Hari ni satu confession oleh seorang lawyer syariah (Sarah) ‘https://iiumc.com/bahagia-tanpa-anak/‘ di IIUM confession BM telah lalu di wall fb aku, maka aku pun terbaca nukilan tersebut dan terbaca juga komen-komen netizen sekalian.
Banyak komen yang sedih dan menyedihkan aku.. Ada komen mereka yang tengah sangat-sangat bersedih sebab tengah melalui perkara yang sama. Oleh itu aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku juga. Semoga dengan asbab confession aku ni, lebih ramai jiwa yang merdeka dan lebih ramai yang lapang dadanya insyaaAllah.
Aku seorang doktor perubatan pakar. Suami aku seorang ahli perniagaan. Alhamdulillah..tahun ni tahun ke sepuluh kami berumah tangga dan kami masih belum mempunyai anak; samada anak kandung, anak angkat mahu pun anak kucing. Semua tak ada.
Anak saudara aku ada banyak lah. Sebab adik beradik aku ada 12 orang, 10 dah kawen, 2 orang belum kahwin (masih bersekolah rendah dan menengah). Semua yang dah kawen tu, (obviously kecuali aku dan suami aku), paling lewat 2 tahun lepas kawen akan dapat anak lah. Siap kembar-kembar semua lagi. Sama juga macam sebelah suami aku; adik beradik dia 7 orang.
So, of course la banyak ayat menusuk hati, pandangan serong, sindiran tajam dan sinis yang kami dapat.
Ada yang cakap, itu lah kau kerja kuat sangat sampai tak subur- padahal yang cakap tu lah masa bapak dia dapat serangan jantung, tengah-tengah malam aku juga yang dia call mintak tolong pergi tengok-tengokkan ayah dia tu.
Ada yang terus assume kitorang masa awal-awal kahwin merancang tak mahu anak lagi sebab tu lah ovari dan testes kami merajuk terus produksi anak terbantut selamanya. Sis- bukan masalah kau kalau kami pakai kondom 7 lapis pun untuk merancang ke apa sebab aku dan dia masa baru kahwin dua-dua tengah pursue masters/PhD, faham?
F.y.i. : assumption ni tak tepat langsung.
Keluarga terdekat kami (as in parents and adik beradik) semua sangat faham. Just occasionally mak mertua aku akan mengeluh la bila la kitorang ni nak dapat baby… cuma sekali tu dia tertanya depan arwah Abah ( Ayah mertua), terus dia kena smash dengan Abah.
“You ni, tanya soalan macam tu kat anak seolah tak faham qada dan qadr tuhan.. Mana lah diorang tau bila.. banyak mana kita ni teringin nak dapat cucu, diorang tu lagiiii teringin nak dapat anak.. Sudah, jangan tanya lagi soalan macam ni. Kecik hati diorang tu, kita pulak yang tak pasal-pasal berdosa. Dah lah buat orang terasa hati, persoalkan ketentuan Allah pulak tu!”
Ok, who loves my abah angkat tangan.
I must admit, aku dulu super duper super depress sebab kami tak ada anak lagi. Teringin sangat nak anak sendiri.. teringinnnn sangat-sangat.. setiap kali period terlewat sehari dua (sebab my ovaries are on time monthly), eager sangat buat UPT (urine pregnancy test) especially bila ada tanda-tanda awal pregnant, tapi tak pernah positif.
So setiap bulan, seperti result UPT ku, perasaan pun semakin lama semakin negatif.. bukan setakat bersedih untuk diri sendiri, tapi jadi sampai tak boleh nak rasa happy langsung untuk orang lain.. tak kira lah adik beradik ka, kawan baik ka, pesakit pregnant pun aku jadi macam.. judgy..
Aku mula persoal kenapa Allah bagi anak kepada orang yang pada aku tak layak lah nak jadi mak bapak ni!! Or dalam erti kata lain..aku rasa kami suami isteri lebih layak jadi parents berbanding diorang ni.
Macam-macam kes aku jumpa di sekeliling aku.
Yang mengandung anak luar nikah la,
Yang buang baby la,
Yang mintak kitorang gugurkan kandungan sebab dia tak ready nak timang anak seterusnya lah,
Yang pregnant setahun seorang anak lah,
Yang termiss pill perancang sehari pun terus lekat la,
Yang tak mau anak tu.. mudah sangat dapat..
Yang nak sangat anak ni, susahnya nak lekat.. huhu.
So.. aku depress..
Kawan aku pulak kawen lagi lambat daripada aku, belum dua bulan kawen dah UPT positif..lepas tu bagitau aku dengan cara yang tak sensitif langsung siap cakap, “Biasa lah, aku kan subur? Mesti la cepat pregnant!”
Aku menangis dengar ayat tu tau(of course menangis lepas letak telefon lah)..Allah je yang tahu perasaan aku cemana waktu tu.. Waktu tu.. aku tak perasan yang husband aku pun depress juga..
Apa, korang ingat orang laki tak ada rasa sedih? (My bad, this was me.. aku terlalu fokus kat diri aku bersedih sehingga aku tak sedar yang suami aku pun affected juga)
Orang laki lagi tak menahan jugak diorang punya komen.. toksah cakap la berapa ramai yang suruh suami aku kawen lain untuk dapat anak.. huhu..
Kami depress.. sampai our marriage affected juga la..We became different persons.. no longer happy macam kami sejak dari mula kawen dulu.. (waktu ni tahun ke lima perkahwinan).. lagi mencabar sebab masing-masing tengah final year nak exam apa semua tu..
Sehinggalah.. aku tertengok klip interview Celine dion di You tube (tak ingat channel mana interview dia and link tu pun aku tak jumpa sebab dah lama dah..)..
Reporter tu tanya dia lebih kurang macam ni lah:
****
Reporter: Celine, you tak kesah ke kahwin lambat and suami you jauh lebih tua daripada you ni? Nanti you tak dapat anak pulak kan susah?
Celine: (ketawa kecil) Anak, tidak sepatutnya menjadi penyebab utama kepada kenapa kita berkahwin because.. what if you tak dapat anak?
Adakah if tak ada anak, you jadi kurang bahagia dengan pasangan you tu?
Adakah if tak dapat anak, you jadi kurang menyayangi pasangan you?
Adakah if tak ada anak, you nak cari orang lain?
Kenapa perlu letakkan bebanan untuk suami isteri tu happy/bahagia pada anak?
Anak, tidak sepatutnya menanggung bebanan ini.
Ada anak atau tidak, ia tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepada betapa kukuhnya /bahagianya hubungan seseorang tu.
Bijak kan Celine Dion ni?
Aku punya tersentak dengar kata-kata Celine Dion tersebut sampai aku terus buat family conference lah dengan suami aku!!
Habis kami luah heart to heart, face to face.. nangis sama-sama..dan lepas tu solat sama-sama…
Alhamdulillah…
Allah mula angkat segala kesedihan kami dan Allah bantu kami repair relationship kami..
Tak cukup dengan Celine Dion..Allah hantar lagi beberapa posting di Facebook yang lepas aku baca tu, fuh!!!! Betapa Allah bagi aku sedar lah yang dunia ni belum berakhir bagi kami walaupun kami ditakdirkan tak da anak sampai bila-bila pun!!!
Sebab..
Antara perkara yang sangat menyedihkan aku adalah persepsi diri aku sendiri (dulu) dan juga kata-kata orang yang:
1.Aku bukan wanita sempurna andai aku tak mampu bagi zuriat kepada suami aku
2. Aku tak ada anak sebab aku bukan seorang wanita yang baik, sebab tu Allah tak bagi anak kat aku
3.Kami tak ada anak sebab kami belum bersedia untuk jadi parents yang baik kepada anak kami.
SEDANGKAN:
1.Tujuan kita hidup di dunia ni, bukan untuk jadi wanita sempurna tetapi untuk jadi hamba Allah yang sempurna. So, ada anak ke tak pun kita tetap boleh capai tujuan hidup ini.
2.Baik atau tidak seseorang wanita tu, bukan bergantung kepada dia ada anak atau tidak. Adakah kau nak kata A’isyah binti Abu Bakr; isteri Rasulullah SAW, Ummul Mukminin tu seorang perempuan yang jahat sebab tu Allah tak bagi dia anak?
No no no.
Bukan semua perempuan yang ada anak tu adalah seorang yang baik lagi disayangi Allah, tau dak?
Berapa ramai perempuan yang tak ada anak tu pula yang menjadi kesayangan Allah?
3.Berjaya lahirkan anak bukan bukti seseorang tu layak atau bersedia nak jadi ibu bapa.
Kalau gitu, orang yang mengandung anak luar nikah dan orang yang mengandungkan dia tu layak sangat ka jadi parents?
Semua tu..setiap kejadian yang kita lalui tu adalah ujian untuk kita.
Kita ada anak, anak itu ujian untuk kita.
Kita tak ada anak, juga ujian untuk kita.
Begitu juga sebaliknya.
Orang yang ada anak, juga Allah uji hatinya terhadap orang yang tak ada anak..
Sebagai contoh, apa perasaan/tanggapan fikiran kau yang Allah bagi anak tu, bila lihat orang lain tak da anak?
Adakah kau rasa itu:
A: ujian buat dia Allah tak beri zuriat lagi..aku yang ada anak ni pun belum tentu boleh didik anak aku tu jadi soleh lagi mensolehkan..silap-silap besar nanti jadi doktor jadi-jadian (e.g drug user) pulak Na’uzubillah…
ATAU
B: Hmph.. dia ni mesti anak yang tak baik, ada buat dosa kat Mak bapak/ suami/ keluarga/ jiran/kawan-kawan/pesakit dia sebab tu dia tak mengandung-mengandung lagi!
ATAU
C:…(tambah sendiri la negative thoughts yang lain..malas aku nak fikirkan)
So there..
Yang tak da anak pun sama..
Berapa kali kita jadi judgy dan rasa kalau kita ada anak mesti kita boleh do better than them?
Astaghfirullahal’azim..
Akhir kata..
1.Kita kena kuat dan abaikan komen-komen merepek dari anasir yang tidak diundang. Aku dulu selalunya kalau aku rasa macam nak lepaskan peluru berpandu kepada sesiapa, aku just senyum dan bagitau aku nak blah dari tempat kejadian sebab kalau aku tunggu, chances are aku akan tanya makcik tu dia tau dak bila dia nak mampos? Dan kalau dia tak tau, just shut up and mind your own business lah.
Skill bersabar/undur diri tahap tinggi ni memang kita kena ada lah, tidak boleh tidak. Kita tak perlu nak rendahkan diri kita dan tinggikan suara jerkah-jerkah diorang because unlike them, we have class. Kita tak payah marah, buat penat dan buang masa kita saja. Baik fokus kepada travel itinerary untuk next honeymoon, kan?
2.Sentiasa mohon pada Allah agar Dia bantu kita jaga hati kita ni..
Mintak Allah pegang hati kita pada landasan yang sebenar dan jaga hati kita daripada MAHUKAN SESUATU YANG ALLAH TAK MAHU BERI PADA KITA DI DUNIA INI.
Personally, aku rasa doa ni antara yang paling penting. Sebab, bila hati kita tak mahu dah apa yang Allah tak mau bagi kat kita, maksudnya kita sedang redha kepada ketentuan Allah pada kita dan kita tak iri hati dengan perkara yang Allah bagi pada orang lain tu. Betul tak?
Mari kita fokus kepada apa yang Allah beri kepada kita, bukan fokus kepada apa yang Allah beri kepada orang lain.
Dan jangan lupa nasihat Celine Dion, you and you husband must remain strong and maintain solid relationship with each other. Always communicate. Cherish the free time that you two have, before Allah send mini-version of you guys to disrupt you peace insyaaAllah. Haha.. sapa tau apa yang nak jadi selagi ia belum terjadi, kan?
Di harap sedikit sebanyak ia boleh membantu anda sebagaimana Allah bantu kami berdua.
Maaf jika ada terkasar nada bahasa.
Terima kasih admin sudi kongsikan confession ni. Moga ia beri manfaat kepada siapa yang perlukan sedikit sinar.. ameeen.
Truly:
– Dr N
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit