Tiger Parenting

Salam warga pembaca dan admin

Di sini aku ingin berkongsi… kalau sudi baca silakan. Tq admin sebab sudi siarkan perkongsian dariku. Actually tengah buat thesis, tapi tak de idea pulak. Daripada aku tido, yang confirm2 aku akan tertido sampai pagi, baik aku menulis. Bak kata pujangga ” semua penulis akan mati, kecuali penulisannya sahaja yang akan kekal abadi. Maka tulislah sesuatu yang baik, untuk membahagiakan kamu di akhirat nanti”

Hari tu aku ade menulis di sini. Sekali imbas aku nyatakan lah aku dan adik-adik ku khatam Al Quran dalam semasa berumur 6 tahun. KAmi tahu membaca sejak umur 4 tahun. Jadi di sini, aku ingin kongsikan macamana parents kami jadikan sebegitu, walaupun kami daripada dua generasi yang berbeza. Ingat yang ni jap(ada kaitan dengan ape aku nak cite), aku dan kakak abang aku adalah gen-Y , hanya adik bongsu kami je millennials generation a.k.a gen-z. Generasi ipad lah senang cite. Dan parents kami adalah baby boomer.

Baby boomer (1946-1964) Gen Y ni lahir (1980-1995) Gen-Z (1996-2010.)

**mak ayh jaga pemakanan kami**

Memandangkan jarak umur kami yang jauh dengan adik bongsu kami, mak aku mengambil keputusan untuk mengambil pembantu rumah , sebab kami adik beradik semua sudah bersekolah. Dan yang sulung sudah pun melanjutkan peajaran ke IPT. Tak de yang boleh tolong jenguk adik kami. Sebab ada yang duduk kat asrama. Mak aku tak bagi pembantu rumah kami memasak kecuali mak aku ada meeting atau balik lewat. Biasanya, mak yang akan masak. Kalau kakak ade, kakak yang akan masak. Pembantu rumah hanya bersihkan rumah, basuh baju (kecuali yang kecik2 buat sendiri), lipat baju dan uruskan adik kecik (kami uruskan diri sendiri sebab dah besar). Pendek kata, selagi mak aku boleh memasak, die akan masak. Dan mak juga yang akan sendukkan nasi, especially untuk ayah aku. Mak pesan, esok kalau perlu pembantu rumah, makan minum anak suami, biar kita uruskan bukan pembantu rumah.

Rahsia sarapan pagi
Aku penah baca satu artikel, sarapan pagi penting untuk otak. Supaya tak mengantuk. Ya aku akui, sepanjang duk universiti, kalau tak sarapan, tu buat aku lesu pagi2. Tapi bukan itu sahaja. Kalau sarapan tu, mak yang masak, walau roti beli, sapu dengan kaya. Tapi ayah yang sapukan pagi-pagi. Sediakan untuk anak-anak, anak-anak makan, insyallah, orang cakap air tangan mak ayah. Anak-anak akan dengar kata. Mak yang masak sarapan untuk kami. Bukan pembantu rumah. Pembantu rumah tolong kemas2 je. Itulah rahsia terbesar dalam membesarkan anak-anak. Memang aku belum kawen. Cakap senang. Tapi aku perhatikan, memang betul..

Ada satu kisah seorang isteri yang duduk jauh dengan suami. Anak ramai, jarak umur dekat2 je. Nak jimat kos makan, hari2 isteri tu memasak sarapan. Alhamdulillah, walaupun seorang sahaja, tapi anak-anak mudah diuruskan. Katanya, anak2 ibarat memahami dirinya. Pagi2 yang bayi tidak merengek menangis. Yang berumur dalam 4 tahun, tahu nak membantu di dapur. Berkat air tangan si ibu.

Lewat macamanapun mak ayah aku pergi keje, kami adik beradik wajib sarapan.

**ajar cintakan ilmu sejak kecil**

Sejak kecil lagi, mak aku tampalkan abjad2 A B C / 1 2 3/ alif ba ta/ di dinding rumah. Usia adik aku 1 tahun, mak aku tunjuk mana satu A B C 1 2 3 dan alif ba ta. Kalau tengok pada psikologi budak, masa ini lah yang sesuai kita ajar mereka. Kerana peringkat inilah mereka menerima input2 dengan baik. Otak mereka cepat berhubung. Dan mak aku pesan pada kami, agar bercakap seperti biasa dengan adik aku. (tidak pelat. cth: susu sebut susu buka ucu).

Parents aku bekerja. Tapi, aku lihat tiada istilah rehat dalam diri merek seba rehat mereka adalah:berhenti melakukan perkara yang sama. Kalau tengah kemas rumah, mak kata nak rehat. Mak akan pergi tanam pokok pulak kat belakang rumah. Kala nk rehat lagi, die pergi memasak pulak kat dapur. Itu lah rehat. Jadi, lepas balik keje, mak aku akan duduk dengan adik aku. Bemain dengan adik aku. Ajar ABC nyanyi ALIF BA TA….walaupun sekejap. Tak lama pun 10 minit macamtu. Sebab kadang-kadang, parents aku balik malam. Aku tak pernah tengok parents aku abaikan adik aku, tak serahkan pada pembantu rumah 100%.

** Zaman internet

*** Ajar mengaji***

Hasilnya, umur 3 tahun adik aku sudah kenal abjad rumi dan arab. Waktu ni, adik aku di didik untuk berdisipin. Petang lepas maghrib adalah masa untuk mengaji. Iqra 1. Ayah akan ajar adik aku. Pada mulanya memang agak payah. Sebab adik aku menangis dan memberontak. Sebab kanak-kanak belajar dalam bermain. Tapi parents aku guna pendekatan “habuan” Sebab masih kecil, parents tak pukul. “Buat dapat, tak buat tak dapat..” Adik aku ni suka lego. Mak aku beli lego. Die gantungkan kat pintu bilik dimana adik aku tak boleh nak ambik. Mak cakap, habis iqra 1, baru bleh buka. Mak juga akan beri masa. Mak tunjuk kalendar, mak ajar bagaimana kalendar berfungsi. Mak bagi kalendar yang boleh koyak tu, dan bagi adik aku koyakkan setiap hari. Supaya dia faham macamana masa itu berlalu. Sebulan, tak habis iqra 1, mak bagi lego dengan aizat. (kazen kami). Dari situ, adik aku mula untuk membaca iqra 1.

Dari kecil, parents tak pernah manjakan kami dengan mainan. Setiap mainan yang kami dapat adalah habuan kami berjaya melakukan sesuatu. Pada masa yang sama, mak akan menepati janjinya. Kalau kami gagal, kami tak akan dapat habuan seperti yang dijanjikan. Mak jenis, kalau mak dah cakap, mak akan buat. Pesan mak, sekali mungkir janji, nanti susah nk didik anak-anak.

Kadang kala, mak tak bagi apa2 kat adik.
Contohnya masa adik baca iqra 2, mak cakap habiskan. Mak taknak, adik baca iqra semata-mata2 lego. Supaya keikhlasan untuk membaca tu wujud dalam diri. Dari situlah, adik aku bukan sahaja membaca lepas maghrib. Bila die lihat die dah iqra 4, semangat untuk menghabiskannya, adik baca setiap kali lepas solat. Kadang-kadang, meraikan kami dengan majlis2 supaya kami belajar, tak semua benda diraikan dengan mainan. seperti meraikan hari jadinya.

Selain mendidik untuk membaca, mak aku ajar adik aku menggunakan komputer. Zaman tu laptop mahal lagii. Komputer mak beli 2. Satu untuk kerja satu untuk kami adik beradik main game. Mak belanjakan duit untuk kami belajar sambil bermain. Tapi, bukan semudah itu. Kami hanya diberi 30 minit seorang untuk main game dalam 1 hari. Kawal anak-anak, bukan lawan kemahuan mereka. Walaupun 3 tahun, adik aku dah reti main CS, Frozen Throne dan sewaktu dengannya.

Macam aku cakap, mak aku bagi habuan game pulak. Contohnya adik aku nak main 1 jam. Mak akan cakap, baca iqra 10 muka. Dia akan berfikir sama ada untuk main satu jam tetapi membaca iqra 10 muka. (sebab kebiasaan sekali baca 5 muka sahaja) Mak aku, mendidik sambil memberi kami ruang untuk rasa zaman kanak-kanak kami. Yelah, zaman aku dan kakak abang mane ade game macam tu. Zaman kami, nak main basikal pukul 4 kene siapkan kerja rumah awal2. Kalau tak, mak hanya izinkan keluar rumah pukul 5 dan balik pukul 6. Zaman berubah. Didik anak-anak ikut zaman. Mereka dilahirkan untuk zaman itu.

**hafaz surah**
Kelebihan budak2, mereka cepat menghafal. Yelah, benda ni soal hati. Kanak-kanak tak de dosa. Hati mereka suci dan bersih. Ajar anak2 menghafaz sejak kecil. Biasakan diri mereka. Ajari mereka alfatihah. kerana surah itu bekalan mereka seumur hidup mereka.Mereka baca setiap hari dalam solat. Ruginya parents kalau tak ajar anak mereka surah Al-Fatihah. Ya, zaman dah berubah. Gunakan kelebihan zaman itu untuk mengajar. Zaman tak salah…kesian zaman

Dulu mak aku ajar kami manual je. Kalau duduk tengok tv, mak akan suruh aku sebut satu ayat surah al fatihah. Sampai lancar. Mak sebut aku ikut. itu dulu.

Sekarang, zaman adik aku. Zaman mp3 dah wujud. Walkman dah pupus. Sume benda download je kat internet. Zaman hujung jari kata orang. Manfaatkan teknologi. Bukan setakat al fatihah, dalam usia 3 tahun, adik aku sudah hafal surah Al-Buruj. Mak aku guna cara yang sama. Buat dapat, tak buat tak dapat. Mak aku download surah tu dalam komputer. Mak cakap, dengar 10 kali baru boleh main game.Pada masa tu, mak aku tampalkan surah Al-Buruj di dinding, dekat dengan komputer. Sebelum adik aku main game, die kene dengar surah tu sebanyak 10 kali. Setiap hari. Setiap kali die nak main.

Alhamdulillah, usia 6 tahun, adik aku sudah hafaz juzuk 30. (bukan 30 juzuk… insyallah dalam proses)

***Ajar menaip***
Mak aku bukan sahaja menyuruh adikku bermain,kadang kala, adik aku disuruh menaip kerja-kerja mak aku. HAhahaha. 1 muka je. Hasilnya, kanak-kanak yang menaip, merenggangkan otot jari2 mereka. Adik aku 4 tahun pandai memegang pensel. Aku pernah jadi guru taska, budak 5 tahun masih tak reti pegang pensel. Ade yang menggenggam, ade yang peganghujung jari je dan macam2. Ini fakta. Yelah, zaman kita Gen-Y, main ting2, seremban, panjat pokok, masuk longkang, bermain tanah, pasir, masih selamat. Bukan sahaja dari segi kesihatan bahkan keselamatan masih ditahap selamat lah kan. Bukan macam zaman sekarang, anak dalam rumah pun kena culik. Apakan lagi yang bermain di luar. Sebab tu kita dulu2 tak sedar apa kita main adalah untuk perkembangan kognitif dan psikomotor kita sebagai kanak-kanak. Gunakan teknologi sekarang untuk membina perkembangan otak anak-anak. Bukan dihidangkan dengan ipad, tab semata2. Beri anak-anak main play-doh, plastisin dan sebagainya. sekarang sume dah boleh beli.

**solat dari kecil**

Solat lain tak susah. Yg paling susah maghrib. Aku tak tahulah, tv dari dulu, asal 6.00pm sampai 8:00pm je cite kartun atau drama entah ape2. Zaman aku dulu, keluangman, usop sontorian, sume waktu2 tu. Masa nak menepek kat tv tu la, sebatan berbisa sampai. Seorang-demi seorang merasainya sebab tak maghrib. Parents pukul kami kalau tak solat. Memang masing-masing ready ambik wudhu, azan je solat, terus tengok tv. Itu pun, mak bagi tengok cite kartun je. Dan biasanya parents akan tengok sekali, sebab taknak cerita kartun yang kami tengok tu ada unsur2 tak elok macam kartun sekarang.

**kawal gajet dll**

Macam aku cakapkan, mak aku cakap dan buat. Dari zaman nokia yang ada lampu tu, sampai la zaman Iphone ni. Mak aku kawal benda macamni. Masa kecik, kami rasa terkongkong sangat. Tapi, alhamdulillah, sekarang baru sedar. Antara kesannya, aku tak pernah couple sebab tak de handphone.hehe.. Mak janji, umur 17 tahun baru ade hp sendiri. Selagi tak 17 tahun, kumpul duit sendiri pun mak tak izinkan. Sampai adik aku yang gen-Y ini, mak aku tak bagi. Kalau die nk mesej kawan2, guna hp mak aku. So, no hp, no insta, no FB, no wechat segala bagai (yelah, kalau takde hp benda macam tu tak akan aktifkan), Selama ni adik aku main tab kepunyaan mak ayah aku sahaja. Mak aku bagi adik aku berfacebook bagai. Tapi, guna fon mak aku. Sebabnya, mak aku taknak adik aku lalai. Macam aku cakap, mak aku tak halang kami , mak kawal kami.

Urgent macamana??
Adik aku sekarang duduk asrama. Mak aku ajar die hafal no parents supaya apa2 boleh call mereka. Tak de alasan kalau ade hp senang save nombor. Guna telefon awam je.

Kalau keluar jalan2?
Awal-awal dulu, mak aku bagi adik aku hp nokia yang ada main snake tuuu… Yang tu je. Itu pun kalau urgent, untuk mesej dan call. Zaman ade whatsapp, mak aku bagi adik aku samsung young. Pinjam jee, . Adik aku hanya pegang fon tu kalau keluar jalan-jalan. Kalau cuti sekolah. Yelah, kami adik beradik semua dah jauh . Parents nak kami saling berhubung. Adik aku guna samsung young tu je. Dan, tak de password. Mak aku check hp tu.

Setiap kali ade hp baru, mak beli. Mak tukar. Mak nak kami sama-sama rasai apa itu teknologi. Tapi mak kami tak bagi untu memiliki sendiri. Sehinggalah kami berumur 17 tahun.

Laptop??
Ye, parents tak bagi selagi kami tak bergelar mahasiswa universiti. Nampak kejam kut. Tapi, kerana syarat inilah, aku dan adik beradik bersungguh-sungguh hingga semua masuk U. Walaupun aku je yang form 6 dalam adik beradik, aku merasa ade laptop, selepas aku form 6. Selepas aku masuk universiti.
Sebab janji parents aku, masuk u, mak bagi laptop.

Adik aku yang kecik tu, mak aku bagi die pegang laptop. Tapi, laptop ayah aku.laptop mak aku. Adik aku tahu guna. Sebab parents ku, mahu kami tahu serba serbi. Tapi tak didik kami untuk mudah memiliki.

****
ngantuklah pulak. Aku tahu, cabaran mendidik ank2 generasi ini. Aku sendiri kadang-kadang rasa nak marah dengan adik aku bila die tak berenggang dengan tab.

Aku guru taska . Jujurlah , aku kadang kadang rasa nak marah, Kenapelah budak ni tak reti gunting kertas. kenapalah budak ni tak reti nak pegang pensel. Dah 6 tahun pun tak tahu ABC….ish3…. sebab tu aku share … mana tahu membantu. Banyak beza budak sekarang dengan kita yang dulu. sebab sekarang budak2 kurang pendedahan dari segi aktiviti. Nak try??? Aku pernah buat. Ternyata adik aku gagal buat untuk pertama kalinya.

Kalau ade adik/anak2 sekitar umur 4-6 tahun. Suruh mereka cuba buat ni:
Lompat satu tempat
Lompat ke depan. Berjaya tak?
(Mula-mula gunakan 2 kaki lepastu 1 kaki)

Adik aku lompat satu tempat boleh. Lompat ke depan sikit je.. Lama2 baru die boleh lompat ke hadapan jauh sikit. Sebab mereka kurang bergerak.

Sebagai guru taska/ guru tadika/guru ganti (dulu) juga, kadang2 aku temui juga budak2 yang istimewa. Mungkin pendekatan mereka berbeza. Tapi aku perhatikan, yang istimewa ini, ada kelebihan tersendiri. Parents kena cari. Yang aku pernah jumpa, pelajar ini sengau. Kalau ajar ABC memang tak boleh. Macam-macam aku try tapi susah bagiku. Tapi bila aku suruh hafal surah. 10 minit die boleh hafal walaupun sebutan die tak betul. Berbanding kawan2 yang lain, mereka ambil masa seminggu untuk hafal.

Maaf kalau ada yg tak betul atau tersilap dalam conffession ini.

terima kasih.

– SN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit