Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua pembaca. Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada admin kalau confession aku diterima dan dipilih.
Sebelum ini, aku adalah antara silent readers dalam ruangan ini tapi kali ini aku tergerak untuk meluahkan apa yang aku rasa. Maaf kalau confession aku membosankan dan ayat yang tunggang langgang.
Nama aku Mawar. Sudah 3 tahun aku berkahwin. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang suami yang sangat penyayang dan keluarga mertua yang sangat memahami dan memberi layanan yang baik sekali walaupun aku bukanlah menantu yang perfect.
Aku boleh katakan rumahtangga aku bahagia selama aku kahwin. Suami aku sentiasa layan aku dengan baik, walaupun dia penat bekerja di siang hari, namun dia tidak pernah culas untuk membantu aku membuat kerja-kerja rumah.
Semenjak dari awal perkahwinan, kami membuat keputusan untuk tinggal di rumah sendiri dengan alasan untuk belajar berdikari. Alhamdulillah, semenjak aku menjadi isteri, aku banyak belajar especially berkenaan kerja-kerja rumah.
Al maklumlah, sebelum aku berkahwin, semua kerja rumah ditanggung beres oleh bibik aku. Suami aku mempunyai kerja yang bagus, boleh dikatakan apa yang aku mahukan, dia mampu sediakan.
Tapi, masalah aku bukanlah disebabkan oleh suami tak bertanggungjawab atau keluarga mertua yang kejam, masalah aku adalah berkisar mengenai diri aku.
Aku mempunyai sarjana muda dalam bidang yang dikira bagus.
Tahun pertama selepas aku berkahwin, aku mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa disebabkan aku ingin memberi perhatian penuh untuk rumahtangga aku dan suami aku. Tambahan pula, gaji suami aku lebih dari cukup untuk menanggung kami berdua.
Masuk tahun kedua perkahwinan kami, aku mula mencari kerja. Aku mula ingin berdikari dan aku tak nak membazir sijil sarjana aku. Aku mengimpikan untuk menjadi wanita bekerjaya. Malangnya, sehingga hari ini, aku masih tidak mendapat tawaran pekerjaan.
Suami aku sentiasa support cita-cita aku dan dia sentiasa menasihati aku supaya bersabar dan jangan pernah putus asa dalam mencari kerja. Tambahan pula, suami aku banyak membantu aku mencari lubang-lubang pekerjaan.
Disebabkan aku dan suami dari bidang yang berbeza, jadi dia tidak boleh tolong aku untuk mendapat kerja di syarikat yang dia bekerja.
Semenjak musim Covid-19, ramai orang hilang pekerjaan. Aku tidak terkecuali, walaupun sudah banyak syarikat yang aku apply, masih tiada jawapan dari mereka.
Aku faham, ekonomi sekarang tidak stabil, ramai orang terpaksa melakukan 2-3 jenis pekerjaan hanya untuk menanggung keluarga, ada sesetengah orang yang terus hilang punca pendapatan akibat kemelesetan ekonomi.
Namun begitu, aku masih merasa sedih dengan keadaan aku. Walaupun pekerjaan suami aku langsung tidak terjejas akibat covid-19, tapi aku masih ingin mencapai cita-cita aku mempunyai career sendiri.
Dalam masa yang sama, aku teringin membantu suami aku untuk meningkatkan lagi taraf hidup kami. Aku mahu menjadi seorang isteri yang bersama-sama mencari wang untuk kehidupan yang lebih bagus dan terjamin.
Setiap kali suami aku membelanjakan wangnya untuk kami, aku rasa bersalah sebab aku langsung tak contribute dalam pembangunan ekonomi keluarga kami. Aku selalu rasa bersalah acapkali aku meminta suami aku membelikan pakaian baru atau setiap kali kami keluar bersama.
Aku juga teringin untuk menggunakan duit aku atas kerja keras aku sendiri untuk membeli pakaian baru atau belanja suami bercuti. Aku ingin dibelanja oleh suami aku dan membelanjakan wang aku untuk suami aku. Terlalu besarkah impian aku?
Disebabkan aku masih tidak mendapat pekerjaan, aku cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang baik. Aku mula belajar jenis-jenis masakan baru yang boleh kami cuba sepanjang PKP.
Kehidupan aku sama seperti suri rumah yang lain. Pagi, sediakan sarapan untuk suami aku, sepanjang hari buat kerja-kerja rumah sambil menanti kepulangan suami aku.
Selepas makan malam, kami akan meluangkan masa bersama; aku akan mendengar cerita suami aku tentang apa yang berlaku di tempat kerja dan kami akan menonton tv bersama sebelum masuk tidur.
Pada hujung minggu, sebelum musim PKP, kami akan meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti di luar atau menziarahi keluarga kami.
Namun, jauh disudut hati aku, aku inginkan sesuatu yang lain dalam hidup aku. Aku impikan kehidupan aku seperti sekarang dengan tambahan pekerjaan. Aku teringin pergi ke tempat kerja, menyiapkan tuagasan yang diberi, bertemu rakan kerja, boss etc. K
elakar kan bila aku impikan untuk bekerja?? Sedangkan sesetengan wanita impikan kehidupan seperti aku; duduk di rumah, dilayan bagaikan puteri, tidak perlu penat bekerja dan semua ditanggung beres oleh suami. Itu lah aku kata, TIDAK BERSYUKURKAH AKU??
Banyak kali aku menangis ketika sujud dan berdoa semoga Allah memakbulkan doa dan impian aku untuk menjadi isteri yang bekerjaya, yang membantu suami bukan hanya dari segi kerja-kerja rumah.
Namun, jauh disudut hati aku, aku menyalahkan diri kerana tidak kenal erti syukur. Daripada aku menangis hanya disebabkan aku tidak mendapat tawaran pekerjaan, sepatutnya aku bersyukur kerana masih ramai insan yang nasib mereka jauh lebih susah dan derita berbanding aku.
Aku ingin bekerja hanya untuk membantu suami untuk kehidupan yang lebih senang akan tetapi ramai wanita di luar sana yang bersusah payah keluar bekerja atau mencari kerja hanya untuk membantu suami menanggung keluarga.
Hina nya diriku ini kerana tidak kenal erti syukur. Akan tetapi, aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan khilaf. Aku berdoa semoga usaha aku membuahkan hasil dan semoga Allah memberikan kita semua rezeki yang tak disagka-sangka. Aamiin.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit