Bismillah dan assalamualaikum semua. Luahan aku ni berkenaan timbang rasa dan keprihatinan dalam persahabatan. Aku harap luahan aku ni sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada kita semua.
Dalam persahabatan kita tak patut berkira sebab kawan yang baik adalah yang susah senang sama2 kan? Dan sebagai org islam kalau kita ikhlas memberi, ganjarannya ada utk kita inshaaAllah.
TAPI…
Sebagai kawan juga jgnlah kita ambil kesempatan (take advantage), ambil mudah (take for granted) dan tak fikir pun pasal kawan kita yang lain. Sepanjang 20 tahun aku berkawan umur dewasa ni, aku nampak dan aku dah alami sendiri perangai kawan2 yang tak prihatin dan tak ada rasa timbang rasa dgn kawan2 lain.
Kita kena selalu ingat tahap kemewahan kawan2 dlm satu2 group tuh tak sama dan berkemungkinan sampai bila2 pun tak akan sama. So kita perlu sentiasa aware dan bersikap sensitif antara satu sama lain supaya hubungan persahabatan kita kekal harmoni.
Untuk topik nih, aku nak bercerita pasal dua org kawan aku iaitu Y dan Z. Aku, Y, Z dan ada lagi yang lain dah kenal lama sejak zaman sekolah. Kami semua agak rapat dan kerap berjumpa.
Y jenis memang rajin pick up kami sekawan bila nak lepak sama. Dan memandangkan Y nih agak berada, dia kerap juga belanja kami semua makan. Nak pick up kami sorang2 nih bukan satu kawasan jer dia kena pergi.
Tapi kawan2 aku yang lain nih perangai haih entahlah. Aku yang gaji paling kecik nih yang akan sentiasa bawa smart tag sekali dan aku juga lah yang turun bayar parking. Yang lain tuh termasuk Z tak menyumbang satu apa pun. Duduk jer dlm kereta sejuk ber-aircond tuh berborak dan main phone macam big boss.
Kau org nih langsung tak ada rasa segan ker? Makan dah ler free sebab Y belanja dan minyak kereta kau org tak payah tanggung sebab Y jemput hantar balik rumah. So apalah salahnya kita yang lain nih tanggung tol dgn parking.
Z nih satu masa dulu hampir setiap hari nak berjumpa dgn aku sebab nak luah perasaan dia. Jumpa pulak mesti dekat cafe sebab kedai mamak bising. Berminggu2 juga lah aku layan Z tapi demi kawan yang memerlukan aku masa tuh, aku layankan jer dan cuba jadi kawan yang baik untuk dia. Nak kata aku nih mampu nak lepak cafe hampir setiap hari memanglah tidak. Tapi aku tak berkira dan aku tak expect pun Z belanja aku.
Tapi bila aku dapat tahu Z lalu jalan masuk ke rumah aku otw nak pergi ke cafe, aku terkejut dan aku rasa kecewa sebab dia tak pernah offer pick up aku. Dia yang nak jumpa aku dan dia yang tak habis2 nak luah perasaan, tapi nak pick up dan hantar aku balik rumah pun tak terfikir nak buat ker untuk kawan rapat dia?
Ada satu kali tuh aku dan Z nak jumpa kawan lain dekat luar kawasan. Z, mcm biasa suruh aku drive. Ok aku tak kisah. Tapi tol atau sekurang2 nya parking sumbanglah sikit. Kalau sekali sekala tuh aku mmg tak kisah. Tapi nih kerap. Balik2 aku yang kena drive dan balik2 aku yang kena pick up dan hantar dia balik rumah. So lama kelamaan aku rasa mcm Z took advantage of me and took me for granted. Dia tahu aku nih bukannya lebih mewah drpd dia pun. Kecik hati aku.
Mungkin kau org bash aku ckp aku ni yang berkira, tak ikhlas, itu ini. Yer betul, parking dan tol selalunya bukan mahal mana pun. Tapi kalau tak mahal kenapa kawan2 yang lain tak boleh tolong tanggung? Kita nak keluar lepak happy dgn kawan sama2, tapi yang tanggung kos minyak, parking dan tol kawan sorang tuh aje? Adil ker mcm tuh?
Mungkin juga ada yang rasa kenapa aku tak sound jer Z. Kata kawan rapat. Aku pilih utk diam sebab aku nak jaga persahabatan, sebab aku tak nak dia terasa, sebab aku risau dia salah faham, sebab aku nak jaga hati kawan aku.
Aku bukan sama sekali nak kata aku bagus. Kalau aku bagus, tak akan terdetik langsung perasaan yang aku ada nih. Aku cuma tak boleh faham org boleh selamba jer buat kat kawan mcm nih. Aku diajar oleh mak aku, kalau aku menumpang kereta orang, tol dan parking aku tanggung dan duit minyak aku sumbang mana yang berkenaan. Kalau kawan aku nak isi minyak, aku turun pergi isi dan tong2 sikit minyak. Seriously aku rasa segan wey nak duduk relax jer dalam kereta dan biar kawan buat dan tanggung semua.
Biarpun kawan kita tak minta, biarpun dia tak pernah berkira, biarpun dia lebih berada, bagi aku ini semua belakang kira. Kalau kita ada kawan yang berada, jgn sesuka hati kita ambil kesempatan atas kelebihan dan kebaikan dia. Sama juga kalau ada kawan yang kurang mewah berbanding kita sendiri, jgnlah berlaku kurang adil asyik suruh dia aje yang drive dan tanggung semua kos. Semua org tahu bila kereta penuh muatan, lagi2 bila badan yang menumpang tuh boleh tahan berat, minyak turun banyak wey.
Kesimpulan luahan hati aku yang panjang nih, please be considerate and be sensitive towards your friends. Don’t take advantage of them and don’t take them for granted. Kita nih sebagai kawan buatlah apa yang patut dan sumbanglah sedikit sebanyak apa yang mampu. Paling tidak pun sumbang tenaga mana yang boleh.
Aku tak tahu apa kau orang rasa, tapi kalau aku buat kawan aku terasa hati aku rasa tak best wey.
– SY
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit