Assalamualaikum WBT. Mohon doa, pandangan, sokongan dari kalian yang membaca sebab aku dah tak kuat dan sangat down.
Aku baru berkahwin 5 bulan. Aku 28 tahun dan suami aku 35 tahun, berkenalan di tempat kerja. Sebelum berkahwin, kami sangat bahagia.
Tak pernah bergaduh dan jika ada salah faham, kami selesaikan dengan baik tanpa marah2 atau gaduh. Hubungan dengan bakal in law, baik. Mereka sering datang untuk tengok anak lelaki mereka.
Boleh katakan setiap 2 minggu, mesti akan datang untuk tengok anaknya. Seminggu sekali atau dua kali akan call sembang dengan anaknya. Untuk makluman, FIL MIL sudah bersara swasta.
8 bulan perkenalan, Allah SWT permudahkan kami untuk berkahwin dan family suami minta untuk combinekan dengan majlis saya. Family saya ok sahaja tak ada masalah.
MIL maklum, akan sponsor baju kahwin. Akan sponsor goodies. Kad kahwin akan ditempah dari negara sebarang. Kuih muih akan disponsor. Tetapi satu pun tak ada, semuanya hanya kata2.
Saya tak kecil hati dan memang langsung tak berharap, semuanya saya selesaikan sendiri dengan bantuan family dan sedara mara saya sendiri. Sedara mara sendiri yang willing dan excited sponsor belah saya macam2.
Majlis berjalan lancar. Drama bermula selepas dua hari berkahwin, MIL mesej suami cakap rindu, 11.30 malam MIL call suami untuk bersembang. Esoknya kami honeymoon di kawasan tak jauh dari kami pun, suami cerita pada family dia yang kami otw honeymoon.
MIL dapat tahu, dia angin dan terus call “awat tak habaq! Kalau habaq boleh ikut sama”. Cerita tak habis di situ, honeymoon kami takde erti. Pagi tengah hari petang malam, MIL kerap video call tanya aktivi kami.
Saya dah terasa dan nangis2 sambil marah suami, kenapa semua benda kena bagitahu, takde privacy untuk kita ke, tak boleh ke jangan cerita apa2.
Saya memang dah spoil mood sampai hari ketiga. Hari ketiga, drama baru lagi, MIL call kata FIL tak sihat dan minta kami balik kampung.
Kami balik kampung, FIL elok dalam keadaan sihat, siap ikut pergi makan minum di luar.
Boleh katakan setiap hari dan paling tidak, setiap 2 hari MIL akan call sampai sejam dengan suami. Since that, saya tak pernah rasa bahagia atau apa itu nikmat perkahwinan.
Macam2 drama dan ujian berlaku dari awal kahwin. Suami janji akan ubah jadi lebih baik tapi semua dusta, takde perubahan malah makin terasa hati. Setiap 2 minggu kami perlu balik ke kampung dengan macam2 drama yang dicipta.
Kemuncaknya, kami patut balik beraya di kampung suami pada hari kedua raya, tetapi sehari sebelum raya, MIL call suami menangis2 meraung2 kata FIL tak sihat, FIL tenat, FIL tak boleh buka mata, tak boleh jalan.
Saya tinggalkan mak saya yang tengah sakit akibat terjatuh (effect kaki & tangan), terus ikut balik ke kampung suami malam tu juga. Sampai2, FIL tengah tidur dan elok boleh berjalan ke toilet, boleh buka mata.
FIL memang kurang sihat, demam, tapi tak seteruk macam drama yang dicipta seolah2 tenat tak boleh buka mata tak boleh jalan.
Pagi raya, MIL keluar beraya dari pagi sampai maghrib sedangkan saya dan suami duduk di rumah saja, memang saya tak bawa sehelai pun baju raya sebab fikir “takkan nak beraya kot, ayah kan tak sihat”.
Hari ketiga, saya ajak suami balik ke kampung saya pula. Masa tu juga terus MIL kata nak bawa ayah pergi hospital, minta cek. Untuk makluman, sedari suami kecil, FIL memang ada kanser tapi tak pernah buat rawatan.
Jadi bila bawa ke hospital, memang ada kanser tu lagi dan perlu buat rawatan segera tapi MIL tak nak dan minta bawa balik ke rumah semula.
Sesungguhnya ALLAH SWT maha berkuasa, selepas dari tu, FIL tak boleh bangun, tenat dan susah buka mata.
Saya duduk di sana selama seminggu manakala suami duduk di sana jaga ayahnya selama 2 bulan dan cuti tanpa gaji.
Sepanjang di sana, emosi saya makin tak stabil. Saya kerap menyendiri, saya selalu menangis tiba2, sering kena tindih, dan banyak termenung.
Seminggu di sana, saya ambil keputusan untuk balik, kerja dan suami tinggal di sana. Saya? Terabai.
Tapi saya kuatkan diri, “tak apa, suami tengah jaga ayah. Aku kena support dia”. Walaupun dalam hati ni memang dah terasa habis, mental, sedih dan makin sakit.
Saya balik kampung suami stiap weekend sahaja walaupun dah tahu akan diabaikan. Satu hari, semasa di hosp, saya rehat dalam kereta tiba2 ditindih. Tapi mata saya sedar, cuma tak boleh bergerak dan nafas.
Saya ketawa sendiri, nangis kemudian sambung ketawa sambil ditindih. Mengucap, baca segala doa dalam hati dan bila tersedar, saya terus call suami. Suami turun dan saya cerita pada suami sambil menangis.
Suami tenangkan saya dan bawa saya keluar jalan malam tu. Dalam kereta tiba2 rahim rasa sakit yang maha dasyat, yang amat sangat, saya boleh rasa setiap satu jarum dicucuk2. Rupanya itu permulaan seterusnya jalan hidup saya.
Since that 1 badan saya selalu sakit, saya selalu emosi, selalu semua benda tak kena dan menangis je secara tiba2. Suami fokus jaga ayahnya jadi saya selalu keseorangan.
Selepas dua bulan, Allah jemput arwah ayah. Semua urusan dipermudahkan. Arwah ayah memang sangat baik dan saya sendiri selesa dengan arwah ayah. 3 hari kemudian, suami pun balik ke rumah kami.
Saya jadi semakin emosi. Makin lama makin benci pada suami. Saya rasa jijik, geli, menyampah pada suami dan sering bergaduh walau hal hal kecil.
Suami tak pernah tinggikan suara pada saya tapi saya yang jadi tak boleh kawal. Suami nak bawa berubat, saya lagi mengamuk marah tak nak. Minyak kasturi, saya rasa macam busuk yang amat sangat.
Sampai lah minggu lepas, keadaan saya semakin parah bila mana saya tak boleh kerja, saya hanya rasa nak baring saja, saya termenung, muka saya jadi lebam, dan makin tak dapat dikawal.
Saya lawan dan kuatkan diri jumpa ustaz, saya pergi dengan kawan sebab memang dah benci amat dengan suami, tak boleh nak pergi dengan dia.
Ustaz scan dan terus buangkan segala jin yang ada dalam badan, disetiap part anggota badan saya ada. Kata ustaz, ni adalah sihir pemisah, dia baru lagi hantar tapi sangat kuat, penuh satu badan dia hantar.
Ustaz sediakan barang mandian yang perlu digunakan 3 hari berturut dan perlu datang selepas hari ketiga. Nikmat sangat rasa, ringan sangat badan, rasa rindu yang amat sangat pada suami.
Selepas hari ketiga, saya datang jumpa ustaz semula tetapi kali ni bersama suami.
Ustaz scan suami, kosong tak ada apa2. Ust scan saya, masih ada 3,4 jin di beberapa tempat. Nangis, sakit meraung jangan cakaplah tapi saya dapat rasakan perbezaannya.
Lebih ringan dan saya dapat diri saya semula. Saya terus jadi ceria, saya terus boleh sembang, semangat dan bercerita. Kalau tak, memang sepatah pun tak nak cakap dengan suami.
Suami happy tengok keadaaan saya dan berjanji esok nak bawa saya berjalan sebab sebulan lamanya saya sakit dan saya tak ok dengan dia, baru hari itu saya ok dan dia jumpa diri saya yang asal semula.
Esoknya saya bangun tapi rasa nak demam, rasa lemah semula tiba2 MIL call suami minta balik ke kampung dengan alasan tak masuk akal sambil pesan “jangan bawa isteri”.
Sedihnya rasa. Saya terus menangis dan dasyatnya, suami terus tinggalkan saya balik ke kampung. Suami janji akan gerak balik ke saya semula lepas maghrib, akan sampai dalam jam 9 malam.
Seharian menangis sebab sedih, kecewa, terasa.
9.30 malam, suami masih tak sampai, saya call dan suami kata “tengah sembang dengan mak”. Sedangkan setiap hari dia call mak dia, saya cek fon suami, on the way pergi kerja, dia call mak dia.
Dah sampai tempat kerja, dia buat kerja sambil video call mak dia, kemudian sambung ws, balik kerja, dia call lagi. Malam sebelum tidur, dia call lagi. Tak cukup lagi ke.
Dia pesan pada mak dia, jangan lupa makan, tapi dia langsung tak tanya saya makan apa. Sedihnya rasa.
Dia balik ke rumah kami dalam jam 12 tengah malam lebih. Saya hanya diamkan diri kerana terasa yang amat sangat.
Esoknya badan saya sakit2 amat sangat, saya jadi emosi, saya tak boleh kerja, saya memberontak dan tengking2 suami. Saya rasa marah benci yang amat sangat.
Malam, kami jumpa ustaz. Lagi dekat nak sampai rumah ustaz, lagi sakit satu badan, lagi berdebar, lagi tak cukup nafas.
Saya cakap kat suami, tolong bawa laju lagi, bawa laju. Sampai rumah ustaz, saya terus masuk minta ustaz cek sebab rasa sakit lain macam.
Ustaz scan satu badan, “penuh! Ni baru lagi ni, ni semua benda baru ni. Aku dah keluarkan kamu, kamu datang lagi.”
Terus ustaz tanya suami dalam keadaan tegas, “kamu ada balik kampung baru2 ni kan, kamu ada bawa balik barang, dia ada bagi kamu barang”.
Suami terdiam dan cuba ingat semula, ustaz cakap, “ada, ada barang kamu bawa balik, saya dapat rasakan semalam kamu bawa barang”.
“Ada ustaz, mak saya bagi satu bekas ni katanya untuk hilangkan ngantuk, dia suruh bawa balik, dia bagi tanpa penutup”.
Bermulalah sesi rawatan, jerit meraung menangis dalam keadaan separa sedar sehingga di satu part, ustaz tekan dan soal soal soal hingga saya tak sedarkan diri.
Rupanya sepanjang tak sedarkan diri, ustaz sedang berkomunikasi dengan “benda” yang ada di tubuh saya. Suami menjadi saksi bila “benda” ni kata “tinggalkan anak aku. Aku akan hantar lagi sampai dia mati”.
Sekarang saya dalam keadaan semakin pulih tetapi masih ada sisa baki bisa dalam tubuh. Ust pesan perlu berjaga2 sebab dia akan cuba hantar lagi dan lagi sehingga dia puas hati.
Suami seorang yang sangat baik, sangat beradab, sangat menghormati orang tua, sangat penyayang. Kami sayangkan rumah tangga ni, malam tadi kami bersembang dan sesi luahan perasaan.
Katanya, patutlah masa dia balik kampung, dia ceritakan keadaan saya pada mak dia dan respon mak dia hanyalah,
“Kau jangan layan sangat, bila dia macam tu kau hantar dia ke rumah mak dia, biar mak dia jaga. Kau tak payah buat apa2, benda ni akan hilang sendiri”.
Suami cakap, dia takkan pernah tinggalkan saya, dia tak kan pernah sebut perkataan pisah, dan minta kami kuat bersama2. Sesungguhnya, saya amatlah tidak kuat, buntu dan lemah sekarang.
Wahai pembaca yang saya hormati sekalian, tolonglah saya. Bantulah saya. Saya sangat sayangkan suami.
Saya tak sempat lagi rasa nikmat bahagia perkahwinan. Janganlah akhiri semua ni dengan penceraian. Saya tak kuat.
– MRRYLCNH (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit