Tinggal Bersama vs Hidup Bersama

Assalamualaikum wbt. Nama aku Teratai. Aku dah berkahwin, mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Usia perkahwinan telah melewati 16 tahun.

Aku nak kongsikan apa yang berlaku dalam rumahtangga aku sejak 16 tahun ni. Bukan untuk membuka aib suami, tapi lebih kepada meminta pendapat para pembaca yang budiman tentang situasi dalam rumahtangga kami.

Kami berdua sama2 penjawat awam. Gaji dia tentula lebih besar kerana gred lebih tinggi daripada aku. Sejak berkahwin, dia memang tidak pernah berikan nafkah. Gaji dia adalah gaji dia dan gaji aku adalah gaji dia.

Setiap bulan gajinya hanya mampu bertahan 2 minggu saja. Aku tak tahu ke mana perginya duit gaji dia,

Tapi selama 16 tahun ni, akulah yang membayar loan rumah, segala bil utiliti, keperluan anak termasuklah belanja dapur. Sehinggakan aku terpaksa melakukan 2/3 kerja semata-mata nak menampung keperluan dalam rumah.

Penat dengan kerja, penat dengan part time, penat menguruskan rumahtangga.

Suami aku? Tak pernah nak membantu uruskan rumahtangga. Yang dia tahu, balik kerja tidur. Bangun tidur, handphone. Kemudian, keluar minum dengan kawan2 atau bersosial dengan kawan2.

Aku? Terkontang kanting uruskan rumah dan anak2. Bukan badan sahaja penat, emosi turut terdera dengan pelbagai rasa.

Pernah dia berjanji akan mengurangkan beban yang aku tanggung bila dia dinaikkan ke gred yang lebih tinggi. Tapi rupanya janji tinggal janji. Masih lokek membantu aku. Masih kedekut menghulurkan nafkah hatta RM50. Berkira soal makan dengan anak2.

Akhirnya selepas 16 tahun, kami perang besar. Aku mula mempersoalkan tanggungjawab dia. Tentang nafkah. Tentang perbelanjaan rumah. Tentang keperluan anak3.

Aku ingatkan dia akan sedar. Sebaliknya lain pula yang jadi. Bermati-matian dia menyatakan bahawa dia telah membantu aku. Contohnya sesekali beli sayur, ikan, ayam. Ada membayar tuisyen anak. Dan sesekali belanja sarapan pagi kami sekeluarga.

Dia mula berhujah, aku tak bersyukur dengan “bantuannya”. Aku tak bersyukur ada suami. Asyik merungut suami tak bantu. Sedangkan kat luar sana ada ramai isteri yang ditinggalkan suami. Ada ramai isteri yang tidak dipedulikan suami.

Aku jadi keliru. Adakah menyediakan rumah, makan, pakai kepada dia dan anak2 terletak atas bahu aku? Sehinggakan dia berasa dia dah pun bantu aku selama ni tanpa aku sedar.

Kata2 dia buat aku jadi keliru. Betul ke aku tak bersyukur? Penat berfikir.

Dalam usia melewati 40an, wajar ke aku ke pejabat agama mencari jawapan haluan rumahtangga aku?

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Rasa nak ketuk kepala kau kak, kenapalahh dari awal ambik tanggungjawab suami, Geram betul aku, nampak sangat laki kau pergunakan kau, pastu play victim, tolong la fikir betul2. 16 tahun kot gila la, fazura pun 7 tahun dia dah sedar.

  2. kenapa awak bodohkan diri sendiri? suami gaji besar ke kecil ka, semua tu tanggungjawab dia. p je la pejabat agama. dia tak bertanggungjawab. patut dah lama awak p pejabat agama

  3. wajar kak kalau nak ke pejabat agama, dah 16 tahun tak berubah…rumah kira atas nama akak @ suami, ad simpan tak resit2 byran loan rumah, ..tukar rumah jadi atas nama akaklah kalau akak yg tukang bayar, incase kalau2 nak cerai ke apa senang, simpan resit2 bayar bil apa semua, .., lelaki ni habit dia payah nak ubah kecuali dia bagi effort sungguh2 krn Allah. Semoga dipermudahkan urusan akak

  4. akak laki bini ni tak gi kursus kahwin ke? kenapa tertukar jantina pulak selama 16 tahun ni? akak ke dia yg bertelur? tak payah nak pergi pejabat agama, nanti dia kasi kaunseling je, cukup la 16 tahun bodoh, akak pergi je fail fasakh, laki gagal jalankan tanggungjwb. 16 years not 16 months sis?! make sure to pull out all the receipts. jgn terperdaya bila dia pujuk. akak sekarang ni bukan ada 3 anak, tapi 4 anak, si baby besor tua kerepot tu dah jadi anak pulak dah bukan bapak atau suami

  5. Sis.. Bahasakan dia mcm ni pulak..cuba la korang tukar tanggungjawab tu untuk seminggu je.. Tgok dia nak bersyukur ke tak hadap semua yg sis rasa tu… Sis pulak balik main fon, rehat lepas tu g lepak dgn member. Cuba la.. Hati kena keras la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *