Tidak Dihargai

Nama aku Rose (bukan nama sebenarnya) usia perkahwinan aku mencecah usia 4 tahun. Aku mempunyai seorang anak yang berusia 2 tahun.

Aku tinggal sebumbung dengan keluargaku, ibu dan ayah ku tidak berkerja, aku mempunyai 5 orang adik beradik, aku merupakan anak sulang daripada 5 adik beradik ku.

Suami ku berusia 26 tahun aku berusia 23 tahun. Sepanjang empat tahun aku tinggal sebumbung dengan keluargaku pelbagai masalah yang pasang surut sentiasa melanda suami tempat aku melepaskan semua nya amarahku.

Adakah aku isteri pendosa? Entah lah soal itu biarlah tuhan yang menentukan.

Aku bekerja di sektor swasta suami ku jugak berkerja di sektor swasta, gaji ku RM1500 sahaja dan suami ku bergaji RM2200 sahaja basic.

Setiap bulan kami akan dapat gaji sekitar 3200 sahaja bersih, namun bagi ku nilai itu tidak penting asalkan keluarga ku memcukupi keperluan makan dan minum.

Untuk pengetahuan semua aku dan suami harus menanggung beban hutang yang banyak seperti ansuran kereta, pinjaman peribadi yang mencecah 5ratus ringgit setiap bulan, insurans medical card anak ku (aku mengambil ini kerana anak ku seing jatuh sakit)

Setiap kali aku gaji aku akan beri keluarga ku RM700 untuk mkn dan minum dan suami ku jugak setiap kali gaji akan beri keluarga ku RM500,

Cuba bayangkan hanya bergaji 3200 sahaja kami suami isteri harus menanggung beban perbelanjaan hutang yang banyak.

Namun aku dan suami tidak pernah berkira untuk keluarga asalkan mereka bahagia. Namun sangkaan mereka kepada kami meleset sama sekali, ya Allah hancur nya hati aku.

keluarga ku menuduh aku tidak ikut keluar bersama mereka kerana aku sombong namum mereka tidak tahu penat lelah kami suami isteri berkerja setiap hari dan tidak mempuyai wang untuk menunggu gaji,

Mereka menuduh kami pergi keluar makan tanpa mengajak mereka sedangkan kami suami isteri jika akan rezeki lebih kami akan mengajak seluruh keluarga kami keluar makan.

Ya Allah macam mane kami nak keluar makan sedangkan gaji kami hanya cukup-cukup makan untuk keluarga.

Saya pernah terdengar ibu saya saya berkata sama sahaja kalau saya ada atau tidak, saya terfikir adakah ibu saya dan ayah saya tidak nampak pengorbanan saya dan suami selama ini?

Saya dan suami berkali-kali terfikir untuk pindah ke rumah lain dan tidak sebumbung dengan mereka tapi kami berfikir adakah cukup untuk mereka makan sekiranya kami tidak menghulurkan lagi wang penbelajaan.

Namun mereka tidak pernah terfikir dan menghargai kami suami isteri,

Saya sangat sayang keluarga kami, nilai wang bukan segalanya bagi saya.. tapi hargai lah kami suami isteri penat lelah kami selama ini. Niat saya bukan untuk mengungkit tapi saya hanya mahu dihargai.

Setiap kali anak saya jatuh sakit saya dan suami akan dipersalahkan. Ibu mana yang mahu anak nya sakit, anak ku sekiranya sakit terlalu sukar untuk baik.

Aku baru dinaikkan pangkat, aku tidak boleh mengambil sewenang-wenangnya seperti sebelum ini,

Tapi ibu dan ayah ku tidak faham tentang situasi itu sedangkan aku ini berkerja untuk menyara kehidupan mereka dan adik-adiku,

Sekiranya aku di berhentikan kerja siapa yang akan menanggung kehidupan mereka dan keluarga ku. Namun mereka tidak pernah terfikir tentang itu,

Mereka katakan aku terlalu mengikut kata cina, ya Allah macam mane aku perlukan terangkan kepada keluarga ku.

Setiap kali aku mempunyai perselisihan faham suami lah tempat aku lepaskan segala amarah yang terbuku dalam hatiku. Adakah aku isteri derhaka? Mungkin jika aku keluar daripada rumah ini tiada gelaran isteri derhaka itu untuk ku.

Baru-baru ini aku dan suami membeli telefon baru tetapi secara ansuran, aku melihat ayaku seperti tidak suka aku dan suami membeli telefon baru. Adakah salah aku membeli sebagai penghargaan aku dan suami penat lelah bekerja selama ini?

Aku tidak mahu anakku membesar di dalam keluarga seperti ini, aku kesian melihat anakku membesar di dalam keadaan keluarga begini, cukup lah kami suami isteri merasakan nya.

Aku sentiasa berdoa agar allah kuatkan hati aku untuk mengharungi pasang surut ini, suami sentiasa kuat dan tabah mendengar amarah ku setiap kali berlaku perselisihan faham ini.

Para pembaca, kalian rasa apa yang patut aku lakukan adakah aku perlu tinggal di rumah yang lain agar aku tidak isteri derhaka dan anak pendosa.

– Anak Pendosa, Isteri Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *