Tidak Cukup atau Tidak Bersyukur

Salam semua, aku cuma nak meluah kan 1 benda. Nama aku Zatul, umur 27 tahun, pernah berkahwin tapi dah berpisah (tiada anak), kire nya janda lah.

Untuk makluman semua, aku belajar setakat SPM je, api alhamdulillah aku dapat kerja yang ok. Yang mana aku berkerja di sebuah syarikat perkapalan dan aku dah ade 4 tahun pengalaman dalam bidang ni.

Cuma nya sekarang, aku masih dalam dilema nak cari kerja lain atau stay kat tempat kerja yang sekarang. Sebab aku jenis suka lompat kerja untuk merasa gaji yang lebih besar.

Macam dari mula-mula aku masuk bidang perkapalan ni, aku bermula dengan gaji basic pada tahun 2018 RM1500.

Kerja yang sekarang ni aku dah berkerja setahun sebulan, gaji cuma basic RM2000 dan elaun RM100, Bersih sebulan dapat lah RM1900.

Kawan-kawan aku yang ada diploma atau ijazah, selalu cakap aku beruntung, SPM je yang aku ada tapi banyak pengalaman kerja gaji pulak level diploma, tak perlu bayar ptptn.

Tapi aku selalu rasa tak cukup, ok disini aku list kan komitmen aku untuk sebulan.

Kereta axia – RM470 (Baki hutang lagi 2 tahun)

Parents / duit rumah – RM400

Kutu untuk roadtax/tukar tayar – RM200

Bil telefon – RM60

Duit tol / minyak untuk kerja – RM230

Makan – RM120 untuk 20 hari sebab aku cuti sabtu ahad sehari makan tak boleh lebih RM6

Jadi total semua di atas dah RM1480 so ada balance lagi RM420 gaji aku.

Dari balance ni lah aku guna untuk beli keperluan aku macam baju, skincare, berjalan untuk menyimpan jauh sekali sebab tak cukup. Memang aku rasa tak cukup. Atau pon aku yang tak bersyukur?

Bila dengar kawan2 mengadu, nak bayar kete, beli susu anak, bayar loan belajar sekejap tu aku boleh rasa bersyukur.

Tapi aku boleh lupa untuk rasa bersyukur tu sebab aku takde simpanan yang banyak, cuma bila keluar epf 10K tu hari ada lah simpanan, tu pon aku kadang gatal tangan jugak, korek simpanan sana untuk pergi enjoy.

Aku bukan jenis yang suka pakai emas banyak2, atau follow trend gadjet. Orang lain semua pakai iphone dah berbelas aku masih setia dengan iphone 7 aku.

Cuma nya aku ni kuat enjoy, suka mencuba restoran2 yang viral. Seminggu sekali mesti aku wajib pergi karoke takpon tengok wayang.

Jadi memang tak cukup duit untuk life style aku. Pulak tu aku dalam fasa move on sebab baru berpisah dengan suami aku, eddah pon baru habis.

Jadi memang aku akan ikut kawan2 aku pergi bercuti atau aku pergi sendiri. Tapi tulah bukit kalau di tarah hari2 pon boleh rata, ni kan pulak simpanan yang aku sentiasa diusik macam orang takde pendirian pulak.

Perlu ke aku lompat ke kerja lain. Sebab pernah boss lama offer aku untuk kerja di company kawan dia yang baru beroperasi.

Job scop masih sama dengan kerja aku yang sekarang, iaitu shipping coordinator. Cuma aku perlu buat customer services. Perlu berurusan dengan customer dari luar negara.

Jadi kalau kat rumah memang kena buka laptop dan phone kena sentiasa ditangan sebab customer dari oversea.

Offer juga agak menarik sebab dia offer aku basic RM4500. Tapi waktu kerja pulak aku tak berminat, hari sabtu kena kerja, full pulak tu dari 8 pagi sampai 5 petang,

Untuk waktu bekerja yang macam tu bila nya aku boleh pergi bercuti? Dan semestinya aku akan sentiasa sakit kepala sebab customer ni banyak ragam.

Ikut kan hati nak je mintak kat bos yang sekarang ni naik kan gaji sikit tak banyak pon takpe, naik dalam 15% pon ok sangat2 aku rasa. Sebab dalam setahun ni aku kerja gaji aku belum naik lagi cuma tambah elaun je 100 lepas aku confrim dulu.

Tapi aku nak mintak untuk naik gaji rase segan sebab kerja aku ni tak susah mana sebab dah biasa buat.

Tak kan rase terbeban, tak pernah lagi aku merasa balik keje dalam keadaan sakit kepala sebab aku enjoy kerja aku yang sekarang, boss baik persekitaran kerja yang relax dan tak toxic, waktu kerja yang selesa.

Cuma gaji tu kurang sikit. Tidak mencukupi untuk life style aku.

Beri padangan korang yang bernas macam mana aku perlu buat untuk rase lebih beryukur dengan kehidupan aku.

– Zatul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *