Assalamualaikum. Hai admin.
Saya dah lama nak tulis pasal perkara ni. Cuma mungkin baru hari ni hati saya gerakkan jemari ni. Ikut suka hati admin nak publish ke tak nak tulisan saya ni.
Aku mulakan tulisan dengan rasa sedih berbaur marah. Sebab apa? Sebab bila tengok kadar perceraian dalam Malaysia ni, aku jadi sedih, bengang. Senangnya masjid yang dah dibina tu hancur lebur macam tu je. Masjid tu woii.
Tapi bila aku singkap kembali, aku cuba selongkar kat mana pucuk pangkal masalahnya perceraian ni. Sepanjang pemerhatian aku semenjak aku dewasa ni, puncanya bermula sejak pasangan tu sendiri belum berkahwin lagi. Ok kita cuba rungkai sama sama.
Masa nak kahwin, kau dah selidik betul betul ke atas sebab apa kau nak kahwin? Sebab kawan kawan dah ramai yang kahwin so kau pun nak kahwin jugak? Sebab dah lama couple sejak so penat dah couple then its time to tie the knot? Sebab semua orang dah duk tanya bila kau nak kahwin dan kau pun dah penat nak layan jadi kau kahwin dengan sesapa yang mak kau pilih takpun yang kau jumpa kat laman sosial? Sebab nak memenuhi tuntutan agama? Sebab nak selesaikan separuh dari agama?
Pasal niat tu, kau settle la sendiri. Kau dah tua. Kau dah matang. Pandai pandai la kau nilai diri kau kat mana. Tapi sebelum kau kahwin, ada kau fikir perancangan selepas kahwin? Bila aku perhati, ada yang langsung tak rancang pun kehidupan lepas tu. Dah selesai majlis kahwin, isu pertama mana nak tinggal. Ok let say kau tinggal rumah sendiri. Ok lah as a starting point kau menyewa.
Jadi kau pun hidup bahagia sebagai suami isteri di rumah sendiri. Untuk si isteri dan suami, ada kau belajar cara urus rumah sebelum kahwin? Kalau belum, malula kau kat diri sendiri. Sebagai suami dan isteri, kerja kau bermula seusai subuh lagi. Tugas pertama kau, untuk yang beragama Islam, kejut suami/isteri kau bangun subuh. Solat jemaah. Kau sembahyang tak? Kau jawab sendiri.
Kepada pasangan yang tak pernah solat jemaah kat rumah tu, kau ketuk hati kau, ketuk kepala kau. Kau Islam, dah kahwin, dah ada suami, dah ada isteri, tapi sembahyang pun tak. Pastu dengan suka hatinya kau upload gambar bawak bini pergi candle light dinner di restaurant eching mewah dengan caption, “Dinner with love. Till Jannah, sayang.” Till jannah my ass!
Bila aku perhatikan dan selepas aku bertanya disana dan sini, pasangan yang kahwin dan bercerai ni jaga solat ke tak, jawapan yang aku terima selalu je negatif. Maksudnya, usahkan nak solat jemaah dengan pasangan, nak jaga solat pun susah nokharomm! Kau reti kahwin, kau pandai lafaz akad, kau pandai cecium dahi lepas akad, kau boleh hihi huhu haha tangkap gambar pre-wed post-wed bagai tapi kau tak solat?! What the helll! Kalau aku pun bengang macam ni, entah apa yang tuhan rasa agaknya. (Peringatan untuk aku juga jaga solat awal waktu, iman aku pun ada turun naiknya. Tskk tskk.)
Baiklah moving to the next phase. Itu baru subuh phase. Lepas tu bab prepare keperluan pasangan. Suami kau pergi kerja mesti teringin nak sarapan kat rumah. Apa salahnya kau curi waktu kejap untuk senangkan hati dia. Suami kau bukannya mintak pulut kuning pakej dengan rendang mak tok pun, cukupla dengan simple breakfast sajorr. Si suami pulak, kalau bini dah prepare makan kat kau, ada kau ucapkan apa apa untuk isteri? Isteri tak harapkan banyak mana pun, cukupla ungkapan terima kasih jadi penguat rumah tangga kau.
Aku ada terbaca, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ adalah ungkapan yang paling padu untutk mengutuhkan lagi rumahtangga. Tapi kau, ada ucapkan ungkapan tu pada pasangan? Tolong la, aku harap sangat kepada semua pasangan di luar sana, amalkan la kata ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ ni. Ego kau tu rendahkan sikit. Kalau buat salah, terus ucap kata maaf. Jangan tunggu sampai dah nak lafaz cerai depan tuan hakim di mahkamah nanti baru nak minta maaf buat kali pertama dan kali terakhir.
Itu kisahnya kalau kau hidup bersuami isteri di rumah sendiri. Tapi kalau kau tinggal dengan mertua, atau mertua kau datang jenjalan kat rumah, lagi baaaanyak yang kau kena jaga. Bermula saat kau dapat call atau mesej yang mertua nak datang, mulakan misi kau di saat itu juga. Jaga hati mertua. Sebelum tapak kaki mertua pijak lantai depan rumah kau, at least sediakan la kopi ke kudapan ke untuk mereka. Sejuk hati mertua tu nanti.
Mertua ni tak harapkan apa apa pun. Cukup lah sekadar kau hargai kedatangan dan keberadaan mereka. Biar mereka rasa dihargai. Sebab tu pentingnya kau jaga hubungan dengan mertua sedari belum berkahwin lagi. Tapi kalau perkahwinan tu sendiri jadi penyebab hubungan kau dan mertua jadi kusut, kau nilailah kembali tujuan kau kahwin untuk apa.
Dan untuk mertua-mertua sekalian, jangan harapkan menantu anda tu sempurna. Dia pun ada kekurangannya. Jika ada salah silap, tegurlah. Jangan dibenci dan dicaci. Jangan sampai cacianmu itu berterusan sampai ke mahkamah syariah nanti. Jangan.
Satu lagi, kalau kau rasa kau masih belum puas menikmati hidup bujang, jangan kahwinnn! Ada juga yang bercerai atas dasar pasangan masih belum puas ‘enjoy’. Enjoy yang macam mana? Suka keluar malam. Suka lepak dengan kengkawan sampai tak ingat ada pasangan di rumah. Suka shopping sampai lupa purse dah nipis. Kerja tetap pun belum. Simpanan pun tah kemana. Dan macam macam aneka lagi lah.
Kalau kau nak enjoy, perkahwinan bukan fasanya. Perkahwinan tu berat tanggungjawabnya. Kau kena jaga isteri. Kau kena jaga suami. Masing masing saling menjaga. Saling memperingatkan, keep reminding each other a lot.
Dah panjang aku bebel. Cecukuplah. Aku nak pesan, tolong nilai diri kau. Kepada yang masih belum berkahwin, kau singkap dulu kehidupan kau, kau dah bersedia ke belum. Siapkan dulu diri dengan solat, adab, tingkahlaku, ilmu, duit, dan sama waktu dengannya.
Kepada yang dah kahwin, singkap kembali kehidupan perkahwinan kau sebelum ni. Kau ada solat jemaah? Kau ada cakap terima kasih kat suami? Kau ada ucap maaf kat isteri? Kau ada lukakan hari isteri/suami? Kau ada tersilap cakap? Kau ada lukakan hari ibu bapa/ mertua kau? Kau pernah hargai pasangan kau? Kau pernah …? Kau pernah ….? Kau isilah sendiri tempat kosong tu.
Kau jawab soalan soalan tu, lepas tu kau cuba berdoa di tikar sejadah moga kau diberi kekuatan dan istiqamah untuk teruskan kehidupan perkahwinan dengan cara yang leeeeebih baik dari sebelumnya. Jangan sampai perkahwinan kau berakhir di mahkamah syariah, tapi lasting till jannah k. K bai.
Dengan ingatan yang tulus,
IEI
– IEI
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit