Nama aku Sauna (bukan nama sebenar). Dan aku ada kembar, Sauni (bukan nama sebenar). Yes aku ada kembar. Seiras okay… Seiras. Tapi perwatakan kami, minat kami sangat berbeza. Aku cakap banyak, Sauni pulak pendiam.
Nak cerita pasal rezeki. Aku dari zaman sekolah Aku bukan lah budak pandai. Memang Sauni akan lebih dari aku. Tapi, entah lah. Nak kate rezeki, waktu PMR dan SPM Allah rezekikan aku dapat lebih dari Sauni.
Bila masuk Universiti, kitorang berpisah. Aku ke Universiti lain, Sauni ke universiti lain. Sauni sentiasa dapat dekan. Manakala aku, repeat paper, repeat semester. Aku grad dengan bawah 3.0.
Sauni duduk dekat dengan rumah. Ada masa, mesti balik tolong mak ayah aku. Aku, duduk jauh. Nak balik pon fikir banyak kali. Duit semua tu. Sampai adik-adik aku kate, Sauni ni kakak yang berguna. Aku? Tak berguna. Tak tahu pon masalah keluarga apa berlaku.
Aku sentiasa rasa down. Aku rasa aku macam tak diperlukan. Aku rasa aku paling useless. Aku rasa aku tak dihargai.
Aku grad awal setahun dari Sauni. Lepas grad, aku rasa useless sgt. Dah lah tak kerja, adik aku pulak duk kate aku goyang kaki kat rumah. Aku setiap malam doa, harap dapat kerja. Harap time konvo aku tak susahkan mak ayah aku.
Yelah, aku universiti jauh. Mesti nak sewa homestay lagi, minyak kereta lagi. Aku tahu family aku bukan lah orang senang. Jadi aku kena fikir macam mane aku nak maka ayah aku datang hari konvo aku. Tak sampai sebulan aku dapat kerja. Alhamdulillah rezeki.
Aku kerja, kumpul duit untuk hari konvokesyen aku.. Gaji aku masa tu tak banyak pon, kerja biasa je. Asal kerja. Gaji tak sampai seribu. Tapi aku suka dengan kerja aku. Sesuai lah dengan aku yang peramah ni.
Lepas setahun, Sauni grad (pointer dekan). Sauni bertunang dan sauni berkahwin. Waktu tu, kerja aku menangis, murung. Sebab apa? Sebab mulut orang. Sebab perangai suka jaga tepi kain orang lain.
Dari Sauni bertunang, soalan yang sama ditanya. (Please korang. Kalau rasa tak ada kena mengena pon dengan hidup korang, tak perlu tanya please)
Aku dah ramai kenal lelaki. Yang kenal dengan mak ayah aku, yang kenal dengan kawan-kawan aku, yang kenal dengan adik beradik aku, yang hanya kenal aku saja pon ada. Tapi satu pon tiada yang jadi.
Jangan kata aku memilih. Yang aku kenal, ada yang orang susah, ada yang kaya, ada yang hensem. Yang tak hensem pon ada.
Sekarang, Sauni masih belum kerja. Tapi Allah rezekikan dia ada suami. Aku? Dah kerja. Gaji boleh kata lumayan lah juga. Around 3K. Ada kereta sendiri (dah habis bayar), ada simpanan utk beli rumah, ada simpanan tabung haji (korang doakan semua impian aku tercapai)
Kalau dulu aku selalu menangis kerana cemburu dengan life Sauni, sekarang aku redha. Aku ambil kesempatan sementara single lagi ni, aku menabung untuk masa depan aku.
Bagi aku, perempuan kena ada duit. Sebab tak semestinya dapat suami nanti, dia berduit. Aku tengok laki Sauni duit cukup makan je. Aku tak tahu lah Sauni tu keadaan hidupnya macam mana. Sebab kami duduk jauh dah. Dia ikut suami.
Kadang aku dengar mereka ada masalah family. Aku nak nasihat, aku pon tak kahwin lagi. Tapi aku sentiasa cari ilmu untuk tambah pengetahuan aku tentang cara education anak-anak, how to be a good wife and mother and so on.
Btw, Aku baru putus cinta lagi sekali. Tapi aku rilek je. Aku langsung tak menangis. Sebab kami yang pilih haluan kami sendiri. Aku rasa aku dah dewasa. Aku hanya perlu follow the flow. Dan yakin Allah pasti sedang merencanakan yang terbaik untuk aku.
Nasihat aku, Cemburu dengan life orang lain boleh, tapi jangan sampai buat kau down. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk diri kau jadi lebih dari tu. Dan jangan kau bimbang tentang rezeki kau.
Rezeki setiap manusia berbeza. Perjalanan setiap manusia berbeza. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Kerja kita, doa doa dan doa.. Tapi jangan sesekali lupa utk redha dengan apa saja yang Allah tetapkan untuk kita.
Sekarang umur aku dah hampir 30 tahun. Nak usaha cari jodoh tu macam dah hilang rasa, aku sekarang fikir nak beli rumah, nak beli tanah je. Kumpul aset. Tapi apapon, aku mohon doa korang, doakan aku jumpa jodoh dengan lelaki yang tetap, pada waktu yang tepat.
Timeline setiap orang berbeza. Walhal kau kembar seiras pon, Allah tetap aturkan timeline, rezeki yang berbeza. Hebat kan rancangan Tuhan?
– Sauna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit