Tidur Berasingan

Semalam aku dan suami bergaduh.

Sudah 2 hari bila lihat suami, aku rasa nak marah. Tapi aku cuba sedaya boleh hiraukan sahaja.

Cucukan syaitan kah? Tapi masih rasa tak tenang. Untuk hilangkan rasa tak seronok tu aku cakaplah, aku rasa macam nak marah padanya.

Kenapa aku rasa marah?

Bila aku fikir balik. Aku rasa sebab kami tidur berasingan sorang tidur atas katil (Queen bed) sorang tidur bawah (single bed on the floor).

Dah nak hampir setahun beginilah cara kami tidur (sebab sudah ada 2 cahaya mata). Tak dapat semua tidur sekatil.

Lama sudah aku rasa perkara ni tak sihat sebab tak tidur sekatil bersama. (Kadang-kadang sekatil bila balik rumah mertua sebab ada katil King)

Bila aku suarakan, ianya bawa kepada pergaduhan. Dan salah aku juga. Mungkin ini tak perlu jadi punca untuk aku marah pun kan (?)

Aku pernah usulkan

(1) Beli katil king supaya dapat tidur bersama.

J : Katil yang ada masih elok. Nanti nak jual macam mana? Nanti kalau pindah rumah lagi makin banyak barang.

(2) Turunkan Queen bed atas lantai supaya boleh tidur sekali (gabung single bed).

J : Nanti tilam cepat berhabuk.

(3) Tidur semua sekatil.

Sebab anak pun tidur agak lasak. Nanti akhirnya suami akan turun ke single bed juga. Sebab kasihan isteri tidur sempit.

Jadi disebabkan semalam memang aku pun moody sahaja, aku cakaplah jika berasingan lama-lama beri kesan kepada aku. Esok lusa benda ini pun boleh jadi punca cerai.

Jika asing biar asing bilik terus. Kalau tak lagi tertekan sebilik tapi tak sekatil. Rasa macam dekat tapi jauh.

Suami aku pun terus marahlah. Boleh tak fikir rasional, jangan beremosi, kenapa nak sebut pasal cerai, buat baik dipijak kepala pula.

Adakah aku sebenarnya mensabotaj diri aku dengan fikir perkara negative sebegini?

Ke sebenarnya “ok je sis tidur asing² sebab dah sebilik pun. Sis je yang over demand nak sekatil. Bersyukur lah sikit.”

Suami kata entah apa yang aku baca sampai fikir tidur tak sekatil sampai cerai.

Demi Allah aku tak ada baca apa-apa pun, aku hanya rasa tidur macam tu lama-lama macam merosakkan hubungan. Sebab ia memberi kesan untuk aku.

Boleh korang beri aku nasihat yang baik-baik? Jangan kecam aku, aku hati tisu.

Kalau memang aku silap, korang tuliskan nasihat yang baik-baik boleh?

InshaAllah aku terima.

Aku dibesarkan tanpa mak ayah. Mak meninggal waktu aku umur masih kecil. Ayah ada tapi seperti tidak wujud dalam kamus kehidupan aku. Jadi aku ini membesar dengan mengharap nasihat-nasihat yang baik dari sekeliling aku.

Dengan suami aku selalu cakap supaya nasihat aku kalau ada salah dan silap atau apa-apalah. Dia cakap dia pun tak tahu kalau nak bagi nasihat spontan. Tapi bila time bergaduh waktu tulah dia keluarkan semua nasihat.

Aku cakaplah kenapa waktu aku tengah marah, merajuk barulah nak bagi nasihat. Bila aku baik-baik sahaja tiada pun nasihat yang diselitkan. Katanya sebab dia tahu perangai aku bila dinasihati akan marah.

Aku cuma beritahu seperti yang di atas. Kenapa bila aku sedang marah baru nasihat (sebab kita sedang marah). Kenapa lepas solat, waktu lapang bersama, waktu happy² berilah nasihat apa-apa, aku terima sahaja.

Yang memerlukan nasihat dan sokongan,

– NM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Orang tua2 pesan
    Gaduh mcmana pun
    Jgn tidur asing2

    Anak tidur di tengah pun jangan

    Suami isteri ni kena ada sentuhan2
    Marah mcmana pun nanti
    Ada peluk cium baik la

    So cadangan akak
    Beli tilam Queen
    Letak bawah utk anak2

    Adik n suami tidur atas katil tu

    • Kalau sy dulu ank still kecil2, tidurkan ank dibawah…lps ank tidur baru naik atas katil. Tapi kdg2 tertidur juga smpi pg. Tapi cuba sedaya upaya tidur atas katil

    • Assalamualaikum. Saya faham masalah awk. Sy berdoa awak success. Doa akan Sy juga bahagian dunia akhirat. Penyelesaian 1.kenal karacter pasangan. 2.(knp sy tekan kan kenal karacter pasangan) sbb sekiranya dia buka jenis pemula, anda kena inasatif terlebih dahulu apa² shj cadangan untuk penyelesaian mslh ini. 3.cuba check Lain² masalah jika ada.

  2. Lah..jawapannye senang je dik, anak tulah perlu diasingkan tidur dgn ko.
    Tahu tak seawal 6 bulan dah boleh sleep train dan pisahkan anak tidur? Haaa, pi tgk page baby language dan amalkan tdo asing dgn anak ok? bukan asing dgn suami.

  3. I lah tu yang tidur berasingan. Dari anak first lahir hingga now anak dah 8 tahun.

    Memang betul la tu, awal2 tido asing. Lama lama dua dua ada teman tidur malam dlm phone. Lama lama lagi, macam tak heran dah to each other.

    Now bilik asing officially. Sayang tu dah tak rasa apa. Tapi terpaksa la hidup bersama lagi sebab anak2. Bersama pon dah nak dekat 2 tahun tak bersama dah.

    Tapi tah la. Sebab tido asing ke? Dont know

  4. Angah nk ckp sket. Apa gunanya jawin tp x sekatil? Hubungan sbg suami isteri bkn mcm hubunngan sbg room mate. Tidur sekatil sbg suami isteri perlu sentuhan kshsyg utk rasa sendiri, ada jiwa, rasa nyaman, rasa tenang. Tidur sekatil bkn hanya utk ‘hubingan badan’ je, ia lbh dr itu. Lgpun islam x galakkan suami isteri tidur jauh2 katil asing2 apa lg klau bilik asing2. Betul kata awak, klau tidur asing2 mmg akan mnjurus kpd perceraian sb hubungan jiwa & rasa saling memerlukan , saling menyayangi, x ada. Ada suami, ada isteri tp mcm xada, x rasa mcm asa lg2 klau dekat asyik nk brtekak je. Kemanisan dlm berumahtangga tu x ada. Itu yg jiwa jd mberontaj, sb rasa ada ‘benda’ yg kurang
    . Perlu utk awak tau, suami usteri yg xpernah brpisah tempat tidur, Allah redha. Allah suka pd pasangan suami isteri yg forever in love.

  5. Alahai sis, pelik betul ya. Kenapa tak asing kan anak tido bilik sendiri.

    Hias sikit bilik anak tu letak glow in the dark ke, Lepas tu setiap malam tido dgn dia dekat bilik dia, nnt tgh malam bgn la tido dgn husband.

    Anak i dari umur 2 tahun kami train, alhamdulilah skng yg sulung 4 tahun, yg bongsu 2 tahun, memang tido bilik sendiri.

    Jadi kami ada masa utk pillowtalk & ketenangan.

  6. senang je .. perkara ni berlaku pd hmpir semua pasangan, masa saya dulu, masa takde katil king, saya gabungkan katil single dgn katil queen, saya mmg jenis suka raba bini… so bila ada anak 2 org yg sulong rapat ke dinding yg no 2 tu duk baring tgh2 antara kakak ngan mama nya, papa nya apalagi seblh mama nya lah kerja raba atas bawah .. settle… oppps papa nya kat katil single

  7. Memang tidur asing lambat laun akan menyebabkan perceraian. Suka atau tidak kena terima hakikat tu.

    Anak tak boleh tidur sekali dengan mak bapak, apatah lagi sekatil. Ada ramai isteri/suami yang sengaja letakkan anak ditengah2. Itu tak bagus. Kerengangan di tempat tidur akan merenggangkan hubungan suami isteri bila tak ditackle dari awal. Sepatutnya anak diletakkan dalam baby coat dari bayi lagi dan dilatih tidur di bilik sendiri sejak kecil. Tak boleh bagi alasan anak takut. Ada isteri/suami yang ego menafikan perkara ini dan akhirnya hubungan mereka tak dapat diselamatkan. Padahal tak ada mana2 pihak yang curang pun.

  8. kesiannya , u sewa bilik ke ??? sebab u ckp semua tido sumbat dlm bilik , so maknanya u takde rumah la kan ? kalau ada rumah , jadi la bijak sikit , asingkan anak2 tido bilik lain.. aiyaa itu pun kena ajar ke , kang suami u kahwin lain , u meroyan…

  9. Sy pernah tido 5beranak (3boys) atas katil king ikea..kami tido melintang so memang bersempit2 atas tilam..husband clingy giler!kot mana pon dia sanggup berebut dgn anak2 dia nak tido sebelah sy..dari awal2 kawin husband ajar sy, suami isteri gaduh perang mcm mana pon wajib tido sekali.skrg anak2 dh besar, husband akan tidokan dorang sekali kt bilik belakang pastu menusup masuk bilik kami. Usahakan sis tido sekali queen bed tu yg penting both of u sanggup berkorban berhimpit sikit atas tilam. Kejap je tu sementara nk tunggu anak besar. Good luck!

  10. Betul sgt kita wife blh jadi moody sbb tak tidur sama2. Lelaki mmg akn buat dunno dan menjawab sahaja. Maka sbb kita yg nak utk ketenangan kita, maka kita usulkn dn paksa suami kita baik2 dgn berseni ye percakapan tu agar plan tidur sekatil terlaksana. Awk sbnrnya dulu tak dpt father’s love so awk perlu man’s love dari husband awk – but its ok blh diatur tu Allah uji awk dgn semangat yg kuat, so awk blh ubah semua yg awk nak dgn semangat awk tu. Be positive dan yakin boleh ya. You control your own life now since you have survived in your past life. -Love-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *