Tinggalkan Kawan Parasit

Hai, nama aku Didie, umur lewat 20-an. Sekarang kerja di sebuah syarikat di Lembah Klang. Cerita aku tak lah best mana tapi aku cuma nak cerita pasal kesedihan aku. Pasal bekas kawan baik aku, Ina. Aku harap kalau kawan lain ade baca cerita ni dan tahu ini aku, tolong jangan tag aku.

Masa zaman university dulu, aku seorang yang tak ramai kawan. Aku tak pandai nak bergaul dengan orang, mungkin juga sebab muka aku jenis gegadis yang garang. Masa zaman uni dulu aku ade roommate nama Ina, dulu kitorang lain lain bilik tapi aku mula perasan dia masa aku join aktiviti kolej. Dari pandangan aku Ina ni mesti budak yang baik, sopan santun, die sejenis yang suka berfesyen. Fast forward 2 bulan lepastu, aku dapat jadi roommate Ina.

Mula-mula aku kenal dia, memang dia baik, dah la cantik, pandai bergaya, memang 1 university kenal dia sebab dia boleh di katakan popular di social media masa tu, orang pantai timur. Aku Cuma budak perempuan biasa, asal dari Lembah Klang, tak pandai bergaya, suka pakai apa yang aku selesa.

Tapi alhamdulillah walaupon aku anak orang susah, pelajaran aku boleh dikatakan Cemerlang jugak lah. Setiap kali keluar carry mark depan bilik lecturer aku akan jadi antara orang top 3. Mula mula semua nya okay je, aku selalu pergi kelas, pergi makan, semua dengan Ina.

1 hari tu, kitorang ade aktiviti kolej aku join tapi Ina tak join sebab boyfriend Ina, yang study kat Pantai Timur datang waktu tu. Jadi dia nak hang out dengan boyfriend dia. Kat kolej aku, kalau kau tak join aktiviti kolej, next semester, kau tak kan dapat kolej.

Aku kan anak orang susah, mak aku ibu tunggal jadi aku berusaha nak dapatkan kolej. Tapi Ina minta tolong waktu tu, sebab aku je yang ade lesen antara kawan kawan kitorang (masa mak aku ade rezeki lebih mak aku paksa ambil lesen, lepastu bisnes mak aku down sampai rumah nak kena jual, sebab tu aku cakap aku anak orang susah), Ina minta tolong aku ambil boyfriend dia kat stesen bas.

Sebab kesian aku tolong la. Kira aku ponteng la aktiviti kolej ni. Balik tu, masa aku masuk bilik, roommate aku yang lagi sorang Ica tegur, tanya aku pergi mana. Pastu aku explain kat Ica. Ica marah sebab Ica kata ‘’Aku rasa Ina macam suka nak perguna kan kau.’’ Mula mula aku tak perasan benda ni tapi lama lama aku sendiri terfikir.

Contoh, Ina ni jenis suka balik kampung even time ade kelas, alasan dia rindu mak dia. Dia sanggup tipu lecturer cakap mak sakit la bagai sebab nak balik kampung. Kalau ade assignment, aku la yang kawan kawan akan lantik jadi group leader, jadi Ina suka 1 group dengan aku sebab kalau buat assignment, bila time compile kalau ada yang tak betul aku akan betulkan.

Jadi Ina akan buat sambil lewa, cakap dia tak pandai nak buat, tak tau,tak reti lepastu terus submit kat aku, jenis aku tak pandai nak say NO, muka je garang tapi aku penakut. Senang kena buli. Haha.. Aku akan buat sendiri sampai habis assignment tu. Salah aku sebab tak tegas.

Semester 2, sebab Ina ni suka balik kampung, tiap tiap minggu dia akan balik. Jadi tinggal la aku sorang kat bilik tu. Sebelum Ina balik, dia akan isi perut minum milo. Cawan tu, dia akan tinggalkan dalam bilik. Contoh kalau seminggu cuti, seminggu la cawan tu kat situ sampai busuk bilik, aku la yang akan angkat dan tolong cuci.

Aku jarang balik rumah sebab nak jimat duit PTPTN, jadi setiap kali ade assignment aku orang yang akan hantar ke bilik lecturer. Duit photocopy semua aku bayar dulu nanti kawan kawan lain akan bayar balik kemudian. Tapi kes Ina ni lain, dia tak bayar duit yang aku print tu. Aku tak pasti dia buat buat lupa atau apa. Aku diam je. Malu nak minta duit dari dia. Benda ni berlanjutan. Sampai la satu tahap aku dah tak tahan. Aku blah. Aku tak kawan dengan Ina dah sebab aku tak nak diri aku dipergunakan lagi. Tapi kitorang tak gaduh. Cuma tak bercakap.

Aku kawan dengan kawan kawan yang lain sampai la aku grad. Ina kawan dengan budak sebelah bilik aku, seorang artis meningkat naik. Macam aku cerita awal tadi, kawan aku cakap Ina mempergunakan aku. Kali ni Ina cuba tumpang popularity dengan berkawan dengan artis tersebut.

Masa last semester, aku dengar dari kawan kawan aku, Ina ade buat bisnes online, bisnes dia memang menjadi sebab dia kan lawa pandai bergaya, dapat pulak popularity kawan artis dia tu. Meletop la. Aku kan dah lama tak bertegur dengan Ina social media semua dia dah block aku. Kawan kawan aku kata Ina kena extend semester. Aku rasa bersalah sebab mungkin aku tak kawan dengan dia dah sebab tu dia extend semester. Tapi aku tak ada dengar Ina bercakap buruk pasal aku lepas kitorang tak bertegur tu.

7 bulan lepas aku grad, aku dapat kerja. Alhamdulillah. Dapat tolong mak aku. Aku dengar Ina tak dapat grad sebab dia tak nak repeat paper ambil balik 1 subject tu. Aku teruskan hidup macam biasa. 2 tahun lepas tu Ina kahwin, Ina buat bisnes pelamin, berbekal kan pengikut yang ramai di social media & berkawan dengan artis bisnes Ina meletup.

Dia selalu bagi tips kat followers dia semua, apa yang aku perasan dia ade suruh followers dia tinggalkan kawan yang negative kalau nak maju ke depan. Berkali kali dia ulang benda ni tapi dia sikit pun tak ada mention sesiapa. Kadang kadang aku ade juga stalk dia di social media sebab tu aku tahu. Kan orang popular, mesti la public kan acc.

Di sini aku terfikir, dia cakap pasal aku ke yang negative tu?? Kadang kadang aku cemburu dengan dia, sebab dia tak perlu habis belajar pun, tapi Berjaya ada 2 3 bisnes. Berkawan dengan orang popular. Aku ni masih la di sini kerja dengan company biasa. Kadang kadang aku terfikir, aku ke yang salah dulu sebab tinggalkan dia terkontang kanting tak bantu dia belajar sampai Allah bagi aku balasan macam ni?

Aku ada juga luahkan kat suami aku pasal aku sedih ni, tapi suami aku kata sabar, rezeki kita belum sampai lagi. Tapi aku bersyukur juga dapat kerja awal, dapat bantu mak aku , kerja dekat dengan rumah tak perlu bayar rumah sewa, dapat jaga mak, alhamdulillah aku kahwin pun dapat keluarga mertua yang baik sudi terima aku.

Cuma kadang kadang kalau stalk social media Ina aku rasa bertuahnya dia sebab bisnes berjalan dengan baik, kawan kawan yang dulu menyebelahkan aku dalam kes aku dengan Ina pun sekarang aku Nampak sibuk nak berbaik dengan Ina sebab sekarang Ina dah popular, dah kaya. Aku dah start block semua kawan zaman uni aku kat social media sebab aku rasa kecewa.

Aku rasa macam diorang pun nak tumpang popular Ina. Start tanya khabar Ina, start komen kat social media. Sedangkan aku, tak ada pun kawan yang pandang. Memang sedih tapi mungkin ni cara Allah nak tunjuk kat aku yang mana kawan yang ikhlas. Mungkin dulu dorang kawan dengan aku pun sebab aku antara pelajar Cemerlang. Salah ke aku tinggalkan kawan yang parasit??

– Didie, 04 May 2019

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *