Tinta Novel Hidup

Assalamu’alaikum kepada semua confessors dan readers IIUMC.com. Semoga kita semua berada di bawah kenikmatan iman dan islam yang baik, inshaAllah.

Setelah banyak membaca perkongsian hidup confessors dalam page ini, ada yang memberi inspirasi, ada yang membuatkan diriku muhasabah, dan ada yang membuatkan roma2 meremang pun ada. Tapi itulah tinta hidup mereka. Rasa diri ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman diri yang telah aku tintakan dalam novel hidupku. Sekiranya perkongsian ini memberikan manfaat kepada diri kalian, teruskanlah membaca dan ambil manfaatnya, tetapi sekiranya mengundang sakit di hati, kalian boleh bakulsampahkan (read: swipe to another story) perkongsian ku ini.

Semenjak 2 menjak ini, telah popular berita penceraian rumahtangga Ude dan dan Intan walaupun aku tidak kenal siapa mereka sebelum ini. Rupanya kisah rumahtangga poligami artis. Aku tertarik membaca komen-komen netizen yang kebanyakannya bersimpati kepada Intan dan mengecam Ude dan Izreen. Terdetik di hatiku, bagaimana dengan mudah mereka tuturkan komen2 mereka sedangkan mereka tidaklah serumah, sebilik, sedapur dan semacam-macam lagi dengan Ude, Intan dan Izreen? Adakah mereka tahu benar apa yang berlaku dibalik pintu bilik rumahtangga mereka? Untuk husnudzhon, mungkin dengan berbekalkan mereka pernah menghadapi kisah yang sama. Tetapi bagiku, ketahuilah mungkin kisah hidup orang lain yang kita rasakan sama dengan kisah hidup kita, tidak semestinya sama. Mungkin lain dr berbagai sudut tanpa kita sedar. Sebab itu adalah lebih baik diam dari berkata-kata.

Kenapa aku berkata sedemikian? Here’s the thrill..jeng..jeng..jeng..
Kerana aku berada di alam rumahtangga poligami dan aku adalah isteri kedua suamiku. Pasti ramai yang tertanya kenapa aku membina bahagia di atas tangisan orang lain (read: isteri pertama suamiku- kerana ini individu yg org curious)? Izinkan aku bertanya juga, bagaimana kalian tahu aku membina bahagia atas tangisan orang lain? Tetapi aku menjawab juga, kerana aku terlalu tergesa2 dalam membuat percaturan hidup sehingga benar aku telah bina bahagia ku di atas tangisan orang lain tetapi bukanlah dr isteri pertama suamiku. Akan ku ceritakan tangisan siapa di lain lembaran sekira diizinkan. Ini adalah kerana ketika aku mengenali suamiku, dia dengan isteri pertama berada di ambang penceraian dan tidak duduk serumah lagi. Aku terima alasan ini bukan sahaja dari mulut suamiku tetapi dari kata-kata kakaknya. Aku mengenali suamiku tidak lama sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah walaupun urusan ‘ambang penceraian’ mereka belum selesai. Dan sehingga akhirnya mereka tidak jadi berpisah kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. So anda rasa siapa yang menangis ketika itu? Haha. Tapi tidaklah aku menangis pun kerana bagiku itu adalah ketentuan Allah.Tidaklah aku nak tunggu2 supaya mereka berpisah. Ajaib benar ikatan suci yang Allah ciptakan. Oh ya kami bernikah diluar pengetahuan isteri pertama suamiku ketika itu, dan alhamdulillah sekarang ini tidak lagi. Malah aku diterima baik oleh kekasih pertama suamiku itu.

Suamiku boleh dikira seorang yang agak ‘berangin’ orangnya. Dia punya angin kadang-kadang buat kami isteri-isterinya pun turut pening. Walaupun dia begitu, aku hormat padanya kerana dia sehabis mungkin untuk berlaku adil pada aku dan isteri pertamanya. Kalau korg dapat bayangkan dia punya nak adil tu, kalau mahu kemana2 seperti beli barangan rumah ke, bercuti ke, tidak pernah dia akan buat kerja 2 kali (read: dia heret dua2 isteri dan anak2 sekali pergi). Even sekiranya kami pergi bercuti, kami sekeluarga tidur dalam satu bilik. Aku pada mulanya agak memberontak di hati. Yelah aku baru berkahwin sedangkan dia sudah hampir 10 tahun dengan isteri pertamanya. Tambahan lagi, mana tahan aku kena tgk kemesraan suamiku dengan isteri pertamanya sedangkan aku rasa bertanggungjawab untuk menahan diri dari bermesra bergurau senda dengannya demi menjaga hati isteri pertama suamiku. Tetapi itu yang aku belajar dari rumahtangga ini. Kawal perasaan dan alhamdulillah dengan rezeki Allah, sekarang ini sekiranya tiada maduku untuk kemana2 seperti rasa tidak lengkap perjalananku.

Mungkin ada benarnya kata Izreen yang mengatakan dia tidak tahu menahu tentang keputusan Ude untuk berpisah dengan Intan. Ini kerana bagi pendapat aku, walaupun kita hidup berkongsi suami, tetapi rumahtangga tetap lain-lain. Aku mempunyai cara aku mengendalikan rumahtanggaku. Sedangkan isteri pertama suamiku ada cara sendiri mengendalikan rumahtangganya. Aku lebih cenderung untuk berdiam sekiranya antara aku dan suamiku ada salah faham. Biasanya kalau salah faham, suamiku yang naik angin.. Kerana bagiku sekalipun suamiku silap, bukanlah caraku bertegang lidah untuk membuktikan aku betul dan dia salah. Berbanding isteri pertama suamiku lebih cenderung untuk lantang bersuara. Jadi agak-agak bila dua-dua dah naik angin apa jadi? Pernah mereka bergaduh di group whatsapp kami bertiga, aku diheret sekali dalam pergaduhan mereka. Dan suamiku sejenis yang kalau marah dengan sorang, orang lain pun kena tempias sekali. Disebabkan itu 2 hari aku pening kepala dan sakit hati dengan suamiku (sebab punca dia mengamuk bukan disebabkan aku) sedangkan mereka pula esoknya dah boleh gelak-gelak.
Sejak dari itu, aku katakan pada suamiku sekiranya dia sayangkan rumahtangga kami, belajar untuk tidak melibatkan aku dalam urusan rumahtangga mereka. Sebab aku bukan macam mereka, yang mudah bertegang lidah dan mudah melupakan macam takde apa-apa jadi sedangkan aku yang sakit disebabkan mereka. Sememangnya aku sejenis yang diam dan memendam dan ambil masa untuk memaafkan sekiranya aku marah atau terasa hati pada seseorang. Berbanding maduku, walaupun dia seorang yang lantang tetapi dia mudah memaafkan suamiku. Itu yang aku belajar dari cara dia kendalikan rumahtangga.

Kesimpulan yang boleh aku katakan, menjadi isteri kedua bukanlah bermaksud engkau akan selalu mendapat bulan dan bintang. Tetapi engkau selalu kena mengambil sedikit langkah kebelakang demi menjaga hati-hati yang ada.

– Pena Hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *