Tidak Dicintai Suami Sendiri

Aku terpanggil untuk meluahkan isi hati aku setelah aku baca confession daripada Avkila:
Bertahan Atau Melepaskan? – https://iiumc.com/bertahan-atau-melepaskan/

Entah la, aku rasa jalan cerita kami seakan sama. Aku perkenalkan diriku. Namaku Azrin (bukan nama sebenar) dan berasal daripada sebuah negeri di pantai timur (korang agak la negeri ape). Umur aku tahun ni 29.

Aku baru sahaja berkahwin dengan crush zaman diploma ku bulan 8 yang lalu. Siapa je tak happy dapat kahwin dengan crush.

Lepas diploma, kami berdua sambung degree. Aku ke utara dia ke melaka. Terputus kejap tapi hatiku masih kepada dia.

Tapi rupanya indah khabar dari rupa. Dia tak cintakan aku. Dia pernah bagitahu aku yang dia ada cintakan perempuan lain sebelum kahwin dan marah aku jangan ganggu dia.

Tapi aku tak percaya. Aku terlalu cintakan dia dan aku yakin dulu yang aku akan dapat tawan hati dia. Aku pun boleh dikira ada rupa la, putih dan mulus.

Keluarga dia juga sukakan aku (aku berjumpa dengan keluarga waktu konvo diploma dulu 2016). Ibuku juga turut semangat untuk aku berkahwin dengan suamiku dan selalu ke rumahnya dulu.

Rezeki aku, keluarga kami semua restu hubungan ini. Aku fikir dengan restu keluarga aku akan bahagia.

Sekarang kami pjj. Aku sedar dia terpaksa kahwin denganku tapi tak boleh ke dia cuba buka hati untuk aku?

Sepanjang hubungan kami, dia langsung tidak sentuh aku. Nafkah apatah lagi. Aku ws dia pun selalu kena marah. Call langsung tidak diangkat. Apa patut aku buat?

Aku pernah utarakan untuk bercerai sewaktu bergaduh dengannya tapi keluargaku dan keluarganya bantah.

Keluargaku memintaku untuk cuba lagi amik hati dia. Malu baru je kahwin dah cerai.. Aku juga tahu dia pun happy kalau kami bercerai.

Tapi aku juga tahu dia anak mak dan kalau mak dia tak kasi dia cerai, dia akan ikut.

Aku tahu hatinya tiada untukku. Hatinya dekat wanita lain yang dia dah berjanji untuk berkahwin dulu. Bukan salahku, salah dia kenapa dia tidak berkeras dengan keluarganya.

Apa perlu aku buat? Aku terlalu cintakan suamiku tapi aku tiada dalam hatinya.

Adakah sekiranya aku izinkan dia berkahwin dengan perempuan itu, dia akan bahagia dan aku juga boleh bahagia?

Atau patutkah aku bercerai dan kami membawa haluan masing-masing?

Aku buntu.

– Azrin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sis, sebab tu cari lelaki yang sayang kita bukan kita yang sayang lelaki . Kadang,kita jadi buta jadi salah menilai perasaan lelaki tu kerana perasaan dan hati sendiri . Buta kerana terbuai oleh perasaan cinta sendiri. Jadikan sebagai pengajaran. Kalau laki tu tak pernah tunaikan hak sebagai suami..you know the answer ..check Phone laki tu.. takut dia jadi mcm tu sebab masih contact ex dia .. kenapa dia nak marah tt pulak ws.. dan kenapa dia tak bagitau keluarga dia sebelum kahwin dengan tt ye kalau dalam hati dia ada orang lain.

    Tak faham betul fikiran lelaki. Hmm tak ada hati tapi nak kahwin. Susah. Kan jadilah macam ni. Kesian jugak tt sebab terbuai perasaan sendiri.

  2. Buat solat istikharah byk2. Yakin dgn petunjuk Allah. Sy amat yakin dgn solat istikharah. Buatlah sbb hati itu milik Allah. Awak Tanya pd org pun x guna sbb ini mlibatkan hati yg Hy Allah sje yg tahu.

  3. better buat haluan masing2 . kalau crush dah tak bagi zahir batin angkat kaki je lah. kawen dengan org yg sama tujuan dengan kita . bukan. kawen dengan rupa. ada rupa tapi peranagi mcm tu buat apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *