Tip Jimat Berbelanja

Assalamualaikum. Firstly nak cakap thanks to admin sebab siarkan confession ni.

Aku merupakan salah seorang pelajar universiti tajaan MARA. Bukan IPTA. Tapi aku tak dapat tajaan walaupun separuh hanya yuran. Kenapa ? Mungkin sebab gaji parent. Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keluarga walaupun tak kaya tapi masih cukup serba serbi.

Dulu masa diploma, aku pinjam PTPTN. Satu semester dapat la dalam rm500. Alhamdulillah cukup survive rm500 utk 3 bulan. Sekarang aku dah sambung degree. Yuran kat uni aku ni rm6000+ utk degree & bulanan MARA akan bagi rm700-800 per month. Aku tak dapat gak pinjaman ni. Tapi kawan aku selalu merungut duit tak cukup. Aku alhamdulillah daddy aku bagi rm250 sebulan, rm200 duit belanja & rm50 duit lrt. Oh ya, aku duduk dgn family.

Rm200 utk sebulan. Kalau fikir betul betul, cukup ke duduk kat tengah bandar KL nak makan nak minum semua mahal mahal makan nasi campur pun dekat rm10 ? Tapi alhamdulillah dengan rm200 aku survive & tu pun kadang aku dapat save dalam rm50-70. Makan memang makan. Kadang tu 3 kali makan. Class hari hari. Malam je makan kat rumah. Breakfast, lunch, tea semua kat luar. Alhamdulillah masih cukup. Masih ada balance utk masuk tabung setiap bulan.

Kawan aku rm800 la senang cerita. Tolak rm300 utk rumah sewa + unifi + bil letrik & air. Duit dapur bukan sorang bayar. Paling banyak pun rm100 sorang atau mungkin kirang lagi. So ada lagi rm400. Kadang topup parent kat kampung topup kan. Ada balance plus minus rm400 utk hidup selama sebulan. Tapi belum tiba hujung bulan dah bising makan maggi je hari hari. Tengok gambar kat instagram kat facebook, tiap masa pergi makan Nando’s la Secret Recipe la Tappers la Chilli’s la Ben’s la semua la kedai yg mahal mahal. Belum lagi bila shopping. H&M tak lekang dek tangan, Sephora apatah lagi. Barang semua nak branded, makan semua nak mahal. Lepastu bising mana duit aku pergi.

” Kau duduk dgn family. Nak apa semua boleh mintak je. Kitaorg kena pakai duit sendiri. ”

Aku bukan jenis yg meminta minta. Kalau parent aku nak belikan, then dorang belikan. Daddy aku jenis jimat. Sangat jimat. Selagi benda boleh pakai, kita pakai. Buat apa nak ada benda sama banyak banyak dia kata. Nanti pakai yg tu jugak. Selagi benda tak patut buang mmg takkan buang. Lagi lagi kalau gadget. Kalau phone tu tak turun temurun mmg tak sah. Daddy aku bukan jenis yg ikut trend mcm budak zaman sekarang. Cuma baru sekarang ni je aku suruh dia upgrade sikit phone dia biar kena sikit dgn pangkat dia kerja tu.

Dan, ya, tak salah nak makan sedap. Tak salah nak shopping. Tapi berpada la. Bukan tiap minggu tiap bulan nak shopping. Kau pun shopping mengalahkan aku walaupun aku boleh je mintak duit kat bank bergerak ( daddy ) aku. Tapi aku tahu, nak cari duit bukan senang. Sebab aku dah pernah kerja, walaupun sekadar practical.

Pokok pangkalnya pada diri kita sendiri. Kalau kita pandai jimat, then alhamdulillah. Kalau tak pandai ( shopping branded & makan sesedap sentiasa ), jangan bising duit tak cukup bila nak akhir bulan. Aku bukan nak membandingkan. Cuma aku taknak kawan kawan aku boros. Putih mata bila dapat duit dan terlupa duit tu pinjaman je nanti kena bayar balik.

Whatever it is, jangan lupa juga sedekah. Lagi banyak kita keluarkan, lagi banyak kita dapat. Walaupun sikit. Itu janji Allah.

Tips jimat ( my tips )

1. Boleh nak makan sedap, makan mahal tapi limitkan seminggu sekali sahaja. In shaa Allah seminggu rm50 or less boleh cukup.
2. Bila tengok orang shopping, sila tahan nafsu. Tunggu akhir bulan.
3. Paling penting, beli barang yg perlu SAHAJA. Bukan ikut kemahuan kita. Kecuali bab makan. Kalau rasa nak makan, beli. Nanti kempunan susah pulak.
4. Duit balance tiap bulan yg ada tu, bahagi 2/3. Sikit utk shopping ( kalau nak sangat, kalau taknak boleh simpan ), sikit bagi mak ayah kat kampung in shaa allah lagi berkat & lagi sikit tu buat simpanan kalau tiba tiba ada emergency atau utk keperluan universiti.

I hope this helps ! Terima kasih. Assalamualaikum.

– Student bukan tajaan MARA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit