Tinggalkan atau Setia

Assalamua’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca IIUMC. Tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Awal awal aku nak mintak maaf andai confession ini membuat anda rasa tak senang/ rasa aku ni tak bersyukur.

Aku Muan, wanita pertengahan 20-an. Aku pernah hantar article mengenai perbezaan dua boss tempat aku bekerja yang terlalu ketara yang kini memberi impak besar kepada kerjaya aku.

Untuk pengetahuan kalian, aku telahpun meletakkan jawatan di syarikat aku bekerja sebagai ‘part-time’ pada awal tahun 2020. Betul betul sebelum PKP, aku telah menamatkan khidmat.

Untuk kerja full-time pula, setelah WFH selama 2 bulan, syarikat sudah boleh mula operasi dan kami semua pun mula ke pejabat.

Selama 2 bulan WFH, boss aku (Boss B) pernah menyatakan bahawa kami akan mengeluarkan produk baru sesuai mengikut pasaran kini. Yang mana pada aku, produk berkenaan masih related dengan company punya produk/ servis. Masih related ya, tapi bukan 80 – 100 %, hanyalah 30%.

Pada pendapat aku, produk baru ini memang mempunyai demand yang tinggi dan kami boleh email client mengatakan company ada servis/ produk baru.

Boss B hanya mahu fokus kepada PRODUK BARU ini sahaja. Segala machine ke apa semua dia beli dah. Product design semua dia buat dah. Dan sepanjang WFH, aku pun berusaha untuk cari potential client dan sebarkan.

Selepas company dibenarkan beroperasi, Boss B mula memberi taklimat dan meminta kami untuk cari potential client dan jual sebanyak yang boleh. Kami digesa untuk keluar berjumpa client/ customer, jual produk secara door-to-door dan push to the limit-lah kiranya di musim PKPB.

Aku ikutkan saja pada mulanya kerana kerajaan sudah benarkan bekerja, aku boleh keluar mencari customer atau contact client sedia ada untuk bertanya, berminat dengan servis/ produk kami.

Setelah mencuba, malangnya target client aku kebanyakan tidak berminat ataupun dah ada supplier masing-masing. Boss B panggil dan tanya kenapa aku tak ada sale?

Untuk pengetahuan kalian lagi, aku merupakan seorang engineer dan tidak berminat untuk menjadi salesperson. Aku ada goals untuk future dan journey career aku. Company aku sekarang adalah tempat untuk aku timba ilmu dan pengalaman dan aku sememangnya mahu develop career in engineering field.

Telah banyak kursus online yang aku ikut untuk tambahkan lagi ilmu didada (aku dulu kerja 7 days a week. Online sahaja boleh sebab busy kerja) untuk persiapkan diri demi company benefits dan benefit keatas diri aku sendiri.

Banyak duit telah habis. Tapi itu bukanlah persoalannya. Tidak juga aku hina kerja salesperson ni. Aku pun pernah je kerja sales dlm retail industry. Tak memalukan pun. Malah aku boleh jumpa org, aku pun peramah. Memang takde hal pun.

TETAPI, ada satu hari tu, setelah habis kerja, aku terbaring di katil memikirkan sampai bila. Sampai bila aku kena jual produk/ servis yang bukan minat aku ni.

Boss B sungguh sungguh nak jual benda ni dan hari hari tanya aku berapa banyak dah client order? Ada keluar jumpa client tak? Siap cakap dengan aku, ‘you pergi kedai Acheh/ mini market mana mana pergi jual. 1 kedai 1 carton, 10 kedai dah 10 carton’.

Ini bukanlah aku bayangkan untuk career aku. Jadi engineer company, aku ditugaskan dengan tugas yang relevant most of the time, kadang kadang tu ada je kerja out of scope yang aku buat.

Dah boss suruh, buat je lah. Tapi kalini sangat lah berlainan. Aku jadi meronta ronta dalam hati ni. Aku asyik fikir, terbazir tak setahun (2020) aku buat kerja ni?

Sales ni bantu ke dalam career journey yang aku nak? Benda ni akan berakhir ke?  Boss akan suruh aku buat benda ni forever ke? Macam mana kalau ada project tapi boss tanak amik job sbb risiko atau rasa tak berbaloi? Habis aku macam mana?

Petang tu aku macam panic attack sebab rasa takut dengan masa depan tu datang dan aku overthinking. Aku sesak nafas.

Aku masih punya baki kerja untuk projek yang lepas, ada report, form dan segala macam benda nak kena submit dekat client dan jabatan yang berkenaan.

Masa kerja, kejap client call, kejap supplier call, nanti boss pulak panggil meeting tunjuk lagi segala produk baru punya series yang dia dah cipta atau nak produce. Boss B jenis takde bincang bincang, Dia jenis, Kau-Buat-Apa-Aku-Suruh punya orang.

Ni semua normal, busy kerja benda biasa tapi aku jadi sesak dada. Solat doa nak keluar dari situasi ni. Tapi nanti menganggur pulak kang. Aku apply dah tempat kerja baru, tapi duit projek pun tak dapat lagi. Hasil titik peluh aku. Semua benda ada TAPI.

Aku bahagikan jugak masa. Buat mana penting. Pasal sales tu aku buat bila aku ada masa nak selit selit hantar email/ call client. Makin lama, makin banyak aku apply kerja baru. Malam malam bukak segala Jobstreet/ LinkedIn, tengok ada tak vacancy sesuai.

Aku sayang company aku tu, aku nak susah senang dengan company tu, tapi bukan susah senang dengan Boss B. Boss B kaya raya. Ayah dia ada company besar, ayah dia buat company tu dan hire aku dulu.

Ayah dia baik tapi anak dia hmmmm Not a boss you want to work for. Dia takkan ada masalah duit. Aku yang makan gaji ni yang kena pikir banyak kali. Rakan kerja lain ada masalah yang sama juga. Kami hari hari terasa pressure dekat office.

Ini bukanlah full story, tapi kalian bayangkan lah berdasarkan apa aku cerita. Dan aku tahu bekerja sendiri tu lebih baik.

Aku bukan taknak, tapi aku tengah kumpul duit dan simpan KWSP untuk mak ayah aku kalau aku meninggal awal, kumpul modal buat niaga masa umur 30 nanti, dapat gaji belanja adik beradik dan anak buah. Bukan kalau kerja sendiri takleh buat ya, jangan salah paham pulak.

Disini aku perlukan pendapat kalian, patut ke aku resign atau setia je dengan company? Sebab aku tak tau berapa lama lagi aku boleh tahan.

Kepada para HR, boss atau pekerja pekerja makan gaji yang lain, apakah pendapat kalian? Apa tindakan aku yang sepatutnya?

Rasa syukur kepada Allah tak pernah aku lupa nak mention dalam doa. Nikmat dapat tolong mak ayah tu sangatlah aku hargai. Bantulah aku.

– Muan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *