Saya Cahaya, bukan nama sebenar. Saya ada cerita yang ingin saya kongsikan sekadar sebagai pengajaran buat lelaki dan para suami di luar sana.
Saya anak tunggal dalam keluarga. Sama seperti keluarga yang lain, saya berasa bahagia, tetapi semuanya berubah setelah ayah buat keputusan untuk berkahwin dua (poligami). Saya masih terbayang saat kali pertama ayah bawa saya berjumpa dengan mak tiri.
Masa itu, ayah saya bekerja sebagai pemandu bas mini di sebuah negeri di Malaysia. Ayah menyuruh saya dan mak ikut buat kerja. Dan di saat menaiki bas itulah saya melihat mak tiri serta kakak tiri, abang tiri, dan adik tiri dalam bas itu.
Ya, ayah saya berkahwin dengan seorang janda anak sepuluh. Sebagai seorang anak tunggal, saya lah yang paling terkesan. Tanpa saya sedari, air mata mengalir tanpa henti kerana saya sedih. Pada waktu itu, saya masih berumur 10 tahun.
Maaf kalau saya tak pandai nak karang cerita sebab saya tulis apa yang ada dalam fikiran saya sahaja.
Sejak dari hari itu, kehidupan kami berubah. Ayah banyak menghabiskan masa bersama mereka kalau nak dibandingkan dengan sini. Mungkin sebulan cuma sekali sahaja ayah tidur di rumah mak saya.
Mak seorang wanita yang luar biasa sabarnya. Apa sahaja, mak lalui dengan tenang tanpa bermusuhan dengan madu-madunya. Mak layan dengan baik sekali.
Masih aku ingat pada hari itu, di mana mak tiri saya datang serang mak buat kali pertama, dan di situlah kebencian mula terbit dari hati. Ceritanya, masa itu ayah saya tidur tiga hari tak pulang ke rumahnya.
Pagi itu, aku baru bangun, aku nampak ayah tengah bergelut dengan mak tiri saya. Saya masih tak faham apa yang berlaku sehinggakan saya nampak dia ambil air panas dalam mug, dia siram ayah saya. Saya terus beritahu mak, terus mak saya bergaduh.
Bermacam-macam ayat menyakitkan yang aku dengar, yang tak mampu aku ceritakan semuanya di sini. Salahkah ayah tidur tiga hari di rumah? Soalan itu buatkan saya tertanya-tanya sehingga sekarang.
Saya masih tidak faham kenapa mak tiri saya tersangat dengki dengan saya. Sedangkan dia yang ambil ayah saya, bukan saya yang ambil ayah beliau.
Serba-serbi dia dengki terhadap saya dan mak. Kalau nak diceritakan kesemuanya, saya masih tak mampu nak ceritakan. Mak menderita selepas ayah kahwin lain. Mak banyak makan hati, mak banyak mengalah sebagai bini tua. Saya melihat keadaan itu satu persatu.
Dari segi nafkah, sememangnya di sana yang lebih dari mak. Daripada saya tidak boleh tidur tanpa ayah, sekarang saya menjadi seorang yang benci—benci untuk melihat wajahnya mahupun bunyi motornya.
Saya skip ceritanya sebab saya tak mampu nak ceritakan semuanya.
Ayah saya berkahwin tiga, dan yang ketiga itu saya namakan sebagai Ina, bukan nama sebenar.
Ayah berkawan dengan Ina sejak saya berumur belasan tahun lagi. Mak reda ayah berkawan dengan Ina, dan saya juga merestuinya kerana Ina terlalu baik.
Ayah saya berkahwin dengan Ina tanpa pengetahuan bini keduanya. Ayah saya menyuruh saya dan mak merahsiakan kerana bini kedua ayah saya agak agresif.
Berpuluh tahun berlalu sehinggalah Malaysia dilanda wabak COVID-19. Ayah dijangkiti COVID di rumah Ina dan kemudian ayah pulang ke rumah saya.
Puas saya memujuk ayah supaya pergi ke hospital, tetapi ayah berdegil sehinggalah di suatu pagi, oksigen ayah mulai turun dan saya menghantar ayah ke hospital. Ayah masuk wad COVID tahap 4 dan pakai oksigen.
Alhamdulillah, ayah boleh keluar wad. Ayah balik ke rumah tetapi ayah dah tak seperti dahulu lagi.
Memori ayah banyak yang ayah dah lupa, termasuk nombor. Tangan ayah jadi lembik sebelah, ibarat seperti lumpuh. Dan di sinilah bermulanya cerita pertama.
Ayah melalui hari-hari sakitnya di rumah aku. Ayah tak makan berbulan-bulan. Badannya sedia kurus menjadi lebih kurus.
Mak-mak tiri langsung tak menjenguk ayah saya. Hari-hari ayah tunggu di luar rumah dengan harapan bini-bininya datang, tetapi sebaliknya tidak. Kesian ayah pada waktu itu. Maklah yang korbankan semuanya, menerima semua kehendak Tuhan.
Selepas sembuh, ayah mahu pergi kerja. Waktu itu, ayah bekerja sebagai pemandu lori.
Ayah pergi kerja tetapi tangannya tidak boleh menulis seperti dahulu. Saya lah yang menulis semua kerja-kerja ayah.
Ayah pergi cucuk vaksin yang kedua dengan harapan ayah dapat pergi ke negara jiran kerana ingin bersiar-siar.
Siapalah kita hendak melawan takdir Tuhan.
Sebulan selepas cucuk vaksin, petang tersebut ayah balik rumah. Katanya, “Ayah tak kerja hari ni, lori rosak.”
Ayah makan makanan yang dibelinya, ayah cakap ayah tak sihat, sakit dada banyak hari dah. Lalu, ayah pulang ke rumah Ina.
Malam itu, ayah telefon. Ayah cakap ayah sakit dada sangat, dan ya, ayah kena serangan jantung.
Pagi itu saya hantar ayah. Ubat cair darah dimasukkan dalam badan ayah sebanyak tiga botol tetapi tidak berkesan. Doktor ambil keputusan untuk menidurkan ayah dengan persetujuan saya serta mak.
Sebagai anak tunggal, luluh hati saya. Waktu itu, saya tak mampu nak keluarkan sepatah pun perkataan. Hanyalah air mata mengiringi zon merah, dan ayah dihantar ke hospital besar di sebuah negeri.
Diringkaskan cerita lagi, bini kedua ayah yang uruskan semua urusan ayah di sana.
Dan di sinilah bermula tragedi yang tak dapat aku maafkan.
Kawan ayah yang bawa ayah pergi menikah di Thailand, dan kawan itulah yang membocorkan rahsia yang lama kami simpan selama berpuluh tahun.
Lama ayah koma di hospital. Dua bulan ayah koma.
Masih teringat di mana hari itu ada anak yatim datang buat wakaf tanah. Aku buat wakaf itu atas nama ayah dan aku menyuruh anak yatim itu mendoakan semoga ayah dimudahkan sakaratul mautnya.
Allah lebih menyayangi ayah. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang itu juga.
Hilang arah, gelap, menggigil tangan pada waktu itu. Aku tidak tahu bagaimana cara untuk meluahkan perasaan—sama ada ingin ketawa atau menangis. Aku jadi blur pada waktu itu.
Mak tiri nombor dua saya datang ambil, dan kami terus ke hospital.
Di situlah segalanya bermula. Mak tiri cakap ayah saya meninggal sebab terkena nasi kangkang.
Urusan pengebumian ayah berjalan sangat laju. Kami kebumikan ayah pada malam itu juga.
Masih terbayang saat orang angkat ayah nak masuk ke liang lahad. Di sinilah mak tiri saya mengherdik, menghina, dan mencaci mayat ayah saya.
“Inilah manusia penipu,” katanya.
Saya marah tetapi saya tak mampu nak buat apa-apa. Seolah-olah seperti ayah sedang memeluk saya dan meminta saya bersabar.
Buat ayah, saya sedia memaafkan. Apa jua, ayah tetap ayah saya. Jika tiada ayah, tiadalah saya di dunia ini.
Buat kamu, saya mendoakan semoga kamu mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kamu fitnah selama ini.
Sekian cerita dari anak tunggal.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
I don’t feel sad for your father. Dah memang dia penipu. Berpoligami tapi tak mampu berlaku adil.
Ayah kau yg problematic.
Org kata bubuh duri dlm perut sendiri.
Kutip jnda ank 10 apa ke bangang
Anak sendiri terabai.Org lelaki ni nafsu serakah kuat.
Entah2 ayh ko kena bomoh
Mohon maaf kaum Adam.. (esp. yg suka tambah ‘cwngan’ ni..) sbenarnya x susah mne pon nk ‘bukak cawangan’ ni.. kdg2 tu x perlu ‘mampu’ sgt pon.. buktinya di kampung2 pon ramai yg buat gitu, w/pon pendapatan x seberapa, skrg diorang lg pandai, cari calon yg ada ‘kerja tetap’, bole gak ‘mnumpang’ bla sesak dr segi kewangan.. tp ingatlah wahai pria semua.. nikah tu bkn sekadar ‘lafaz’ je, kdg2 tu lafaz skali pon dah jd ‘sah’, tp r/tangga tetap ‘berantakan’ sampai mati.. tp yg lbh penting ialah kehidupan di alam Sana tu.. alam barzakh, alam di pdg mahsyar, d Mizan, d titian Sirat dan yg plg akhir ke Syurga or sebaliknya (na’uzubillahi minan Nar).. ingat senang2 ke nk lps fasa2 semua tu..? Belom tentu.., tambah klaw dah lbh 1 bini, ank2 berderet2.. ingat apa yg dibuat kpd mrk suma tu, ‘perfect’ ke.., dari segi nafkah zahir n batin, dr segi giliran, pendidikan agama, malah semua yg berkaitan dgn kehidupan mse di dunia, ingat senang2 ke semuanya ‘redha’ dgn perbuatan ko sbg suami n ayah..? Belom tentu bro, silap2 beribu2 tahun ‘tesekat’ sbb ramai yg mnuntut hak mereka.. kat Sana dah xde ‘wang ringgit’ ko nk tebus blk, so kna carilah bnyak2 “pahala” nk bgi blk ‘pampasan’, klao x ckup, ko amk plak dosa2 mrk.., itu lah yg dikatakn “muflis” d Akhirat.. kat dunia, sronok la ko tipu sana, tipu sini, mcm dlm citer p.ramlee tu, tp ingat2la habuan ko d Sana tu nt.. lain la klao ko mng buat betul2, itu pon xkan perfect 100%, mesti ada cacat n celanya di sna sni.. so beringatla semua, bla rse nk cuba2 tu, mmg la mula2 sronok, tp pikir la pnjang2 sampai ke akhirat sna, semuanya akn dihitung.. klaw betul kesian kat janda2 n ibu tunggal ke, bgilah sebhgian gaji ko bln2 tu utk sara kelangsungan hidup mrk, itu lg dpt bnyak pahala, dpd mngundang ‘bala’ x psal2 tu.. (mohon maap kpd semua, ye..) wallahu a’lam bisawab..