Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum pada para pembaca semua. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan pada admin andai confession ini disiarkan.
Tulisan aku ini hanya sekadar coretan luahan hati dan perasaan aku disamping inginkan pandangan dan pendapat kalian semua.
Aku baru je terbaca confession yang bertajuk Pasangan Hidup Seorang Narsisis, (https://iiumc.com/pasangan-hidup-seorang-narsisis/). Aku amat terkesan dengan coretan tersebut serta komen yang diberikan oleh para pembaca.
Okay. Aku mulakan. Aku namakan aku Ishatul. Berumur pertengahan 20-an. Dan sekarang ni aku sedang dalam perhubungan dengan seorang lelaki yang aku namakan sebagai Tariq.
Hubungan kitaorang almost 2 years. Hujung bulan ni insyaAllah kami akn diikat dengan tali pertunangan.
Tapi sekarang yang menjadi punca permasalahan adalah aku. Ya. Aku sendiri. Aku tak tahu dan aku tak faham dengan diri aku sendiri.
Dan kalau korang nak tahu, ciri-ciri ex partner brother yang confess tu 99% sama dengan aku. Aku stress dengan diri sendiri dan orang sekeliling.
First of all, aku nak kenalkan korang pada family aku yang tercinta. Aku adalah anak luar nikah daripada ayah dan mama aku yang sekarang ni dah divorced masa aku form 2.
Macam mana aku tahu? Aku korek cerita sendiri dan akhirnya mama terpaksa buka mulut ceritakan the whole story. Okay. Aku down. Tersangat down. Tapi tidak se down bila berada dalam toxic family. Ayah aku kaki pukul.
Dulu boleh dikatakan setiap hari gaduh pukul² mama. Aku hanya diam tahan tangis. Sementara adik2 lain dah menjerit² marahkan ayah.
Dia jugak kaki perempuan. Betapa ramai perempuan yang dia ada kat luar aku pun tak terkira. Aku benci ayah. Dia jugak kerja biasa2 je dan banyak mama aku yang tanggung kami family.
Aku dan ayah tak pernah ada bonding macam ayh dan anak yang lain. Entah. Tapi aku benci dia.
Akhirnya.. Dorang dah bercerai. Dan aku lega dapat lepas dari seksa tu semua. Dia pun bukan sayang kat kitaorang adik beradik sebab dari dulu sampai sekarang hanya mama yang jaga kitaorang.
Jujur aku cakap, bila aku dah besar, aku jadi trauma nak berkawan dan berhubungan serius dengan lelaki.
Biasanya hubungan kitaorang tak kekal lama. Paling lama 4 bulan. Sama ada aku tinggalkan dia atau dia yang tinggalkan aku. Idk why. Sampailah aku kenal Tariq.
Berkawan dan bercinta dengannya.. Aku bagaikan tak percaya yang hubungan kitaorang dah lebih dari jangka 4 bulan yang aku buat.
Tapi dalam pada itu, pahit manis semua dah lalui. Aku boleh cakap, banyak pahit dari manisnya.. Aku pun tak tahu kalau itu berpunca dari aku sendiri.
Tapi yang aku boleh cakap.. Kalau dia tak pernah buat aku macam ni, semua ni takkan jadi macam ni. Dulu.. Ada sorang perempuan mesej aku tanya aku ape hubungan dengan si Tariq.
Aku kenal perempuan tu sebab Tariq pernah citer yang dia ada kawan perempuan tapi dah lama lost contact.
Tapi perempuan tu cakap yang dorang tak pernah lost contact pun. Masih berhubung dalam dia berhubungan dengan aku! Dia tipu aku! Perempuan tu foreigner yang study kat sini (indonesia).
Time tu aku dah mengamuk kat dia dan mintak putus. Tapi dia taknak dan janji takkan contact lagi perempuan tu.
Kali kedua dia kantoi lagi masih contact bila aku sendiri yang duk tanya² perempuan tu. Aku mengamuk lagi. Habis keluar kata² kesat sebab hati aku sakit sangat time tu.
Aku tak boleh terima sebab perangai dia sebijik macam ayah aku. Aku cuba sedaya upaya selama ni setia dgn dia sebab aku percaya jodoh tu cerminan kita. Tapi aku silap. Hati aku terluka lagi. Kali ni lebih teruk. Sebulan aku hilangkan diri.
Akhirnya aku dapat mesej dari perempuan tu yang pujuk aku supaya get back balik dengan Tariq. Dia cakap dia saja nak buat hubungan aku hancur.
Tapi aku dah tak nak percaya sape2 sebab tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.. Lama jugak aku ambik masa nak pikir.
Akhirnya aku get back balik dengan dia dan dia janji kali ni takkan ada sape2 dah. Aku cakap aku dah takkan percayakan dia lagi.
Aku ada dengan dia sekarang semata2 kerana Allah yang masih letakkan aku kat sini. Bukan sebab dia. Tapi sejak kejadian dulu, aku dapat rase aku dah macam orang lain.
Aku jadi insecure dengan setiap kelakuan dia. Aku cuba nak kongkong dia. Setiap hari aku akan tanya dia kat mana, dengan siapa. Dan kalau dia cakap kat rumah sekalipun, aku tetap tak percaya kalau time tu hati aku tak nak percaya.
Aku selalu provoke dia selagi hati aku belum puas. Benda kecik aku rasakan besar so akan jadi pergaduhan yang akhirnya menjadikan aku perempuan kurang maruah yang terpekik terlolong marahkan dia dengam segala kata² kesat keluar time tu.
Dia kadang2 cakap jugak dia penat dengan perangai aku. Dan ada masa kalau aku rasa bersalah, aku akan mintak maaf kat dia berkali2 sebab time tu hati aku rasa bersalah sangat2.
Tapi tak lama pun aku jadi orang baik tu. Dalam sebulan tak pernah takde pergaduhan. Dan semuanya berpunca yang aku rasa insecure dengan dia. Rasa tak puas hati. Rasa dia curang lagi dengan aku. Setiap hari aku stress dengan diri sendiri.
Aku jenis yang kalau ada benda tak kena, aku akan stress duk pikir sampai berhari hari. Aku pun tak tahu ape yang tak kena dengan diri aku.
Aku jenis cepat melenting bila dengan dia. Aku pun pernah cuba bunuh diri sebab aku rase dah tak bermakna ape2 pun kalau aku hidup. Time tu aku gaduh dengan mama sebabkan dia selalu lebihkan adik lelaki aku yang dah tersangat naik lemak!
Malam tu aku telan sepapan ubat yang aku ambik dalam peti (aku pn tak tahu ubat ape) aku cuma pikir aku nak tidor tak bangun2 dah.
Jujur aku cakap, Tariq lelaki yang baik kalau dia tak pernah buat hal tu dulu. Dia tak pernah berkasar dengan aku. Kadang2 je naikkan suara bila dia terlampau stress dengan aku.
Dan aku dah banyak kali mintak putus tapi dia tetap taknak. Aku sedih dengan diri aku. Aku nak sangat bahagia macam pasangan lain.
Tapi aku tak boleh. Sebab jauh di sudut hati ni, masih tersimpan luka yang takkan pudar lagi tentang kejadian tu. Aku belum mampu maafkan pengkhianatan dia tu. Entahla.
Aku ada terbaca tentang penyakit bipolar disorder dan narsisistik. Banyak ciri2 tu kena dengan aku dan yang paling utama adalah ciri² penyakit tu ada masalah berkaitan perut.
Time study dulu aku selalu kena gerd. Bila cek doktor, dia ckp angin biasa. Tapi bila sakit tu datang, aku takleh buat ape2. Sakit tu Tuhan je tahu. Rasa nak mati semua ada. Dalam sakit2 aku gagahkan jugak kerja nak tampung hidup time study dulu.
Ayah aku dah tak ambik tahu hal kitaorang adik beradik. Ada ayah tiri pun sama. Tak pernah hulur ape2 melainkan utk mama je! Tapi aku taknak diagnosed diri sendiri tapi aku pun taknak jumpa doktor ape2. Cukuplah aku kawal diri aku selagi boleh.
Aku selalu pikir, nanti dah kawin, aku ni boleh bahagia ke dengan Tariq macam pasangan yang lain? Aku takut penyakit aku semakin menjadi2 dan aku terseksa dan menyeksakan dia.
Kalau korang nak tahu.. Pesakit mental jugak inginkan bahagia macam orang lain. Tapi dia tak mampu nak bahagiakan pasangan dia macam cara orang lain.
Mungkin dia ‘terlampau’ sayang menjadikan dia macam tu. Aku sendiri pn kadang2 bila terlampau rasa sayangkan dia, aku jadi terlalu over protective. Aku tahu dia rimas dan aku tak tahu sampai bila dia mampu bertahan.
Aku selalu fikir nak tinggalkan dia, lari jauh dari semua ni.. Tapi aku tak mampu sebab aku terlalu sayangkan dia. Tidak layakkah aku untuk bahagia?
Maaf kalau penulisan aku tunggang langgang. Time aku tulis ni pun jiwa aku kacau bilau. Serabut. Sepi. Sunyi. Nak lari jauh dari semua ni.
– Isyatul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit