Tikam Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca confession ini.Sebenarnya kisah ni bukanlah kisah aku,tetapi kisah adik aku .

Nama adik aku zafiey (bukan nama sebenar) .Zafiey ni ada seorang kawan bernama Laila(bukan nama sebenar).Mereka sebaya,sekarang masing-masing dah 21 tahun.Mereka ni kenal since form 1 lagi.Memang rapat lah.Kami sekeluarga pun memang kenal rapat dengan si Laila ni.

Dua hari yang lepas,parents Laila termasuk Laila sekali datang rumah aku.Bukan datang melawat ke apa,mereka datang sebab tunjuk surat dari ALONG (syarikat pinjaman wang) .Oh ye untuk pengetahuan semua,aku bekerja di Kuala Lumpur.Family aku semua kat Johor.Ok ni dari apa yang mak aku cerita lah,sebab mak aku terus call aku lepas family Laila balik.Ayah aku bekerja time tu,so mak aku takde lah call ayah aku,sebab tak nak lah ayah aku terkejut kan,then mak aku decide nak inform aku dulu.Oh ye,adik aku si zafiey bekerja juga time tu.

Menurut mak aku,family Laila datang marah-marah tunjuk surat ALONG tu ,katanya ALONG tampal dekat rumah tuntut hutang.Aku pun macam what the fish.. apa kene mengena dengan family aku kan.? Laila beritahu yang pinjam duit ALONG tu sebenarnya adik aku si Zafiey,bukan Laila.Adik aku pinjam guna nama Laila kononnye sebab waktu tu adik aku takde slip gaji.Mak aku tanya juga,motif adik aku pinjam duit ALONG tu,tp Laila kata adik aku pinjam sebab nak pergi KL .Betul awal tahun lepas memang Zafiey dan Laila ada pergi KL,mereka menetap dekat rumah aku.Tapi tak lama,sehari je mereka dekat sini.Yang aku pelik sepanjang Zafiey dekat KL mmg semua aku tanggung.So kenapa nak pinjam ALONG kan? Sedangkan boleh je dia pinjam aku,sebab aku kaklong dia .Untuk pengetahuan semua,keesokkan harinya ,aku bawa mereka berdua jalan sekitar KL.Memang aku perasaan si Laila memang shopping sakan lah.Beli jam sampai 4,satu jam beratus2 hokey,Shopping baju mcm kat Johor takde Mall.Penuh satu bakul dia ambil baju.Tapi aku diam je,sebab duit dia kan .Berlainan pula dengan adik aku,dia sekadar perhati je gelagat Laila,takde pula aku tengok dia capai itu ini.Sebab aku tahu dia memang tak cukup duit,lagipun sebelum dia datang KL lg,dia dh beritahu memang dia tak cukup duit.Tapi aku yang paksa dia datang sebab dah lama tak jumpa.So tutup cerita mereka bercuti.

sekarang ni ,yang memeningkan kepala family aku,si Laila ni dah sebut nama adik aku sekali.Malam kejadian tu,aku call Zafiey,aku minta cerita semua ni.Menurut adik aku,memang dia ada teman Laila untuk buat pinjaman tu,tapi dia cuma teman saja,sebab Laila kata dia takda duit .ok fine,aku tak percaya melulu,aku mesej Laila minta di ceritakan semuanya.Bila Laila cerita ,aku dah dapat tangkap,siapa yang cuba berdalih.Mula-mula dia datang rumah aku,dia kata Zafiey pinjam duit tapi guna nama Laila,tp dalam mesej Laila kata memang mereka berdua buat pinjaman sebab nak pergi KL,tapi yang bayar bulanan cuma Laila.Aku macam tak puas hati lah kan.Sebab family aku memang tak nampak langsung adik aku pergi shopping ke apa,Life dia pergi kerja, balik kerja.Hidup dia pon takda pulak bermewah-mewah.Tp si Laila ni pula aku tengok bertukar saja handphone.entahlah. Kalau nak tuntut hutang pun kenapa selepas dah setahun berlalu kan.Malam kedua kejadian,family Laila datang rumah aku lagi,mintak duit.Tapi memang aku dah pesan dekat parents aku jangan bayar selagi tak siasat betul-betul.Family Laila macam tak puas hati dan terus balik.Esok hari nya,ayah aku pergi syarikat pinjaman tu,minta statement hutang tu semua.Waktu tulah semuanya terbongkar,sebenarnya yang awal2 dulu dah pun Laila bayar,cuma sekarang hutang yang terbaru Laila buat yang masih tertangguh bayaran.Dan hutang itu pun atas nama Laila dan teman lelaki dia.

Aku macam tak percaya Laila boleh buat macam ni.Sedangkan mereka kawan baik.Tapi aku kecewa sampai sekarang Laila masih tak mengaku.Dia masih tegakkan benang yang basah.Aku tak tahu apa yang di hasut family dia,sebab sampai sekarang family dia still tuduh adik aku macam-macam,walaupun bukti depan mata.Laila memang pandai berlakon,siap bersumpah itu ini,sedangkan family aku dah tahu kisah sebenar.Tapi bila family aku explain pada family Laila mereka langsung tak percaya.

Benda macam ni,betul-betul buka mata aku.Betul orang kata,manusia ni rambut sama warna, hati lain-lain.Jangan lah mudah nk percaya pada sesiapa.Manusia ni bila sudah terdesak,sanggup tikam belakang.
Akhir sekali,aku nak ucap terima kasih kepada semua yang sudi baca confess aku ni,maaf andai cerita ini mengelirukan sebab aku bukan lah penulis yang hebat.

Sekian Terima Kasih.

– IMAN

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit