Assalamualaikun dan salam sejahtera semua….
Aku cuba nak tulis cerita ni dengan sepadat dan dengan laras tatabahasa yang mudah difahami. Sebab dah lama tinggalkan bangku sekolah. Lama tidak menulis karangan. Maaf ya jika ayat tunggang terbalik. Spm dulu A tau penulisan. Tiber.
Berbalik pada tajuk aku. Kalau dalam drama, mentua halang perkahwinan anak, mentua tak suka menantu, mentua layan menantu jahat, semua nampak mentua tu yang zalim dan tak ada hati perut kan. Tapi lain pulak dengan kisah mak mentua aku ni.
Dan orang yang dia halang tu belum lagi jadi menantu dia. Maksudnya belum kahwin dengan abang ipar aku la.
Abang ipar aku tak pernah bercinta dengan sesiapa sebelum ni. Dialah yang menjaga mak, duduk dengan mak memandangkan aku dengan adik ipar aku duduk jauh.
Selama ni aku memang hormat dengan abang ipar aku. Dia jaga anak adik ipar aku dari umur setahun sampai 6 tahun sebelum adik ipar aku ambil semula.
Bayangkan lelaki bujang mampu jaga anak saudara. Aku kagum, sangat kagum. Abang ipar aku ni kerja biasa-biasa sahaja. Tapi sentiasa ringan tulang bantu dan bahagiakan ibunya.
Suami aku merantau dari lepas spm sehingga kini, 10 tahun duduk jauh. Tambah-tambah pkp ni, kami susah balik. Jadi memang kami sentiasa harapkan abang ipar tengokkan mak, kami hanya mampu hulur duit sekadar kami mampu.
Nak jadi cerita, tiba-tiba satu hari, mak mentua aku call suami aku. Sambil teresak-esak. Kaget jugak kami. Kenapa ni mak. Akhirnya mak cerita apa yang terjadi selama 2 bulan ni.
Abang ipar aku sudah berubah 100% hingga mak sendiri pun dah tak kenal siapa dia. Semua ni bermula bila abang bercinta dengan seorang janda yang selang lorong dengan rumah mak.
Mak terus terang cakap, mak tak suka. Dari awap mak pesan jangan kawan dengan dia bimbang jatuh hati. Tapi abang tak pedulikan nasihat makm dan sekarang, abang dah terjebak dengan janda tersebut.
Jangan salah faham, kami bukan skeptikal dengan gelaran janda. Tidak sama sekali. Janda itu bukan lah satu penghinaan. Di mata orang, mak menghalang abang untuk membela nasib janda. Abang dah lanjut usia. Janda atau dara bukan lagi jadi masalah.
Abang mengamuk. Diherdiknya mak bila dia dapat tahu mak pergi jumpa janda tu. Mak cakap dengan baik supaya jangan kawan dengan abang. Rupanya bila mak balik, dia call abang sambil menangis cakap mak serang dia.
Apa lagi, abang mengamuk sakan sambil baling barang-barang ke arah mak. Semua ni berlaku bulan lepas, tapi mak rahsiakan dari kami bimbang kami susah hati.
Bila mak curi-curi tengok phone abang, abang dah mula bersayang-sayang dengan perempuan tu. Dia ajak abang keluar guna kereta mak.
Fyi, abang tak ada kereta sebab dia tak mampu nak bayar, jadi kalau nak bawa mak beli barang, dia akan pakai kereta mak. Kami langsung tak kidah dan mak lagi la tak kisah.
Tapi bila dia guna kereta pergi dating dengan perempuan tu, mak dah mula tak bagi abang guna kereta. Mengamuk lagi abang. Habis dia ungkit budi dia selama ni pada mak. Ungkit adik-adik tak bantu dia jaga mak. Mentang-mentanglah dia belajar tak tinggi, jadi babu kami.
Allah, sedih mak dengar. Kami pun turut terkesan bila dengar. Selama ni kalau kami pulang ke kampung, dia lah orang yang paling sibuk sediakan makanan kegemaran kami. Cari durian kampung semua.
Tapi setelah kami berbincang, kami setuju untuk bawa abang jumpa ustaz. Sebab nampak abang lain sangat. Takkan mabuk bercinta sampai macam tu sekali?
Separuh paksa juga kami bawa, nasib abang tu kecik, kalah dengan suami. Bila berubat, perut dia membahang. Dia tak boleh duduk diam.
Dia meronta. Tapi dia sedar. Entahlah. Aku pun tak pandai dalam bab ni. Lagipun, aku sekadar memerhati. Kami hanya sempat berubat sekali sebab pkp dilanjutkan lagi. Kami pun tak boleh balik ke kampung. Hanya mendengar rintihan hati mak saja.
Okay. Kenapa mak tak suka sangat dengan perempuan tu? Sebab dia janda ke?
Tak bukan sebab tu.
Pertama, dari segi pemakaian. Tiap kali dia jeluar dengan abang, mak tengok dia pakai skirt pendek. Rambut jangan cakapla, memang oren.
Tapi mak kisah bab rambut tapi pakaian yang keterlaluan tu mak jadi risau. Mereka keluar berdua. Abang tu bujang terlajak. Dok tengok paha gebu, entah sampai bila iman abang tu bertahan.
Kedua, janda tu ada anak 3. Tetapi dia tak pernah jaga sebaliknya mak ayah dia yang jaga. Mana sifat keibuan dan tanggunjawab dia?
Seteruk mana pun kita, dengan anak-anak, sanggup ke tinggal macam tu je sedangkan kita seronok merendek ke sana sini. Mana hati nurani dia?
Ketiga, sebelum berkawan dengan abang, saban malam diangkut dengan pelbagai jenis lelaki. Apa yang dia buat, wallahualam.
Tapi orang kata jangan tengok masa silam dia. Tapi, kita pun manusia tak terlepas dari berfikiran buruk bila tengok lifestyle dia macam tu.
Keempat, bila dia tahu mak tak suka dia, lagi dia datang cari abang. Bagai mencabar mak. Dia lalu depan rumah sambil ketawa. Dia hantar lauk dekat abang. Abang sampai tak makan mak masak. Aduh sedih pulak aku.
Kelima, perempuan tu ada sedara tinggal selang serumah dari dia. Tapi dah bertahun tak bertegur. Manusia jenis apa yang tak tegur jiran tambah-tambah saudara sendir?
Dan yang keenam dan yang paling penting, dia bukanlah janda seperti yang dicanang. Sebabkan mak kawan baik dengan saudara dia, saudara tu cerita, dia masih isteri orang.
Dah 2 tahun gantung tak bertali. Dan tak ada usaha untuk tuntut fasakh. Jadi apa motif dia nak kawan dengan abang? Sekadar isi rasa sepi?
Kemuncak segala adalah apabila abang disahkan poaitif covid dan abang dapat dari perempuan tu. Dok berdating bagai mustahil la tak terjangkit kan.
Dan lebih mengharukan, mak pun positif sama. Mak stage 3. Tapi alhamdulillah mak kuat lawan. Sekarang mak dah sihat. Tapi suami aku memang betul-betul marah dan dia kata tak mungkin dia akan maafkan abang kalau ada sesuatu terjadi kepada mak.
Kalau di pandangan mata orang ramai, mak mertua aku memang zalim. Mak mertua aku memilih menantu. Mak mertua aku childish.
Aku sebagai menantu kadang-kadang sedih tengok orang tua tu dihina. Tapi bukan sifat dia nak buka aib orang lain. Dia boleh diam saja saat dia dicerca orang sekeliling, dicerca anak sendiri. Biarlah orang nak cakap apa. Mak ada sebab kenapa mak buat macam tu.
Aku pun menantu dia. Tak pernah lagi dia masuk campur urusan kami. Bagi aku dialah mak mentua yang senang diurus. Tak banyak songeh.
Entahlah, aku sebenarnya nak cari tempat untuk meluah saja. Sebab aku menantu. Aku rasa aku tak ada hak untuk lebih-lebih. Sekadar mendengar dan menjadi tempat luahan hati adik ipar dan suami.
Tapi jika ditakdirkan perempuan tu jadi keluarga kami, semoga Allah lapangkan dada kami dan dapat terima dia dengan hati terbuka dan abang bahagia dengan dia. Semoga yang baik-baik saja untuk keluarga kami.
– Menantu memerhati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit