Tidak Layakkah Aku Bahagia?

Assalammualaikum semua. Saya ada masalah yang tak tahu nak mengadu kat siapa.

(Ya betul Allah la tempat kita mengadu) tapi kita manusia kadangkala mahukan juga seseorang untuk meluah rasa.

Saya seorang suri rumah dan mempunyai 2 anak, masing2 bawah usia 6 tahun. Saya dah berkahwin hampir 6 tahun.

Sebelum berkahwin ramai yang tak dikenali mahupun mengenali masuk meminang tapi saya tolak sebab belum bersedia untuk berkenalan dengan lelaki.

Pada suatu hari ada seorang duda datang ingin menikahi. Saya terbuka pintu hati untuk menikahi lantaran keperibadiaannya dan akhlak yang baik.

Tetapi ditentang keras oleh keluarga dan tidak direstui. Saya ikut kata keluarga, mungkin tiada jodoh.

Saya pun buka pintu hati kali kedua, terima lamaran suami saya ni tanpa kenal betul2 hati budinya.

Saya ingat bercinta lepas nikah itu indah kerana mengharapkan Redha Allah.

Struggle saya hampir setiap hari nak jaga perasaannya.

Suami panas, bersikap kasar, pantang salah sikit akan diherdik dimaki, ditinggal di tepi jalan bersama anak kecil ketika saya sarat mengandung. Pernah juga saya dipukul beberapa kali.

Sepanjang tempoh kenal, hanya sekali saya dengar perkataan ‘sayang’ dari dia.

Saya setiap kali dia pergi kerja pasti saya bekalkan untuk dia, saya uruskan rumah, saya jaga anak2, saya beli groceries sendiri,

Saya cakap lembut2 agar tidak naik angin dia, saya turuti kehendaknya sebagai suami, saya rapatkan hubungannya dengan keluarga yang dulunya renggang….

Apakah dugaan ini sekadar bahasa cinta Allah untuk saya tetap bersabar dan terus bersabar? Atau apa maksud ini semua?

Adakah saya si polos yang tak pandai bersyukur punya suami?

Sebelum berkahwin sedaya upaya saya menjaga hati hingga tak nak lagha2.

Tolong nasihat/hadiahkan saya dengan kata2 yang berhemah selain dari kearah meruntuhkan masjid…

– Sufiyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Suami puan bermasalah. Jangan biarkan perlakuan dia berlarutan. Laporkan pada pejabat agama atau beritahu keluarga. Dia perlu berubah.dia seorang duda?? Adakah sebab perangai dia begini dia bercerai sebelum ini?? Sy bukan bg pendapat mahu runtuhkan masjid.tetapi puan perlu berfikir adakah berbaloi teruskan perkahwinan dengan org sebegini. Panas baran, naik tangan itu tidak normal. Bukan puan sahaja yang terkesan tetapi juga anak2.puan layak hidup bahagia. Sila dapatkan bantuan.

    • Maafkan sy jika sy tersilap, sy kurang faham cerita puan samada suami puan adalah si duda atau lelaki lain.

    • Maafkan sy jika sy tersilap, sy kurang faham cerita puan samada suami puan adalah si duda atau lelaki lain. Sila mengadu pada pejabat agama untuk dapatkan sesi kaunseling. Perangai panas baran dan naik tangan bukan aib yang perlu disimpan kerana ia mendatangkan kemudharatan pada puan.sila buat aduan dan beritahu keluarga demi keselamatan puan dan anak anak. Puan tak nak nasihat untuk meruntuhkan masjid? Adakah kehidupan dalam perkahwinan seperti dalam neraka layak dipanggil masjid? Fikirkan.maafkan jika terkasar bahasa.

  2. kenapa takut cerai takut malu ke sampai bila nak bertahan dengan suami tak guna tu nie dah la pernah kena tinggal tepi jalan masa pregnant pastu kena pukul lagi betul2 melampau selamatkan diri puan dan anak2 dgan segera lelaki jenis baran macam tu takkan nak berubah percaya la jgan sia2kan kehidupan anda & anak2 ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *