Tingkah Laku Cikgu Viral

Salam dan hi. Nama aku Nur. Aku nak tegur perangai cikgu-cikgu viral yang makin menjadi sangat ni.

1. Boleh dikatakan cikgu viral ni berbusiness. Tak kesah la korang nak berbusiness as long as tak mengganggu kerja hakiki korang.

Ni tak nya, sampai ke dalam bilik guru ditayangnya di igstory cara buat hard sell business. Paksa rela cikgu lain bagi testimoni. Kadang boleh nampak cikgu lain malas layan.

Kesian cikgu lain. Adab dan hormat cikgu lain yang penat mengajar nak rehat diganggu. Takkan nak marah cikgu viral tu kalau dah kat tangan tengah on video rekod suruh try barang business.

2. Tolong hentikan upload igstory menampakkan tak patuh undang-undang masa memandu. Cikgu patut tunjuk contoh yang baik bukan setakat kepada anak murid bahkan kepada masyarakat.

Hampir setiap hari upload di igs, cikgu rekod video masa memandu dan anak-anak tak diletakkan di dalam carseat dan tak pakai seat belt. Yang beromantis duduk atas riba suami semasa memandu pun ada. Jangan terkejut ye. Memang wujud cikgu perangai sebegini.

3. Cikgu viral yang keras kepala menerima teguran sesuatu perkara. Banyak yang dm, pm, komen dan akhirnya diblock oleh guru tersebut.

Bila ditegur, semakin menjadi-jadi perangai dan disupport pula oleh followers dan agents tegar dengan alasan cikgu tersebut banyak share cara hias rumah dan sebagainya. Kalau begini caranya, memang tak berubah lah sikap guru tersebut.

4. Minta tolong cikgu viral ni bila bertugas janganlah rekod di sosial media personal anda pergerakan keluar, masuk pelajar di pintu pagar.

Mengundang bahaya bilamana nametag pelajar tak di sensored, signboard nama sekolah terpampang dan boleh nampak no plat kenderaan parents yang drop off.

5. Sebagai cikgu, semestinya anda diharapkan menonjolkan imej yang baik. Maka, berhentilah mengambil paid review yang tidak berkaitan dengan profesion anda sebagai seorang pendidik.

Sebagai contoh, iklan pil kurus, jamu moden, cuci v4gina dan sebagainya. Penat doktor-doktor di fb mendidik menjadi pengguna bijak tetapi anda seorang cerdik pandai mengiklankannya tanpa segan silu.

6. Tolong jangan jadikan bilik guru tempat berniaga. Macam pasar borong bilamana masing2 berlumba-lumba meng”update” igstory promote barangan jualan anda. Itu belum live. Masing2 berebut nak masuk ig live cikgu lain promote barang.

7. Jangan jadikan bilik guru sebagai pusat karaoke. Menjerit terlolong menyanyi kononnya menghayati lagu. Jangan salahkan masyarakat diluar jikalau ada memandang serong kerjaya guru.

8. Jangan jadikan kelas mengajar sebagai pusat tiktok. Cikgu tanda buku dan melayan pelajar yang datang ke meja guru perlukah direkod dan terangan menampakkan figura pelajar tersebut dalam video tersebut.

Setakat itu saja teguran aku untuk cikgu-cikgu viral. Andai kata teguran tersebut melampau dan menyakitkan hati, ampun dan maaf dipinta.

Tak semua guru berperangai sebegitu. Teguran yang tak seberapa ini apa yang dilihat di sosial media dan dirasakan perlunya ditegur untuk dijadikan pedoman dan tauladan.

Salam sayang untuk semua guru,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *