Assalamulaikum. Nama aku Lisa. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak dan hampir 10 tahun usia perkahwinanku. Apa yang nak aku sampaikan ini antara tips yang aku selalu guna pakai untuk pastikan rumah tangga kekal bahagia. Ya, xsemua manusia sama dan aku tahu lepas baca confession ni mesti ada yang kata, awak takpe lah, sangat bernasib baik sebab dapat suami macam tu. Tapi aku rasa tak semua benda yang kita nak kat dunia ni datang bergolek tanpa ada usaha.
Aku rasa sama je dengan pasangan lain di awal usia perkahwinan selalu ada krisis sebab masing-masing nak kenal diri sendiri, nak ikut kepala sendiri lagilah pasangan yang kenal tak lama macam aku. Kenal beberapa bulan dan decide nak kahwin. Aku rasa tu normal dan aku cuba untuk terima hakikat.
Halang suami keluar.
Untuk yang kata tak perlu lah nak halang suami keluar untuk enjoy dengan member, yes aku setuju tapi bukan untuk hari-hari, setakat 2,3 kali sebulan tak jadi masalah. Tapi memang aku akan bagi tempoh sampai 12 malam je. Aku mengongkong?..aku tak kisah la kalau keluar tiap malam untuk dengar ceramah agama, tapi untuk lepak dengan member, cerita merapu baik tak payah. Apa guna kahwin kalau bukan bini tempat luah masalah suami?
Cek handset suami.
Yes, memang aku cek handset suami. Salah?..dah kata perkongsian hidup. Kongsi handset dan kongsi cerita apa yang dia bualkan dengan member dalam wechat pun tak kan tak boleh. Apa sebab nak sangat privacy?..ada buat salah ke?. Ada sensored ke?.ke ada wechat dengan perempuan lain?. Sebab terlampau percaya tulah selalu suami ambik kesempatan. Tapi tak payah la tiap kali suami balik tu dan2 kau nak cek. Cukup setakat 3 ke 4 kali seminggu. Semestinya kena mintak kebenaran. Minta 100 sebab kalau dia tak bagi pegang handset dia tu.
Kena rajin masak untuk suami.
Walau penat macam mana pun, dalam seminggu tu paling-paling 4 ke 5 kali tolonglah masak untuk suami, terutama masakan kegemaran dia. Sebab apa?. Sebab air tangan isteri tu berkat dan masa masak ni lah ko boleh baca apa yang patut seperti “Ya Latiff”, doa kat Allah lembutkan hati suami dengan anak supaya dekat dengan Allah, supaya ingat kita sentiasa kerana Allah. Kalau dah jarang masak memang tak berkesan la ubat pengasih ni macam nak cantik jugak, ada ko pakai produk tu jarang-jarang tapi hasilnya muka cantik. Ada?
Jangan tinggi suara, please..
Jangan sesekali tinggi suara, biarlah dia nk tinggi suara macam mana pun. Kau jangan lah jadi macam dia. Api dengab api memang tak kan padam lah. Dan please jagan nak banyak cakap bila suami tengah marah. Kau kena diam. Kalau tak puas hati juga tunggu lah dia reda. Orang tengah merah memang tak boleh fikir waras dah. Sama je dengan korang kan. Cakap baik-baik dengan suami yang kau tak suka dia cakap kasar dan jangan putus asa berdoa pada Allah supaya suami berubah.
Kena pakai proses adult learner.
Sebab apa?. Sebab dia dah besar, kau nak bentuk ikut cara kau kena sabar dan perlahan bukan didik macam anak kecil. Kalau ada tak puas hati tu elok fikir dulu sebab nak kena cakap dalam bentuk point. Ingat! Lelaki ada ego dia sendiri. Please lah jangan nak membebel lelaki memang tak suka. Cukup dengan ko cakap ap yang ko tak puas hati dan biar dia fikir sendiri macam mana nak puaskan hati ko dengan cara dia. Kalau masih tak puas hati lagi dengan kesilapan dia, tunggu masa yang sesuai lagi untuk tegur dia balik contoh masa tengah mood dia baik dengan ko. Jangan lah cakap letih dah nasihat. Kita sama je. Memang kena diingatkan selalu. Kata sayang suami. Allah sayangkan hambaNya pun sering bagi ujian untuk mengingatkan kita kepadanya kan?.
Tolong lah layan suami.
Bab melayan suami ni bukan takat nafsu dia je ye. Yang itu memang wajib, kalau kau tolak sebab penat cepat-cepatla qada’ balik. Bab makan pun satu lagi. Tolonglah teman dia walaupun kau tak nak makan. Sifat suami memang macam tu. Memang suka di layan. Bukan lama pun kan. Takat 10 ke 15 minit. Tapi impak dia sebenarnya sangat besar. Tak percaya cuba.
Banyak lagi sebenarnya. Takut nanti jemu membaca. Alhamdulillah, rumah tangga kami semakin bahagia sebab setiap hari kami cuba untuk mengenal antara satu sama lain. Tolonglah bawak berbincang bila ada masalah dan jangan selalu fikir kita yang betul. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah kerana Allah lah pemilik hati manusia. Doakan kami bahagia dunia akhirat. Amiin.
– Lisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit