Assalamualaikum , aku kat sini nak bagi tahu korang tips perbelanjaan aku sebanyak Rm4000 sahaja. Tetapi , majlis sebegini haruslah dipersetujui kedua2 belah pihak. Kalau tak , akan jadi pertelingkahan di kemudian hari. Nak kahwin senang je , nak atau taknak je. Tak perlu tunggu rm10000 untuk habis kan dalam masa sehari. Membazir. Kalau ikut hati mati , cukuplah dalam sederhana.
List bajet untuk wedding aku.
– baju butik untuk dua pasang (Rm450).
– Makeup = Rm230
– Khemah, kerusi meja , meja makan beradap pengantin = rm800
– Makanan ( gotong royong )upah masak serta bahan = Rm1100
– Sewa dewan = Rm150
– Pinggan cawan dan peralatan = (sponsored) belah lelaki
– Mas kawen = Rm777
– Kadi = Rm120
– Duit dokumen nikah = Rm20
– Duit honeymoon = Rm300
Honeymoon ke pineng untuk 3hari2malam
– bukit bendera
– batu feringgi
– museum 3D
– padang kota
– Hotel murah selesa dan cantik
Etc.
Boleh kan macam tu ? Bahagia tak rasanya dapat pergi dengan tersayang. Dengan bajet rm4k pun boleh kahwin
Apa yg berbeza dgn pasangan lain ??
❌ pelamin
❌ photographer
✅satu kenduri sahaja di belah perempuan
✅ Kenduri malam ( Sangat jimat serta waktu terhad ) majlis saya dari pukul 8.30 malam hingga 11malam sahaja.
Selepas jam 11 sesi mengemas pulak
✅Guna Dslr nikon sendiri.
✅Jemputan 500pax
✅ Nikah malam terus kenduri
Mudah kan ? Tak semua dapat buat macam ni sebenarnya. Bergantung kepada pasangan masing2 . Kalau dua2 boleh bertolak ansur sangat senang. Paling penting kedua2 buah keluarga perlu main peranan. Cuma ingat , Allah akan mempermudahkan pasangan yg nak mendrikan masjid. Jangan fikir mulut orang , kalau ikut mulut orang kita yang rugi. Pedulikan apa orang nak cakap, orang sekarang terlalu mementingkan adat. Sampai terlupa mana yang perlu.
Tak kesian ke kat pasangan kita kena bekerja keras nak cari duit hantaran kita yg tinggi melambung tu. kemudian lenyap dalam sehari sahaja ??
Lagi satu nak bagitahu , kalau rasa nak photoshoot ? One day bila kau dah ada sikit duit, sewa baju , cari photographer then shoot at anywhere you want. Boleh kan? Kena bijak merancang. Biarkan cemuhan orang sekeliling , pekak kan telinga teruskan hidup bersama orang tersayang. Tapi kalau korang mampu buat lah yang grand semua tu , aku cerita sebab aku kurang mampu. Lepas kahwin aku bebas hutang , takde loan Aeon , takde Duit Ahlong semua. Alhamdulillah. Lepas kahwin banyak lagi benda korang kena fikir , banyak lagi benda nak kena bayar. Merancang daripada awal okay. Goodluck semua !
– Sis Bahagia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit