Salam kepada para pembaca sekalian.
Tujuan saya menulis “confession” ini adalah untuk meluahkan perkara yang telah lama terbuku didalam hati.
Saya lelaki Islam yang berusia 27 tahun ini. Dari segi akademik, saya ada master dalam jurusan undang-undang.
Kerjaya pula, saya pembantu pengurus undang-undang disebuah syarikat berstatus “public-listed”.
Saya tidak merokok, tidak pula mengambil dadah tetapi saya meminum arak dan memakan babi.
Boleh dikatakan kehidupan saya sebelum ini sangatlah ok. Tak mewah sangat tapi tak pula miskin. Typical M40. Akademik serta kerjaya saya semuanya ok.
Dengan gaji yang besar, setiap Jumaat ataupun Sabtu saya akan pegi ke Bangsar dengan kawan2.
Sudah menjadi rutin dimalam minggu – pegi Bangsar, minum arak kat mana2 pub kat situ dan makan makanan yang ada b4bi.
S3ks bebas tak payah cakap la. Saya masih bujang. Jadi, kalau tak mabuk sangat malam tu, mesti akan check-in mana2 hotel yang berdekatan.
Halal haram semuanya tolak tepi. Yang lagi ironinya, saya sangatlah arif mengenai hukum hakam agama. Tapi kerana keindahan dunia, saya leka dengannya.
Si peminum arak, si pemakan b4bi dan si pelaku s3ks bebas. Semuanya saya.
Kadang tu adalah juga terdetik nak solat tapi setiap kali hujung minggu, hati mesti nak jejak ke Bangsar. Taktau la kenapa.
Sampai la suatu masa, Tuhan tunjukkan kekuasaanNya. Satu per satu nikmat dia tarik.
Prestasi kerja saya jatuh. Ada je isu kat ofis. Satu per satu kawan tinggalkan. Sampai satu tahap, saya terpaksa berhenti kerja sebab tak tahan dengan situasi dalam ofis.
Dengan berbaki duit simpanan yang tak seberapa, saya balik kampung.
Saya tersangatlah rasa segala nikmat yang pernah saya ada selama ini ditarik balik. Saya angkuh dan lupa semua nikmat ini datang daripadaNya.
Bila saya masih berkerja, arak tak pernah tinggal. Sikit2 nak minum. B4bi tu boleh tahan lagi. Tapi arak ni, stress kerja mula la cari soju atau wine.
Tuhan tu Maha Kuasa.
Sudahnya, saya cuba untuk membetulkan kembali perhubungan dengan Dia.
Saya sedar selama ini, saya terlalu banyak dosa sampai satu tahap tu, saya tertanya kalau Dia boleh terima solat saya kembali atau tidak.
Dengan perlahan – lahan, saya solat 5 waktu sehari semalam, melazimi membaca Al Quran tiap kali selepas solat dan saya berdoa kepadaNya agar Dia menerima saya kembali.
Betapa hebatnya ujian daripada Dia dan ujian2 yang sedang saya hadapi sekarang sangatlah menginsafkan.
Baru sekarang saya sedar dimana, tingginya langit dengan bumi.
Doakan saya terus istiqamah dalam perjalanan ini untuk menjadi Muslim yang lebih baik ya.
Sekian, terima kasih
– Si Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit