Tidak Pandai Berkomunikasi

Terima kasih jika confession ini disiarkan. Aku memerlukan pandangan/ komen/ nasihat dari semua. Aku lelaki, mid 30s, sudah berkahwin dan bekerja tetap.

Masalah yang aku hadapi sekarang mungkin kecil berbanding orang lain tetapi sangat memberi kesan kepada hidup aku.

Aku mempunyai tahap keyakinan diri yang agak rendah, dan ini menjadi root cause kepada banyak masalah yang aku hadapi, di tempat kerja dan di luar kerja.

Antara masalah yang terbesar ialah sukar berkomunikasi dengan manusia.

Di tempat kerja, aku sukar berkomunikasi berkaitan kerja dengan team members, sebab aku tak yakin dengan pengetahuan aku dalam kerja aku.

Bila aku tanya sesuatu, diorang tanya balik untuk dapatkan lebih info, masa ni otak aku dah jem sebab aku tak faham soalan, then anxiety kick in.

Last2 aku ambil keypoint je tapi tak faham seluruh explanation yang diberikan. Disebabkan itu juga, aku takut untuk membuat sebarang keputusan di tempat kerja, even yang kecil pun.

Bayangkan, menulis email 3 ayat pun mengambil masa sehingga 30 minit kerana aku akan membaca banyak kali, cross check fact sana sini, fikir kesan jika aku keluarkan email ni etc.

Sama juga bila aku cuba menyiapkan kerja yang diberi kepada aku, aku akan ambil masa yg sangat lama, sebab takut buat salah, takut aku jadi punca kepada masalah yang besar, takut sistem meletup.

Overthinking. Ini membuatkan progress kerja aku sangat slow dan bos, team mates dan vendor kurang yakin dengan kebolehan aku.

Bila balik rumah, aku mentally exhausted walaupun kerja tak la banyak mana pun, penat kalahkan CEO heeee.

Di luar pula, aku bukan la seorang yang pendiam. Aku ada ramai kawan, cuma bila di tempat yang baru, aku agak sukar untuk menyesuaikan diri.

Aku ambil masa yang agak lama untuk mingle around dan selesa untuk berbual. Kadang2 bila aku dah kumpulkan courage untuk bercakap, dan tidak dilayan, terus aku fobia nak tegur orang dah.

Aku juga ada masalah gugup bila unexpectedly kena bercakap. Contohnya bila aku nak bayar barang, tiba2 cashier kata “ni barang encik jugak ke?”.

Aku akan terkejut dan macam “ha??! Apa dia??” Dengan muka suspen, tone suara terkejut. Jantung pun macam berdegup kuat. Fight or flight response kot?

Hihi terkejut budak cashier tu tengok aku. Aku sukar buat keputusan dalam masa yang singkat sebab aku akan teragak2, fikir itu ini, walaupun benda yang kecil.

Di kawasan perumahan, aku jarang bergaul dengan jiran2, sebab aku jarang lekat rumah, tak pernah nampak diorang, jadinya, peluang aku terbatas untuk berbual2 dengan orang baru.

Antara usaha yang aku buat untuk selesaikan masalah ni, aku kerapkan pergi masjid, bergaul dengan orang2 tua.

Tapi bila aku senyum, duduk sama2 tapi tak dilayan, tanya sepatah jawab sepatah, aku malu dan takut nak cuba lagi. Then ambil masa yang lama untuk gain courage to try again.

Aku nak cuba join environment baru, mingle around, tapi tak nampak peluang. Mungkin aku tak pandai cari.. Di tempat kerja pula, aku cuba beranikan diri bercakap dalam meeting, tapi ada masa gagap pulok sebab gugup.

Terus macam bagi bad impression hmm kadang kala ada rasa nak jumpa orang yang pakar untuk tanya masalah ni, tapi kalau setakat nasihat macam guru kaunseling sekolah, tak nak la,

Baik aku luahkan dekat isteri aku je haha aku juga banyakkan aktiviti berpeluh seperti jogging, cycling, sebab kata orang badan cergas minda cerdas. Tapi takat ni tak nampak lagi membantu selesaikan masalah ni.

Sedikit background hidup, aku ni lepasan mrsm dan oversea grad. Tapi masa di universiti, aku kurang bergaul dengan local student. Duduk senyap je dalam kelas, activity luar pun tak join. Musim exam belajar sendiri, cukup 4 tahun balik ke tanah air.

Hubungan dengan student malaysia okay je, aku join semua activity yang mereka organize.

Balik Malaysia, setiap interview kerja yang aku pergi, jarang tak lepas haha masa interview aku tunjukkan keyakinan tahap dewa, tapi bila masuk kerja, mesti bos aku fikir “sembang gajah terbang rupanya dia ni”.

Aku susah nak perform, nak promoted, jadi aku lari cari kerja lain. Ini tempat kerja keempat aku dah dalam tempoh 8 tahun, dan aku dah buat keputusan, aku takkan lari lagi dah, selagi aku tak selesaikan masalah ni.

Aku teringin nak jadi macam orang lain. Yang ada keyakinan tinggi.. Aku nak jadi orang yang reliable, supaya aku boleh banggakan keluarga aku.

Sekarang ni mungkin diorang malu kalau nak compare dengan suami/ ayah/ anak orang lain. Kerja bagus.. gaji besar..

Alhamdulillah wife aku terima seadanya tapi for sure dia mesti ada sedikit rasa kecewa kan..

Terima kasih kepada yang membaca sehingga baris ini. Jika anda mempunya sebarang komen membina, tak membina, cadangan, sharing pengalaman, makian dipersilakan komen ya, saya akan cuba baca satu persatu.

Semoga urusan kalian yang cuba membantu dipermudahkan semuanya.

Terima kasih.

– Ashito Aoi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Situasi encik sama macam saya. Cuma saya situasi bila nak hadapi temuduga. Tak kesah temuduga untuk jawatan apa apa sahaja pun. Sebelum iv, semua benda ada dalam kepala otak apa yang nak diceritakan nanti dan keyakinan diri memang tinggi la masa tu. Bila time iv, bercampur dengan gugup semuanya jadi kucar-kacir apa yang disampaikan sampaikan nak susun ayat untuk cakap pun berterabur jadinya. Benda macam ni buat saya jadi penat kalau setiap kali nak temuduga. Sebabnya semua benda dah prepare sebelum temuduga itu. Tak tahu dh nk cerita dekat siapa. Hanya mampu berdoa pada Allah sahaja. Kadang tu berfikir sampai bila nak jadi macam ni. Hmm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *