Salam.
Terima kasih kerana sudi mengeluarkan confession saya. Saya sangat tertarik untuk berkongsi cerita rentetan dari perkongsian Puan Lia yang dikatakan sudah 5 tahun tidak disentuh suami.
Saya baru masuk tahun ke 3 berkahwin dan belum mempunyai zuriat. Suami saya adalah seorang duda dan mempunyai ramai kenalan perempuan sebelum saya.
Diawal perkahwinan, sejak dari bernikah kami sering bergaduh. Bila bertemu terasa panas je. Tak boleh bertentang mata.
Belum pun setahun kami bernikah, suami juga tidak lagi menyentuh saya. Dia akan tidur diluar bilik. Bila ditanya atau ajak berbincang dia cuma katakan tak ada mood.
Hampir setahun perkara itu berlarutan sehinggalah suatu hari kami bertengkar dan dia mengeluarkan perkataan yang diragui samada jatuh talak atau tidak. Dan saya membawa perkara itu sehingga ke mahkamah & kaunseling. Alhamdulillah talak tidak jatuh tetapi ia membuka hati dan fikiran saya untuk berfikir, kenapa kami sampai ke tahap ini sedangkan sepatutnya kami masih dalam mood honeymoon.
Selepas dari episod itulah kami berusaha cari penawar. Berubat sana sini. Tapi antara amalan yang aku amalkan sehingga sekarang adalah
1. Mandi limau – ambil 3 biji limau, baca alfatihah, 3 Qul dan selawat. Niatkan dalam hati,
“Ya Allah kau jadikanlah wajahku berseri agar senang hati suamiku melihat nya. Dan Kau buangkanlah segala kekotoran dalam diri ini dan bersihkanlah jasad dan rohaniku”
(Amalkan suami isteri sebulan 2kali)
2. Pasang ayat Ruqyah dan Surah Yassin dari handphone setiap malam sebelum tidur. Niatkan dalam hati semoga kita terhindar dari sebarang gangguan jin dan syaitan yang berniat buruk.
3. Ketika bancuh air suami, amalkan baca surah Al Imran ayat 31.
InsyaAllah.. kita cuma berusaha dan berdoa pada Allah agar terhindar dari hasad dengki manusia,jin dan Syaitan.
Alhamdulillah suami saya dah banyak sangat berubah dan lebih berlembut hati. Doa doa ini sesuai diamalkan oleh semua orang samada bermasalah atau tidak.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk semua.
Wassalam.
– Cik Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit