahmad yang sangat2 kritikal dan suruh kami bersedia.

Jantung Ahmad terhenti selama 45 minit. Sepatutnya cpr hanya boleh dibuat hingga minit yang ke 30 saja.

Tapi, doktor masih lagi buat cpr, mungkin sebab menunggu ateh datang. Minit yang ke 45 jantung kembali berdenyut. Tapi, amat perlahan.

Melihat keadaan Ahmad, saya dah rasa sesuatu, tapi masih cuba menepis sangkaan. Ateh melutut memanggil Ahmad. Sayang.. Sayang..

Bangun.. Saya bisikkan syahadah ke telinga ahmad.

Bangun Ahmad, jangan begini.

Doktor suruh kami tunggu diluar sehingga dipanggil. Kawan2 sekerja ahmad sudah memenuhi ruang legar.

Masa tu saya dah suruh ateh call mama Ahmad. Tak sampai sepuluh minit doktor dah panggil kami, suruh kami panggil ahli keluarga dan bacakan yassin.

Sekali lagi jantung Ahmad terhenti, cpr lagi. Tapi menurut doktor, ikutkan dah takde. Akhirnya 11.20pm Ahmad dia isytihar meninggal dunia.

Saya tak mampu memujuk ateh, sedangkan saya sendiri menangis teresak2. Suami saya menenangkan saya.

Ateh masih memeluk Ahmad memanggil, sayang….sayang….

Saya keluar memaklumkan pada rakan sekerja yang Ahmad sudah tiada. Ada yang terus meraung menangis.

Suami saya memaklumkan pada abah dan adik beradik saya. Rupanya salah satu urat jantung Ahmad dah pecah dan darah memenuhi sekeliling jantung. Dan doktor diagnosed Ahmad, heart attack.

Ahmad yang sihat sebelum ni tiba2 pergi begitu saja. Siapa sangka? Ahmad dan ateh baru berusia 39 tahun.

Terkedu saya tiba2 adik saya menjadi balu dan anak2 dorang menjadi anak yatim sekelip mata.

Alhamdullilah segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir. Ramai yang menangisi nasib si anak2. Tambahan lagi yang si kecil sangat rapat dengan ayahnya.

Si abang tiba2 berkata, abang dah jadi ketua keluarga, dah jadi ayah jaga mama dan adik2. Menangis kami..

Apalah seorang budak 10 tahun tahu akan tanggungjawab itu. Si kakak masih blur lagi. Si adik, asyik sebut ayah mana.. Ayah mana…

Keluarga mertua memang tak lepas tangan. Sebab mak mertua faham sangat keadaan ateh, sebab arwah suaminya (pak mertua ateh) pun meninggal sama macam Ahmad. Meninggal sewaktu anak2 baru nak membesar.

Tinggal lah kami tanpa Ahmad.. Yang pergi tiba2… Tanpa pesanan…

Saya mengharapkan ateh sentiasa kuat demi anak2. Dan kami sentiasa ada dengan ateh dan anak2. Alhamdullilah juga rakan sekerja tak putus2 datang ziarah dan menyampaikan sumbangan.

Rezeki Ahmad banyak untik anak2 dan isteri.

Sudilah kiranya pembaca sekalian menitipkan al fatihah utk arwah Ahmad.

Dan doakan kesejahteraan untuk ateh dan anak2.

Terima kasih sudi membaca..

– KAK LONG (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *