Hai semua. Aku nak cerita sikit pasal abang aku si Ahmad, yang dah berkahwin lagi 1 dengan ofismate dia sendiri si Zu. Kerja gomen level bipoti je dorang ni.
Bercinta senyap senyap nak dekat 3 4 tahun. Biasalah tiap hari aku pandang kau, kau pandang aku, outstation sama sama. Tersukaaaaaaaa pulakkk.
Setahun yang lepas diorang dah selamat berkahwin. Yang aku geram, sebelum kahwin ada jugak dia pujuk 1st wife (Zah) untuk dia berpoligami. Zah tak nak.
Sampai 1 pagi Zah tengah bersiap pergi kerja, abang aku cakap nak ajak jalan jalan. Dia suruh Zah ponteng kerja.
Maka, berbunga bungalah kakak ipar aku si Zah ni sebab dah lama terabai oleh kerana laki dia asyik bercinta dengan penyondol.
Dalam kereta, dah 20 minit perjalanan, Zah dah nampak mahkamah dari jauh.
Dia dah dapat agak abang aku nak bawak dia pergi mahkamah untuk sign borang persetujuan poligami. Bukan nak pergi jalan jalan pon sebenarnya.
Zah suruh patah balik. Hantar dia balik.. dia nak pergi kerja.
Maka, menangis nangislah si Zah ni pergi kerja mengenangkan perbuatan abang aku tu. Ingatkan nak pergi dating ke kan?
Tak lama lepas tu, Zah dapat surat saman dari mahkamah sebab tak hadir sign borang poligami and mahkamah bagi green light untuk abang aku berpoligami. Happy lah Ahmad ni dengan penyondol tu.
Kononnya nak kawen lain sebab kesian dengan penyondol tu.
Dah lah janda kena pukul dengan laki (ex husband dah arwah bulan Ramadhan haritu) sakit pulak tu dah tak boleh beranak. Takpelah dia nak tumpang kasih sayang.
Rupanya, bukanlah sakit pon! Pernah kena operate je sebab mengandung luar rahim. Takde 1 tiub falopian je pon. Boleh je mengandung lagi kalau Allah nak bagi rezeki.
Tuptupppp.. kawen! Adik beradik langsung tak ajak. Mak bapak sehari sebelum baru dia jemput. Tapi sebab mak aku tak berkenan (sayang betul dengan si Zah), so dorang decide tak nak pergi.
Tetamu yang datang pon maklum yang abang aku tu duda anak 2? Hahahaha sian anak bini kat rumah tu.
Yang aku geram, FIRST, masa kawen dengan Zah, bersanding pon taknak. Bukan wajib katanya. Duit kahwin semuaaaaa mak bapak aku yang settlekan.
Bila time si penyondol, perghhhh duit hantaran RM10000 dapat, gelang emas dapat, siap bersanding bergelak ketawa atas pelamin yang kononnya dulu abang aku cakap bersanding tu bukan benda wajib pon! Fuhhh penangan penyondol.
Duit tu pon duit insurans ye. Aku pon tak pasti macam mana boleh dapat, tapi masa dia dapat duit tu sesaat pon takde ke terfikir nak guna duit tu bawak anak 2 orang tu bersuka ria bercuti cuti? Bawak anak anak makan ke?
Yang paling penting; takde ke rasa nak belikan baju baru untuk anak anak kau? Anak perempuan pakai baju pon dah singkat ketat lusuh, anak laki baju seluar dah sendat siap pakai baju maknya si Zah tu. Aduh. Kesian anak anak.
Ada duit tapi pergi kawen lain. Zupppppp terus habis duit tu ke penyondol. Ehh, si Zu. Dah kawen kan.
Diorang kawen seminggu sebelum puasa. Korang tau apa jadi masa raya pertama? Masa kitorang tengah berkumpul ramai ramai dengan mak ayah and adik beradik ipar duai apa semua, abang aku pergi hantar Zah kat rumah mak dia.
Tak sampai sejam, si Zu and abang aku pulak sampai. Pergh gila! Kitorang ni belum lagi dapat nak terima si Zu, tapi dengan tak malunya dia datang beraya sampai Zah pulak yang kena keluar rumah.
Ye baru sebulan kawen. Pastu terus nak kenal kenalkan. Kenapa ek? Tak boleh ke bertenang dulu dok kat rumah and bagi kitorang termasuk mak bapak aku hadam dulu perbuatan korang?
Aku tak boleh hadam perangai Zu ni. Dah kawen dengan laki orang, tau lah happy melangit.
Setiap hari lah nak post kat FB gambar berdua dengan abang aku. Post tu public pulak. Macam laki tu dia punya sorang. At least, tolonglah ada common sense sikit untuk privatekan post tu.
Zah tu sedaya upaya tak nak family dia tau apa abang aku dah buat, taknak kawan kawan dia tau dia ada madu, tapi si Zu ni seronok post gambar berpuluh puluh posing sweet macam dunia ni dia punya sorang!
Aku dah tak larat nak taip. Ni baru kisah awal kahwin. Belum lagi kisah mak aku sedih sebab abang aku tu. Next time lah kalau korang nak tau. Tu pon kalau ada yang baca kisah ni…
– Adik yang geram (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit