Tingkatkan Ekonomi B40

Salam Ramadhan all. Maaf hari ni nak menulis lagi.. mengenai bangsa Melayu, dari kaca mata T20 (household income ~ RM25k/month. Sebenarnya aku pun tak pasti apa min income untuk T20 semasa, mohon betulkan kalau salah).

Sombong kan bunyiknya? Nanti dulu.. baca dulu. Sebab aku dikelilingi oleh golongan ni jugak (mid 30s & income RM>25k & takde kena mengena dengan O&G), sejujurnya aku tak rasa hebat pun.

Kenapa aku tarasa triggered untuk cakap pasal gaji? Point aku nak cakap bangsa kita bukanlah lekeh sangat dalam kategori tax payer seperti yang digemburkan sesetengah pihak. Namun kami semua berada di sini semata-mata kerana peluang & rezeki dariNya.

Ada ramai yang lebih hebat, tapi mereka diuji dengan masalah harta di dunia. Sebab aku tgh berfikir apa yang boleh dibuat untuk B40 meningkatkan lagi taraf hidup mereka. Usah ditanya perihal zakat & sedekah, itu semua kami telah lunaskan sebaik yang mungkin.

1) Maaf aku straight forward. Tolonglah ingat anak-anak itu amanah. Besar tanggungjawab ibu-bapa tak terbayang sebenarnya. Agak tersentak hati bila membaca berita keluarga daif yang memiliki ramai anak-anak. Makan pakai, pelajaran, dan nafkah emosi yang tidak terjaga. Tolonglah, usaha untuk cukupkan keperluan anak2 yang ada sebelum menambah lagi bilangan. Makan perancang atau vasectomy terus.

Ada cerita tak lama dulu lelaki bergaji RM1k kahwin 2 tetapi keluarga isteri pertama dibiarkan terkontang-kanting. Masih menambah anak dengan isteri baru. Takk… aku tak hina dia sebab gaji kecil. Aku geram sebab nafsu dia melebihi perasaan ihsan kepada zuriat sendiri. Ikut sunnah konon. Yang wajib pun hancus.

2) Ramai orang yang memiliki ijazah, tetapi tiada peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan. Akhirnya graduan menanggung hutang belajar, bekerja membanting tulang, dan impian untuk membaiki taraf kehidupan keluarga cuma tinggal angan-angan. Orang kita bukan kekurangan ijazah.

Orang kita kekurangan peluang pekerjaan. Jelas ditunjukkan dalam sebuah survey yang cukup terperinci baru-baru ini, probability graduan diberikan peluang interview adalah mengikut kaum. Cara untuk menyediakan peluang ialah dengan mempunyai kemampuan untuk mengupah pekerja. Kita perlu menyuburkan ekonomi kita.

Korang nak cakap aku racist? Aku pernah join colleague aku pergi beli barang-barang keperluan untuk diagihkan untuk less fortunate Chinese sempena CNY celebration. Masa pilih minyak masak amoi tu cakap cuma boleh pilih Helang atau Pisau sahaja. Katanya penerima biasanya takkan terima minyak jenama lain. Masa ni aku rasa ok je.

Dah nak beri barang kan, berilah sesuai dengan apa yang penerima nak (walaupun siap demand). Tak penah pulak aku anggap member aku ni racist. Dah dia Cina, lantaklah dia nak pilih barang dia. So bila aku menyokong 100% buy muslim first campaign, tak timbul isu racist. Aku nak support ekonomi pembayar zakat, dan aku rasa mereka lebih memerlukan support. Fahamilah, Malaysia ni unik.

Kita ade isu ketuanan Melayu, ketuanan Cina, dan ketuanan India yang wujud serangkai. Depends on which channel you are tuning in. Dijentik satu, keluarlah satu. Boleh sakit jantung oo baca komen-komen menghina dari golongan chauvinist. Satu yang boleh aku simpulkan dari pengalaman aku, Melayu, Cina, India, semua bangsa ada yang rajin, dan ade yang malas. So bila orang pukul rata cakap bangsa aku malas dan tak bertamadun, kadang-kadang aku rase nak gelak pun ada.

3) Ramai orang cakap, eleh apa guna kuasa & harta, bukan boleh bawak ke kubur. Sedarkah kamu harta/kuasa/pengaruh boleh dijadikan asset untuk menegakkan agama? Tahukah anda nama Muhammad Ali adalah satu-satunya nama yang diletakkan di dinding, tak dapat dipijak oleh kaki yang lalu lalang di Wall of Fame? A black Muslim. Boleh buat that kind of demand dan orang akan menurut. Harta/kuasa adalah ibarat pisau, gunalah sebaik mungkin.

Pernahkah anda dengar, kefakiran adalah dekat dengan kekafiran? Bila kta terdesak, akal kita akan pendek, dan kita akan kekurangan option. Kajian sosial pernah menyatakan kadar IQ individu ada kaitan dengan ‘kesihatan’ ekonomi individu. Org yang lebih kaya mempunyai lebih masa untuk berfikir kesan jangka masa panjang sebelum membuat keputusan, manakala org yang lebih miskin cuma memikirkan tentang mengisi perut kosong atau pun melengkapkan basic need dahulu. Ubah mindset untuk menjadi ‘pemberi’, dan bukan ‘penerima’.

4) Untuk adik-adik dari golongan yang kurang berkemampuan terutamanya, jika cuma ada pilihan antara diploma atau STPM, pilihlah STPM. Sama level, dan yuran/cost sara hidup adalah sangat2 murah berbanding diploma. Especially yang ingin menyambung ijazah selepas itu. 2 kali loan kena tanggung. Do you think it’s worth it? Lagipun option degree selepas STPM adalah lebih luas, berbanding diploma yang telah dilimitkan kepada bidang tertentu. Satu lagi, belajarlah untuk menguruskan kewangan sendiri sebelum cuba-cuba mengurus suami/isteri.

5) Untuk guru-guru, anda adalah antara golongan yang ‘terpilih’ kerana anda ada peluang untuk mendekati golongan pelapis bangsa. Jadikan Cikgu Fadli sebagai contoh. Jadilah medium untuk orang ramai membantu anak didik yang kurang berkemampuan.. Harapnya semua pelajar dapat merasa indahnya zaman persekolahan dan tidak perlu segan kerana yuran yang tidak dibayar dan kasut berlidah buaya.

Aku kenal cukup ramai contributor yang mampu & willing bagi dana untuk kerja-kerja amal ni, tapi tak tahu disalurkan kemana. Malaysians are very generous. Tgk sahaja jumlah dana yang mampu dikumpul dalam masa yang singkat. Tapi kebanyakan donor mempunyai kekangan masa, dan tidak mempunyai maklumat tentang orang yang memerlukan. Marilah kita bekerjasama untuk kelestarian pelapis kita.

6) Untuk ibu-bapa, lihatlah anak-anak kecil dan remaja secara collective, bukan cuma menumpukan kepada anak kita sahaja kerana kelak mereka akan bergaul juga dengan kawan-kawan dari pelbagai latar belakang. Jadikan dunia ini baik untuk semua orang, bukan untuk anak kita sahaja. Fitrah manusia inginkan kebaikan, tetapi kisah hidup yang berbeza mungkin mencorakkan perangai remaja-remaja. Jangan diremehkan mereka sebelum kita cuba untuk menyelami keadaan mereka. Always choose to be kind.

I hope I can refine my confession a bit, tapi tengah siapkan kerja sebelum cuti raya. Maaf kalau tak sampai maksud. Selamat Hari Raya!

– Biskut Oat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sedap je kau menghina diploma eh. Dasar toxic. Tak payahlah menghina orang yang ambik diploma. So immature

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *