Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Nama saya Ria. Umur dalam pemghujung 20an. Masalah yang saya hadapi sebenarnya berkaitan dengan masalah diri saya sendiri.
Bukan nak hidung tinggi tapi boleh dikatakan saya berasal dari keluarga yang senang. Mak ayah bergaji besar. Dan adik beradik saya juga mempunyai pekerjaan dimana gaji mereka agak lumayan. Tapi mak ayah tak pernah manjakan kami 5 beradik. Dari kecik tak pernah dimanjakan dengan gadjet Dan permainan macam psp atau ps1 atau ps4. Just normal childhood.
Cerita bermula sebulan lebih lalu selepas saya dapat tawaran kerja (tempat saya kerja sekarang) selepas 3 bulan lebih menganggur. Sebenarnya masalah saya (dimana saya dapat tahu dari orang lain) ialah saya tiada keyakinan dan manja.
Saya berkerja sejurus selepas tamat graduasi. Kerja part time, gaji kecik tapi saya happy. Kerjanya buat saya tak sabar datang setiap hari walaupun public holiday berkerja. Saya sanggup kerja 2 minggu back to back kerana saya enjoy kerja tersebut. Punca berhenti? Saya dapat tawaran kerja kilang sebagai kerani, gaji lumayan dan sabtu ahad cuti. Family nasihat saya berhenti part time dan kerja full time, sebab saya perlu jadi dewasa. Saya ambil tawaran tersebut.
Tapi saya tak tahan. Tak sampai sebulan saya dah berhenti, sebab saya kena maki dengan manager bila tersilap key in data. Masa tu saya baru, tak tahu apa-apa dan supervisor yang ditugaskan bersama saya ambil cuti mengejut sebab anak sakit. Supervisor ke-2 pula memang bercuti kerana yakin saya dan rakannya dapat uruskan kerja hari tersebut. Bodoh, sial. Semua dia sebut sambil menjerit. Saya tak menangis tapi badan saya mengigil sepanjang hari.
Sepanjang hari juga, tak ada yang tegur saya sebab mood manager tersebut tak berapa baik. Waktu balik pula, saya terus menangis bila enjin kereta tak hidup. Bila dah 2 jam dalam kereta, mak saya call kerana risau saya tak balik lagi tapi saya cuma menangis. First time masa tu saya start blank sebab menangis. Ayah kelam kabut cari kat tempat kerja dengan abang saya. Pastu saya tak ingat apa-apa. Mak cakap saya blank sepanjang hari.
Esoknya time saya nak bersiap pergi kerja, saya blank lagi. Mak saya tak bagi pergi kerja. Tapi saya kena bagi notis sebulan kalau nak berhenti. Saya ambik unpaid leave tapi akak supervisor yang tak datang semalam datang rumah malam tu. Dia pujuk saya bertahan. Dan beri kata-kata semangat.
Esoknya bila naik kerja, dah Mula ada ura-ura yang kata saya anak manja, dan anak orang kaya sebab ayah bawa kereta mahal ambil saya dari kerja sebab blank 2 hari lepas. Maknanya masa saya tengah menangis dekat 2 jam dalam kereta tu diorang sedar tapi diorang biarkan. Tak sampai seminggu saya berhenti, tak perlu notis sebab supervisor saya rasa saya dah tak ada keinginan nak kerja situ lagi.
Bila tak kerja tu saya rasa happy balik, mungkin sebab saya tak tahan kena maki. Jadi saya minta pendapat family dan rakan macamana nak handle kena tahan kena maki. Saya takut saya blank balik.
Saya dapat kerja kat tempat lain, jadi perkhidmatan Pelanggan. Even kena marah dengan customer, saya tak rasa nak blank, I just let it go. Lama juga kerja customer service. Saya cuba try kerja lain. Jadi kerani balik sebab gaji tinggi, tempat kerja saya sekarang.
Start seminggu kerja dah kena layan macam saya dah kerja lama. Mereka expect sebagai graduate degree saya kena faham semua perkara dengan cepat. Takde training period, saya start kerja macam tu je. Ada orang duduk sebelah terang kan kerja saya terus. Saya start overtime first 2 weeks sebab nak faham kan semua benda. Saya kena hafal semua produk dalam masa sebulan sebab pekerja yang lama dah cabut. Saya boleh tahan, sehinggalah minggu lepas.
Saya tak pasti siapa yang pecah rahsia tapi someone definitely told everyone about my salary. Salary sepatutnya rahsia tapi minggu lepas semua orang tahu. Kerani yang buat sama kerja dengan saya tak puas hati gaji saya lagi tinggi dari dia, jadi 80% peratus kerja dia bagi saya.
Bila saya tak dapat habis kan hari tersebut juga, saya overtime. Dan bila saya overtime, mula dengar bunyi kenapa gaji tinggi macam saya kena overtime. Macam gaji tak cukup. Kalau seorang saya boleh tahan, tapi semua department dah start bersuara. Kenapa saya nak overtime kalau salary dah cukup. Saya pekakkan telinga. Satu ayat yang selalu saya dengar. ‘buat apa nak gaji tinggi, awak bukan ada tangungan pun.’ Saya still tahan.
Tapi minggu lepas, mula pulak cerita yang saya ni anak manja sebab mak ayah kaya. Kenapa nak babitkan mak ayah saya pun saya tak tahu. Saya tak rasa takut atau mengigil. Tapi balik tu, saya jadi balik benda yang saya takut. Saya blank. Tapi saya langsung tak sedar. Tempat kerja baru ni lagi jauh dari rumah saya.
Dan bila interview tu saya interview sengsorang, mak ayah tak tahu nama company baru. Henpon saya pula habis bateri. Dalam 10 malam pak guard ketuk cermin kereta baru saya sedar. Tapi saya tak boleh gerak. Kalau pak guard tu tak baca surah kursi, saya tak ingat apa jadi. Saya terus balik.
Waktu tu jam 11 lebih. Time saya balik jam 8 lebih sebab overtime. Mak nangis tengok saya. Diorang ingat saya excident. Tapi esoknya saya kerja cam biasa tapi saya tak overtime. Saya buat kerja sendiri. Dan saya diberikan silent treatment walaupun sebut Assalamualaikum.
Minggu ni rumah terbuka tak ada yang jemput saya. Saya diberikan silent treatment terus menerus. Saya nak berhenti tapi saya risau resume saya terjejas sebab kerja sebulan berhenti, 2 bulan berhenti. Saya juga mula fikir macamana cara bunuh diri yang rasa tak sakit. Pastu saya beristighfar.
Mak saya tanya tempat kerja baru OK ke, tapi saya boleh jawab OK je. Nape saya tak jawab tak okay? Saya ni penakut ke? Saya pernah menganggur 3 bulan lebih dan itu yang buat kan saya takut nak berhenti. Dan saya sedar yang banyak buat mulut tu semua orang melayu, saudara seislam saya sendiri.
Apa yang saya nak buat…
– Ria (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit