Tidak Berdosa Jika Tiada Anak

Assalamualaikum. Terima kasih admin. Lately banyak orang post pasal TTC. Betul lah kata salah satu gynae (sakit puan) yang saya pergi, “sekarang dia tersangatlah busy.. busy dengan orang yang nak dapatkan rawatan tak ada anak berbanding orang yang beranak..” hehe.

Kat sini saya just nak sharing apa saya buat untuk menerima qada dan qadar Allah yang satu ini. Nama saya Adriana (bukan nama sebenar). Saya telah berkahwin selama 12 tahun dan masih tidak mempunyai anak.

Menerima kecaman, penghinaan dan kata-kata kesat dah lali untuk saya (terutama dalam tempoh 8 tahun saya berkahwin). Setiap kali balik kampung mereka akan tanya seolah-olah soalan itu yang membahagiakan mereka. Makcik-makcik bawang mencadangkan ambil anak angkat dan minta suami kahwin lain. Puas menangis dan mengasingkan diri.

Sehingga saya baca satu confession mengenai anak iaitu :

1. Set dalam fikiran TIADA ANAK TIDAK BERDOSA. Tiada dalam Al-quran kata orang tak ada anak berdosa besar dan masuk ke neraka. Selain mengejar kebahagian keluarga bahagia, bahagia di syurga Allah lebih baik kan?

2. DOMINAN & JANGAN MENGASINGKAN DIRI. Bila kenduri join borak sekali. Kalau dia tanya pasal kita bila nak ada anak, kita jagan sedih, kita mendominasi perbualan tersebut. Tanya lah pasal anak dia dah habis belajar ke apa ke. Bila nak kahwin ke. Jangan sentap-sentap bila dia tanya ya.

3. JANGAN BAGI ORANG KESIAN KAT KITA. Kita sendiri sebenarnya kesian diri kita sebab kita tak ada apa orang lain ada. Sebab tu orang lain lagi kesian kat kita. Kenapa perlu kesian kalau tips no. 1 kita dah boleh handle.

4. JANGAN MELETAKKAN TIADA ANAK SATU KEKURANGAN. (yang ni kalau tips no 1 korang berjaya buat, insyallah tiada yang no. 4 ini)

5. Saya sentiasa berfikir saya tidak perlu menjawab tanggungjawab kepada anak-anak bila malaikat tanya nanti. Dosa saya selama ini dah cukup banyak. Memang bila ada anak (tanggungjawab sebagai ibu bapa sangat besar) anak kita akan mendoakan kita bila kita tiada tapi Allah maha adil kan? Dia yang menciptakan dia yang mematikan. Kalau kita ada anak ramai pon tapi semua yang tidak boleh mendoakan dan menjadi soleh/solehah tak bermakna juga kan?

6. Saya suka tengok video yang positif. Contohnya ada satu video ni kata tak malu ke kita meminta-minta kepada Allah sedangkan Allah itu maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Sedangkan amalan saya masih lompong dan tidak mencukupi. Saya rasa malu dengan Allah dan saya banyakkan solat ganti dan solat sunat.

7. Mendekat diri dengan Allah. Hiduplah bergantung kepada Allah dan sentiasa bertaubat.

Saya ambik masa 2 tahun untuk set tips ni dalam diri saya. Saya berdoa dan bersangka baik aturan Allah. Mungkin ini caranya saya akan mendekatkan diri dengan Allah, saya terima dan redha. Alhamdulillah Allah bantu saya. Cubalah.

– Adriana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *