TIPS STUDY, ESPECIALLY UNTUK STUDY LAST MINUTE (EXAM-ORIENTED)
Assalamualaikum semua. Thank you in advance admin kalau confession ini disiarkan.
Alhamdulillah, aku baru beberapa bulan habis degree. Sebelum nak confess ni, fikir banyak kali juga nak confess ke tidak. Tapi aku decide nak confess sebab mana tau, berguna ke tips study yang aku bagi ni, dapat sikit saham akhirat.
Selepas aku teliti, students ni aku bahagikan kepada tiga kategori apabila belajar; 1) perlu jangka masa yang lama untuk belajar (contohnya perlu belajar dua-tiga hari atau lebih sebelum test, 2) perlu beberapa jam sebelum test sahaja untuk belajar (contohnya esok test, malam ni baru nak study), 3) tak study langsung, bergantung pada lecture je (yang ini gifted, e.g. ada strong memory, excellent photographic memory etc). Ni hanya kategori yang aku buat berdasarkan pemerhatian tau, jangan pula korang google cari accuracy kategori-kategori ni.
Aku ni dalam kategori ke dua (2). Aku ni suka sangat study last minute. In fact, lebih prefer study last minute walaupun ada cuti dua tiga hari before test. Buat assignment pun macam tu, suka last minute. Dari sekolah, matrik, sampailah ke universiti, sepesen je cara belajar. Tapi bagi aku, aku berpegang pada ayat “STUDY SMART”. So aku dah buat trial and error aku sendiri pasal study last minute. Jadi, korang yang minat study last minute ni, boleh lah follow tips aku ni. Tips ni juga in shaa Allah berguna untuk semua students generally.
Memandangkan pening nak start kat mana tips aku ni and readers pun probably banyak students (aku assume), so aku start dari beginning masuk sem baru. Tipsnya adalah:
1) PRINT NOTES SIAP-SIAP
Masa kat matrik awal sem 2, aku dah aware cara belajar. So aku minta tolong kawan aku yang ada full notes (lecture notes) untuk photocopy untuk aku and aku beli dari dia. Di uni, bila aku confirm je masuk kelas lecturer sekian-sekian, aku akan tengok dekat student portal under subject yang aku ambil and check lecturer mana yang dah letak lecture notes. Kalau lecturer aku letak lecture notes dia, aku akan download and print week 1 punya dulu. Kalau lecturer aku tak letak lecture notes kat student portal, aku akan download dulu lecture notes yang lecturer lain letak, to be safe. Then, masa dalam kelas minggu yang pertama, aku akan tanya pasal lecture notes ni, sama ada dia akan post dalam student portal, or dia akan bagi and kita photocopy, atau ada buku yang dia akan gunakan dalam kelas.
Kenapa aku tekankan cari lecture notes or buku yang lecturer akan gunakan ni? Sebab dengan cara ini, kau akan senang bila dalam kelas, percayalah. Orang lain tengah salin macam robot apa yang lecturer kau berhujah, kau relax je pandang dia sambil tambah sikit-sikit dekat notes yang kau dah print tu extra info yang dia cakap tapi tak tulis dalam lecture notes yang dia post/suruh photocopy. Tapi jangan pula kau dah print, lepas tu kau bagi bantal kau baca masa kau pergi kelas. Maka menjadi robot menulis lah dikau di dalam kelas.
Kebaikan lain print lecture notes siap-siap or beli buku yang lecturer kau guna adalah kau dapat baca malam sebelum kau pergi kelas tu. So kau macam one step ahead dari orang yang tak baca notes tu lagi. Makanya, kau akan lebih senang faham apa yang lecturer kau ajar. Jadi, bila lecturer kau nak tanya soalan pun, kau boleh memandang lecturer tanpa risau, tanpa perlu avoid dari pandang mata lecturer kau semata-mata untuk lari dari tidak ditanya. Tak adalah kau terkulat-kulat pandang buku conteng kau atas meja.
Senangnya tip pertama ni untuk orang yang suka study last minute adalah dia hanya perlu baca notes yang dia dah tambah extra info lecturer bagi and just baca points dalam buku yang dah di highlight bila nak test/exam. Aku suka betul baca slide notes ni, sebab dia dah terbahagi ikut chapter/week. Senang dan cepat. Bagi yang study last minute, 10 minutes pun penting dan boleh bawa banyak perbezaan. Jadi notes yang clear sangatlah penting.
2) FOKUS DALAM KELAS
Ini pun penting. Antara sebab kau kena ada printed lecture notes or textbook adalah untuk membantu kau untuk fokus dalam kelas. Bila kau fokus, kau senang nak faham apa yang lecturer ajar. Bila kau dah faham dalam kelas, bila kau nak study untuk test pun, dah kurang problem kau untuk ingat sebab kau dah register info tu dalam otak kau masa kat kelas dulu. Masa untuk belajar pun jadi kurang, so kau boleh fokus pada chapter lain yang kau rasa susah or banyak kena hafal.
Jangan sesekali main or pegang handphone bila lecturer tengah mengajar (kecuali lecturer kau bagi break for 5 minutes ke, suruh kau cari info, or kau ada emergency). Jangan tidur waktu lecturer tengah mengajar (kecuali kau sakit-minta permission lecturer or suruh kawan kau bagi tau kau sakit). Rasa mengantuk tu biasa, cuba lawan sebolehnya. Beli gula-gula and beli jajan untuk makan dalam kelas (tengok jenis lecturer- ada yang bagi kau makan dalam kelas, ada yang tidak). Jangan bercakap-cakap dengan kawan-kawan sebelah. Pandang lecturer kau yang tengah berdiri dan bercakap kat depan tu.
Bagi aku, penting untuk kita jaga adab bila kita belajar. Lecturers ni yang akan turunkan ilmu yang Allah pinjamkan kat dia pada kita. Ilmu tu juga cahaya. So, kalau kau sakitkan hati lecturer kau dengan main hp, tidur, dan bercakap, tak berkat la ilmu yang kau dapat tu. And aku rasa mungkin itu salah satu sebab kenapa kadang-kadang susah untuk kita faham apa yang kita belajar. Jadi, cuba lah fokus masa dalam kelas dan jagalah adab-adab menuntut ilmu.
3) JAGA ATTENDANCE
Selama aku belajar kat u, aku tak pernah suruh orang sign kan attendance aku kalau aku tak datang kelas. Yang aku selalu kena time aku datang kelas and nak sign kat column nama aku, ada orang dah tolong signkan untuk aku. Bukan sebab apa, sebab sign aku simple, initial nama aku je. Haha. Aku jenis yang jaga attendance, hanya akan cuti bila betul2 perlu. Ini juga berkait rapat dengan adab menuntut ilmu. Penting untuk kita jaga impression lecturer pada kita. Kalau kita jenis yang tak suka ponteng, mungkin lembut sikit hati dia nak tolong kita bila kita perlukan pertolongan. Plus, kalau kau jenis yang suka ponteng, aku yakin kau akan kehilangan atau ketinggalan banyak benda.
Jadi, jagalah attendance. Jangan menipu sign attendance, tak datang tapi suruh kawan signkan. Sebab kita kan nak cari rezeki yang halal dengan sijil yang kita dapat ni. So, kalau kita menipu, kurang la berkat rezeki yang kita akan dapat dari penipuan kita tu.
4) JAGA HUBUNGAN DENGAN TUHAN
Yang ini, sangatlah aku tekankan. Yang pasti, aku nampak sendiri perbezaan bila aku dekat dengan Tuhan dan bila aku jauh dengan Tuhan. Bila aku dekat dan bergantung dengan Tuhan, mudah sangat perjalanan aku dalam mencari ilmu as compared dengan waktu aku jauh dengan Tuhan. Masa aku jauh dengan Tuhan pun Dia senangkan journey pembelajaran aku, alhamdulillah, dan bila aku cuba untuk makin dekat dengan Dia, bertambah-tambah mudah perjalanan aku.
Aku cerita satu kejadian jadi pada aku yang aku sendiri amazed, Subhanallah. Aku ni bukanlah budak yang baik sangat. Solat masa sekolah menengah pun kuat mengelat, lambat-lambatkan. Form 3 baru aku solat penuh, itupun qada’ tak terkira. Tapi eventually, lepas aku masuk matrik, aku belajar sikit-sikit pasal Islam by heart. Aku belajar kebergantungan pada Tuhan, betapa Tuhan tu hanya satu-satunya tempat kita bergantung. Aku belajar yang semua benda Tuhan yang punya, termasuk masa. Aku mengaji lebih kerap, tanpa perlu disuruh. Alhamdulillah, Tuhan mudahkan apa yang aku minta. Result pun cemerlang pada sem 2 di matrik.
Time went by. Kejadian yang mengagumkan aku ni jadi bila aku masuk degree sem 1. Aku kan study last minute, so untuk final, aku study la sehari sebelum hari paper. Nak dijadikan cerita, aku habis study (aku jenis study baca sekali je, normally satu chapter aku habiskan approximately 1 jam- 1 jam setengah) pukul 4 pagi. Aku penat, so aku decide nak tidur sekejap sementara tunggu subuh. Dah set jam semua, aku pun tidur. Bila aku bangun, aku tengok jam pukul 8.18 pagi. Paper aku pukul 9, and aku kena masuk dewan pukul 8.45. Dan selalunya, perjalanan aku ke fakulti aku dari kampus induk akan ambil dalam 30 minit sebab aku kena ambil dua bas (campur waktu menunggu). Plus, aku tak mandi lagi, solat subuh pun belum. Haa, buat lah kira-kira sendiri sempat ke tak aku sampai.
Time tu, aku tak rasa apa-apa. Terkejut sikit tu ada, tapi macam tak cemas sangat pun. Dalam hati aku teringat, takkanlah aku nak kejar paper, sampai solat aku taknak buat. So aku macam teringat yang MASA tu pun Tuhan punya. Aku doa kat pemilik masa, agar sempatkan aku sampai tepat pada masanya. Aku tawakkal totally pada Tuhan. Aku pergi mandi, and habis mandi, aku telefon pakcik teksi. ALHAMDULILLAH, dia pun memang nak pergi kampus aku sebab nak hantar orang ke bus station nearby. Aku solat, siap-siap dan turun bawah. Dia pun baru sampai, aku pun naik. Dalam hati, aku baca ayat kursi agar urusan aku dipermudahkan.
Alhamdulillah, aku sampai kat fac aku 8.46. Classmates aku pun tak masuk lagi exam hall. Tak lama lepas aku sampai, kami pun dipanggil masuk. Punya bersyukur aku time tu. Betullah janji Tuhan, Dia sahajalah tempat bergantung dan Dia tak pernah mengecewakan. Aku taknak serabutkan otak aku dengan fikir, macam mana aku sempat buat semua benda walhal aku jenis yang kalau mandi, selalu paling cepat 15 minit. Tambahan nak sampai fac secepat 15 minutes pun selalunya susah. Tapi dalam 28 minit, aku dapat mandi, solat, siap, naik teksi pergi fac. Aku tak tahulah korang amazed ke tak, tapi bagi yang satu fac dengan aku, mungkin amazed dengan cerita aku ni. hehehe.
Kesimpulannya, cubalah dekatkan diri dengan Tuhan. Cuba baca Quran dan tafsir quran. Mesti rasa semuanya kena pada diri sendiri dan rasa banyak lagi yang kau tak tahu dan boleh belajar. Semoga Allah tetapkan hati kita di jalan-Nya yang benar.
5) JAGA HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA, KELUARGA
Telefonlah ibu bapa dan keluarga kita. Walaupun kau jenis yang balik tiap-tiap minggu, telefon ibu bapa kau setiap hari or dua hari sekali. Bila nak quiz sekalipun, bagi tahu mereka dan minta agar mereka doakan kita. Kalau nak exam apatah lagi. Ingat, doa ibu bapa ini tiada hijab, Allah akan makbulkan. Jadi, mintalah mereka untuk doakan kita. Minta maaf dengan mereka sebelum exam.
Jangan hanya nak telefon pakwe/makwe je setiap hari, tapi ibu bapa kita abaikan. Alhamdulillah, aku tak diuji dengan masalah couple-couple ni sangat. Crush tu ada. Tapi demi tidak menyerabutkan kepala aku untuk suka orang lama-lama, so aku just confess je terus kat crush aku tu. And few times jugak rejected. Haha. Tapi aku tak simpan dalam hati, in fact aku lega sebab tak adalah aku berharap. Aku pun boleh fokus kat study. Aku lebih suka confess kat orang, dari simpan sahaja dalam hati. Lantaklah orang nak kata perigi cari timba ke hape.
Btw, kalau korang ada kekasih, ingatlah, janganlah melanggar batas lelaki dan perempuan. Pegang-pegang itu haram, ringan-ringan itu haram. Janganlah mendekati zina. Dah, aku taknak cakap lebih-lebih bab ni, karang kata aku buat ceramah pulak.
*** EXTRA TIP
Aku bila nak final, aku buat jadual. Memandangkan aku study last minute, satu jam sebelum paper pun berharga. Jadi aku akan kira siap2 chapter 1 ada berapa total slides and pages. Bawah ni aku tunjuk contoh roughly jadual aku:
| CHAPTER | TOTAL PAGES | NUMBER OF SLIDES PER PAGE | ESTIMATED TIME |
| 1 | 8 | 6 | 1 HOUR |
Then, aku kira total chapters and total hours needed. Selalunya aku buat jadual ni waktu aku study week. Orang lain belajar, aku buat jadual ni. Aku ketepikan siap-siap bahan bacaan aku. Lepas tu aku tidur dan bersenang-lenang. Dah nak dekat paper baru aku nak study.
Alhamdulillah, walaupun aku suka study last minute and kuat main-main (tak serious), masa sekolah rendah sampai menengah, aku duduk dalam kelas pertama (except darjah satu sebab cikgu main masukkan je dalam kelas, yela baru naik sekolah rendah dari tadika). Masa matrik, walaupun sem satu aku lagha dengan kakom and still dalam adjusting period (aku budak sekolah harian, tak pernah duduk asrama), alhamdulillah aku dapat result above 3.5 cgpa. Kat uni, alhamdulillah hanya sem 1 aku tak dapat DL (adjusting period lagi kononnya, haha), yang lain semua dapat DL. Alhamdulillah, aku dapat first class with honours.
Aku dah mengantuk. Maaf kalau ada salah eja ke, point kurang sampai ke. Aku harap post ini membantu. Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat, dan aku doakan admin IIUM dan semua pembaca kejayaan di dunia dan di akhirat. Assalamualaikum.
– TIYEAM
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit