Hi semua…
Tadi ada terbaca luahan confessor bernama Cik Siti mengenai dilema baru bekerja. Actually, saya pun mengalami dilema yang sama dengan Cik Siti. Cuma yang bezanya saya dibuli (mentally and physically bullies) bulan keempat saya join this company. Macam Cik Siti juga, tamat je pengajian terus dapat kerja tak sempat nak tanam anggur..hihihi. Sekarang dekat nak setahun dah saya bekerja dengan company ni.
Okay..straight to the point.
Tips 1 : Elakkan bergaul dengan kaki kipas
Sebabnya, si tukang kaki kipas ni la yang penyebab kita stress semasa kerja. Baik tu memang la baik..tapi one problem happen…even bukan salah kau pun dia tunding jari kat kau. Selebihnya, segala kebaikkan dia sapu habis.
Tips 2 : Mind your own bussines
Orang tak nak layan kau, kau jangan layan balik. Kecuali orang atasan kau. Apa-apa yang kau tak faham, jangan tanya dorg..direct ke orang atas kau cth: project manager. Sebab, kalau kau tanya dorg kang angin tak baik habis kau. Kau jadi la lone ranger selama mana kau dapat bertahan, nescaya..akan ada satu atau dua insan akan tegur kau nanti. Pecayalah..(my experience)
Tips 3 : Dare to say NO
Kalau dorg suruh you buat kerja bukan skop engkau. Buat tuli telinga je. Once kau ikutkan apa yang dorg suruh, in the end kau mampus. (Based on true story)
Tips 4: Pekakkan telinga
Jika kau terdengar dorg mengumpat kau ke apa ke, relax. One day akan terbalas balik apa yang dorg buat kat kau. Jika dorg sindir kau dengan kata-kata yang menyakitkan hati kau..kau berdoa je mudahan dorg dapat balasan yang lagi teruk daripada apa yang dorg buat. (Jangan sesekali luah perasaan kat fb ke twitter ke wechat ke..no no..takut nanti ada mata-mata yang bagitau even tak da dalam list friend)
Tips 5 : Redha
Kau redha je apa yang akan jadi. Manatau DIA bagi ujian berat camtu ada hikmah disebaliknya. Manatau, lepas ni rezeki Cik Siti lagi luas. But no..jangan sesekali resign. Sebab makin cepat ko keluar dari sana, makin puas hati dorg. And end up ko yang merana kalau still tak dapat any job. Ingat family. Berdoa lah sebelum masuk kerja semoga diperlembutkan hati mereka dan permudahkan kerja Cik Siti.
Tu je la tips yang saya amalkan selama ni. Sakit tu memang sakit kerana terpaksa berhadapan dengan ragam manusia hari-hari. Dah la saya kerja 6 hari seminggu dan Cik Siti bayangkan la mcm mana saya dapat handle stress ni tanpa berhenti kerja. Sebab berhenti kerja bukan penyelesaian nya. Kerja kat mana sekalipun kalau orang tu tak suka kita, tetap akan rasa down bila kerja. Tapi saya percaya akan ujian yang diberikan oleh Nya kepada setiap umatnya adalah sebatas dengan kemampuan kita menjalaninya. Bertahan lah selagi mampu. Ingat susah payah mak ayah besarkan kita. Bina matlamat untuk balas balik jasa orang tua. Mulut orang kita tak dapat nak tutup, tapi silent is the best answer. Jangan risau, lama-lama tu pandailah dorg diam bila dah penat.
– Sue
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit