Hi. Sekadar ingin meluah. Sebab nak mengadu dekat ahli keluarga pon segan. Nak berkongsi dengan kawan lagi lah segan.
Saya sudah berkahwin dalam dua tahun, memiliki seorang anak. Juga berkerjaya. Tidak tahu lah saya hanya berfikiran terlalu jauh atau terlalu sensitif.
Sebenarnya dah lama juga pendam tetapi suami banyak kali juga katakan kepada saya yang saya ni cantik biasa-biasa sahaja.
Ayat dia, ‘boleh-boleh la, tak cantik sangat’.
Ketika itu saya sedang mengandung dan bukan saya yang bertanya kepada dia adakah saya ni cantik atau tidak tetapi setiap kali ada topik perbualan mengenai hal cantik cantik ni, dia akan berkata sebegitu.
Sejak tu terus terdetik dalam hati yang saya ni tak lah cantik di mata dia. Kalau saya keluar rumah dengan dia pon, saya berfikiran mesti dia malu dengan orang ramai yang isteri dia ni tidak cantik.
Saya akui saya tak lah cantik sangat tapi tak lah buruk sangat.
Ada juga beberapa lelaki yang ajak untuk couple semasa zaman bujang, bukan sikit juga bilangannya. Ada jugak 2 3 lelaki yang berniat untuk masuk meminang semasa zaman bujang saya.
Malahan semasa saya bertunang dengan dia, ada juga lelaki yang mahu berkenalan secara serius dengan saya tetapi tidak saya layan. Kerana ketika itu saya tidak uar uarkan yang saya sudah bertunang.
Lepas itu mula lah saya berfikiran negatif, kalau dimata dia saya ni tak cantik maknanya dia mesti suka lihat perempuan perempuan yang cantik cantik.
Tetapi saya tak nak fikir sangat pasal tengok perempuan perempuan cantik tu sebab memang lelaki kebanyakannya memang suka pandang pandang perempuan yang cantik kan. Kalau lagi difikir nanti sakit otak pulak jadinya.
Sekarang ni yang buat saya rasa sakit hati, sejak dia berkata begitau setiap kali saya lihat gambar saya sendiri saya akan tertanya-tanya tidak cantik sangat ke saya sampai suami sanggup berkata begitu.
Kalau ambik gambar pon saya tidak akan post di media sosial sebab rasa tidak cantik. Dia pon tiada upload gambar saya di media sosial nya mungkin sebab saya tidak cantik.
Kalau bukan suami yang puji kita, siapa lagi kan. Dia juga dulu yang mula mendekati saya, hendak berkenalan. Lagipun dia yang ajak saya berkahwin.
Suami saya anak kedua daripada 3 orang adik beradik, kedua dua adik beradiknya jugak sudah berkahwin tetapi saya lihat ipar iparnya biasa biasa juga. Tidak lawa dan tidak hodoh sangat.
Jujur saya katakan bila saya pandang muka suami, kerap kali terlintas dalam fikiran saya yang suami tak mahu pandang saya sebab saya tidak cantik.
Itu saja lah luahan saya. Tidak besar pon isu ini cuma saya hanya kecil hati dengan apa yang dia katakan pada saya sedangkan saya tidak pernah katakan sebegitu kepadanya.
– Insan biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit