Tip Senyum Nampak Gigi (Bacaan Untuk Yang Ada Gigi Sahaja)

Assalamualaikum,
maybe ramai rasa benda ni tak penting tapi untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut, boleh teruskan baca. Aku dulu tak suka senyum nampak gigi sebab aku rasa aku buruk kalau senyum macam tu. Tapi bila dah meningkat usia ni, tengok kawan aku ramai makin cantik dan… aku sedar satu benda. Mostly dorang senyum nampak gigi dan aku rasa tu yang buat diri dorang nampak lebih menyerlah dan cantik. Aku dulu teringinlah jugak nak senyum nampak gigi tapi tak konfiden beb. Rasa pelik dan janggal.

Sekarang? Alhamdulillah aku dah belajar senyum nampak gigi dan aku rasa semakin yakin dengan diri sendiri. Aku share ni sebab dulu pun aku tak takut nak senyum nampak gigi dan ternyata sebab aku kurang keyakinan diri. Manalah tahu ramai yang tengah menghadapi perkara sama macam aku. So, kenapa kena senyum nampak gigi?
1. Kita akan nampak lebih berkeyakinan diri. Bukan tu je, kita juga akan lebih yakin dengan diri sendiri.
2. Diri kita akan nampak lebih terbuka dan orang pun senang nak approach, maksudnya orang tak takut nak berborak dengan kita.
3. Senyuman kita akan kelihatan lebih ikhlas dan menawan.
4. Smiling is a great start to the day.
5. Senyum itu sedekah.

Ni aku just share benda yang aku buat sebelum aku pandai senyum nampak gigi. Tak kisahlah gigi berterabur ke apa, ada je kawan aku gigi berterabur tapi disebabkan gigi berterabur dia tulah yang membuatkan dia nampak lagi comel bila senyum. Aku suka tengok gigi dia. Don’t get me wrong, sesetengah orang gigi berterabur pun comel! Tapi sekarang dia dah pakai braces, aku pulak sedih haha

1. Praktis Senyum Nampak Gigi Depan Cermin
Kita akan tak malu nak praktis sebab kita tahu kita sorang je yang tengah tengok diri kita senyum and takde orang pun nak judge. Cubalah cari senyuman macam mana yang nampak sesuai dengan kita. Senyum terbukak mulut sikit ke panjang lebar ke. Lepas tu cuba selesakan diri senyum macam tu. Bila kita dah biasa tengok diri sendiri senyum nampak gigi, perkara ni akan jadi tak kekok dah.

2. Senyum Setiap Kali Gosok Gigi
Ni juga merupakan satu praktis yang baik sebab bila kita gosok gigi, kita kena bukak mulut dan secara tak langsung kita pun akan tunjuk gigi. Dah alang-alang tu praktis je senyum sekali.

3. Praktis Bercakap Sambil Senyum
Bila kita bercakap jugak kita kena bukak mulut. Senyum jelah jugak. Rasa lagi semangat kan nak berborak dengan orang yang senyum bila bercakap? So apa salahnya kita pun praktis bercakap sambil senyum jugak!

4. Puji Senyuman Sendiri
Kalau kita tak puji diri sendiri, siapa lagi? Bila kita puji senyuman kita cantik, kita akan lebih yakin nak senyum selalu. Kenapa kena tunggu orang puji baru nak buat? Our opinion about ourselves matters more than others.

5. Nampakkan Barisan Gigi Atas
Menampakkan gigi barisan atas bila senyum pun dah cukup menawan. Tak perlu tunjuk semua gigi pun sebab nanti nampak pelik atau excited terlebih pulak. Tapi, kalau lagi comel senyum nampak semua gigi, apa salahnya kan?

6. Just smile!
Senyum jelah dekat semua orang yang kita jumpa. Senyum jugak bila tangkap gambar. Tak perlu peduli pun orang nak cakap kita senyum buruk atau gigi tak cantik. Asalkan kita bahagia dan ceria untuk mulakan hari kita. Kita jugak akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri!

So tu je tips aku. Jangan lupa mulakan hari anda dengan senyuman!

– Nasreen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit