Untuk intro, aku adalah watak perempuan dalam confession dua tahun lalu bertajuk, ‘dia tidakku kasihi tapi kukasihani’ (https://iiumc.com/dia-tidakku-kasihi-tapi-kukasihani/). Aku terpanggil untuk confess kat sini bila terbaca komen-komen di confession bahaya pornografi. Dalam komen tersebut, ramai yang menyarankan untuk si confessor bertanggungjawab atas apa yang dia telah lakukan kepada kekasihnya.
Back to my story, confession tersebut dibuat pada Julai 2016 setelah lebih setahun kami berhenti daripada melakukan perkara terkutuk itu. Alhamdulillah hidayah datang sebelum kami sempat terlanjur. Kami bersepakat untuk berhenti berjumpa dan bersama-sama perbaiki diri. Kami satu universiti tapi lain course, kadang-kala sahaja terserempak.
Kesibukan belajar menyebabkan kami jarang-jarang berhubung walaupun melalui mesej. Pada masa tu, aku meletakkan sepenuh kepercayaan pada dia walaupun kami berhubung hanya bila ada keperluan. Walaupun banyak kali dia bagi hint (termasuklah confession tersebut) menyatakan yang hubungan kami tidak lebih hanya sekadar kawan & dia takde perasaan terhadapku.
Tetapi aku yang naif tetap menidakkan hint tersebut & setia menunggu dia. Bila bercakap mengenai perasaan, ya aku pun takde perasaan kat dia pada mulanya. Tapi perasaan mula ada bila kami semakin rapat & membuatkan aku buta untuk menyerahkan diri aku kepadanya.
Segalanya berakhir pada Januari 2017, kami berbincang perihal hubungan kami dan dia berterus terang tentang keputusan untuk tidak mengahwini aku dengan alasan aku bukan orang yang dia nak jadikan isteri. Dia juga akui bahawa dia berharap aku temui orang lain sepanjang hubungan kami yang semakin hambar tapi dia nampak harapan aku terhadapnya tidak pernah pudar, jadi dia mengambil keputusan untuk berterus terang.
Penerimaan aku?? Aku perempuan biasa, menangis berminggu-minggu terkenangkan dia tapi aku pun masih ada maruah. Aku menghormati keputusan dia dan sejak haritu aku tak pernah berhubung dengan dia.
Untuk diri sendiri, aku sedar yang aku dah takde nilai di mata lelaki. Macam yang dia describe dalam confession tersebut, Alhamdulillah aku dikategorikan sebagai budak pandai – cantik tu tipu hahaha. Tambahan pula dengan usaha untuk aku perbaiki diri, orang yang baru mengenali aku biasanya akan pandang aku sebagai gadis yang sopan. Terdapat juga yang menyatakan hasrat untuk mengenali aku dengan lebih mendalam, tapi aku takut.
Aku bukanlah orang yang berahsia dengan parents termasuklah mengenai hubungan dengan lelaki. Baru-baru ini, ada yang cuba mendekati setelah mengenaliku atas urusan bisnes dan aku menolaknya dengan alasan aku tak berminat & tak fikir untuk kearah itu. Padahal di sudut hati, aku hanyalah seorang perempuan biasa yang mengimpikan hidup berumah tangga.
Bila aku bercerita tentang kisah aku menolak lelaki, parents aku beranggapan aku masih berharap kepada confessor tersebut tanpa mengetahui kisah hitam kami. Pada masa yang sama, parents aku juga resah melihat aku tidak berkawan dengan mana-mana lelaki. Berlaku juga perselisihan kecil tapi aku tak mampu nak beri penjelasan kepada mereka TT
Kepada para pembaca yang meminta confessor bahaya pornografi untuk bertanggungjawab, apakah yang patut aku buat sebagai seorang gadis? Adakah aku patut merayu kepada lelaki yang sudah jelas dan nyata tidak mahu memperisterikan aku? Aku bukanlah nak back up tapi aku kenal dia. Dia bukanlah lelaki jahat, kalau jahat, takkanlah aku boleh suka dia hahaha.
Aku percaya kisah hitam itu adalah kekhilafan kami berdua dan kami sudah bertaubat. Aku juga percaya atas alasan dia tidak mahu memperisterikan aku adalah kerana sifat aku sendiri. Aku pernah bersembang dengan kawan-kawan lelaki, mereka kata mereka pandang aku sebagai perempuan yang berdikari, mengejar kerjaya & dominan dimana ramai lelaki yang tidak berkenan dengan perempuan sebegini.
Aku tidak mengiyakan atau menidakkan kenyataan tersebut kerana tiada guna aku betulkan pandangan orang terhadap aku. Biarlah orang yang bersedia untuk menerima aku dan aku juga bersedia untuk berubah demi kebaikan bersama.
– Futureless Girl
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit