Terima kasih jika admin siarkan confession saya.
Bismillah, saya Ira seorang ibu muda kepada seorang mujahid berumur setahun 6 bulan, dan alhamdulillah tengah mengandung anak kedua.. Doakan saya selamat bersalin dan dipermudahkan ya.
Saya tertarik nak share dengan semua, pengalaman atau lebih kepada eksperimen saya sendiri terhadap anak saya sejak beliau dilahirkan. Saya berasa sangat kekok saat pertama melahirkan anak dan saat pertama pegang seorang hamba allah bernama ANAK. Setiap kali dia nangis, saya jadi sangat bimbang kalau boleh cepat-cepat nak lihat keadaan dia, kenapa dia nangis? lapar ke? sakit perut ke? gatal badan ke? huhu.. Itu mungkin biasa bagi semua perempuan bernama IBU.
Alhamdulillah, sejak setahun 6 bulan usia anak saya pelbagai perkara pelbagai ilmu saya perlajari daripada dia baby sampai la sekarang dah bising mulutnya panggil ayah,ayah, sampai ibu pun panggil ayah juga. tips yang saya nak bagi tahu ini, alhamdulillah sangat berkesan saya banyak belajar dari ibu, mak mertua, serta doktor. Mungkin tips ini sangat mudah tapi saya saja nak share supaya lebih ramai ibu-ibu muda seperti saya tahu hendak buat apa bila anak tiba-tiba badan panas, tiba-tiba je demam.
Ok, semua saya nak bagi tahu la ini tips dia.. hehe.. pertama kalau badan anak tiba-tiba panas, tiba-tiba sangat panas malam-malam ke..
1) Jangan buka kipas terlalu kuat semasa tidur, supaya baby selesa.
2) Saya rasa kebanyakan baby zaman sekarang tak suka guna selimut, betulkan? anak saya susah sangat nak pakai selimut kecuali tidur dalam aircond ke. jadi bila baby yang demam panas, pakaikan baju yang boleh serap angin dan udara, jangan terlalu tutup bajunya nanti tak masuk udara.
3) Tips yang saya rasa berkesan sejak anak saya baby saya buat, bila dia demam basahkan lampin dengan air paip biasa pun tak apa, lepas itu balut 1 badan baby tu, baru pakaikan baju. Saya akan letak dalam mangkuk air tepi katil, dan selalu basahkan kain tu dan balut lagi badan baby, ulang benda yang sama sampai pagi. Jika badan baby terlalu panas, kain yang basah pun boleh kering sebab panas badan dah serap dalam kain. Biarkan dia tidur malam tu dengan balutan kain tu di badan.
4) Sentiasa basahkan sendi-sendi dia seperti bawah ketiak, pelipat tangan, belakang lutut amik air sapu dekat kawasan itu. Sambil tu selawat juga..
5) Saya juga guna 2 kain basah, 1 balut badan dia dan 1 lagi letak atas kepala dia, biarkan kain tu serap panas-panas badan dia.
Alhamdulillah, tips ini la saya guna waktu anak demam. memang kita sebagi ibu tak boleh tidur kalau anak demam ni. Kita kene sentiasa peka dengan keadaan anak kita. Sejak kebelkangan ini, saya banyak baca mengenai anak-anak kawan yang demam panas, sampai ada yang tertarik kene sawan, ya Allah kesian sangat dekat baby. Sebagai ibu, kita kene cepat bertindak sebelum anak kita terjadi apa-apa. Selama anak saya lahir, dan saya amalkan macam ini alhamdulillah, selalu dia demam sekejap je. dalam masa sehari ke dua hari demam dah baik dah.
Mula-mula dulu masa awal-awal bersalin saya pun belum pandai nak uruskan anak demam ni, yang tahu demam je bawak pergi klinik. tapi kesudahnya demam baik cuma makan masa siket la. sebab tu saya cuba amalkan apa yang doktor nasihat, ada setengah doktor cakap kalau anak demam terlalu panas di tengah-tengah malam, mandikan saja baby tu dengan air paip biasa. Tapi yang ini saya belum pernah buat.
Kepada ibu-ibu muda diluar sana seperti saya, mohon bertindak cepat kalau anak-anak anda demam. Jangan dah sampai jadi benda yang tidak elok, baby dah kene sawan baru anda nak bertindak ya. Maaf kalau perkongsian saya ini, nampak biasa sahaja.
Terima kasih kepada yang sudi membaca.
– Ibu Hamka
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit