Tip Survival Untuk Introverts

Hi semua. Saya membaca setiap satu komen-komen yang ditulis untuk post https://iiumc.com/my-life-so-far-as-an-introvert/

Tujuan saya menulis adalah untuk memberikan kata semangat atau sedikit inspirasi dari pengalaman saya sebagai introvert.

Mungkin saya dilihat sebagai introvert yang kurang berjaya, tapi kejayaan adalah ditetapkan diri saya sendiri tidak dibandingkan dengan yang lain dan amat penting saya redha dan bahagia.

Tiada makna bersedih memikirkan yang kita tidak dapat ‘fit in’ dalam dunia yang mencabar. Redha adalah lebih tenang dan bahagia. Tapi nak redha kena belajar ilmunya dan praktis.

Bagi mereka yang bukan introvert, yang sering dikenali dengan behaviour social butterfly, charming, peramah mungkin mereka akan dapat kenal pasti kenalan mereka yang dilihat sebagai socially awkward, bercakap apabila perlu, nervous/gusar.

Mungkin bagi yang bukan introvert, sesetengah mereka beranggapan semua orang adalah sama, tidak memahami dan menerima kelainan behaviour orang lain serta menidakkan perasaan seorang introvert.

Introvert merupakan personality traits dan bukan mental disorder. Tiada kecenderungan membunuh diri kerana itu adalah mental issue yang berkait rapat dengan depresi.

Introvert boleh berfungsi dengan baik dan menjadi penyumbang di dalam keluarga, masyarakat dan negara. Mereka boleh menjadi pakar di dalam bidang pekerjaan yang dipilih.

Disebabkan beberapa behaviour challenges yang sering dihadapi oleh introvert seperti social anxiety (merasa tidak selesa dan takut dengan situasi orang yang ramai)

Dan nervousness/kegusaran yang menyebabkan tidak dapat berkomunikasi dengan baik (communication barrier), mereka perlu paksa diri untuk “mask” keadaan diri dan cuba berkomunikasi dengan efektif sebagai contoh apabila menjadi team leader atau team member.

Selepas sesi meeting, brainstorming atau menghadiri workshop, “social battery” akan habis dan perlu recharge semula dengan luangkan masa berseorangan.

Disebabkan introvert akan berfikir sebelum bercakap, seeloknya beri masa kepada mereka untuk beri respon samada memberi mereka notis awal yang mereka perlu bercakap dan memberi cadangan atau bertanya melalui e-mail atau text.

Sedikit tips survival kepada semua introvert diluar sana.

1. Cari pekerjaan yang sesuai dengan personality traits. Pekerjaan disebalik tabir seperti computer programmer, data specialist, researcher, antara kerja yang kurang interaksi dengan manusia.

Bagi yang baru bekerja, beranikan diri tampil ke depan jadi emcee, buat briefing dalam team meeting untuk asah skil komunikasi.

Penting, kena plan dan tulis skrip. Kalau tak nak nampak ketara baca skrip, belajar buat mental note points untuk bercakap.

2. Untuk survive dalam networking events atau majlis keramaian, it’s ok to over prepare. Ambil tahu butiran Majlis seperti siapa yang akan hadir, nama VIP, objektif event.

Butiran ni boleh jadi points untuk berborak-borak nanti dengan orang.

Small talk ialah sesuatu yang tidak digemari oleh introvert, jadi bolehlah bercakap sesuatu yang berkenaan dengan event. Tapi cubalah cari topic informal seperti traffic ke, covid ke sebagai small talk.

3. Sebelum menghadiri apa-apa meeting, seperti biasa boleh over prepare.

Pastikan baca agenda mesyuarat dan ambil tahu jika anda perlu berikan input supaya anda boleh bersedia lebih awal secara mental dan sediakan points untuk bercakap.

4. Dalam seminggu di ofis, boleh luang masa mungkin 3 kali makan tengahari untuk catch-up dengan rakan pejabat.

Lagi 2 kali tu, kalau nak ada ‘me time’ makan lunch seorang, makanlah tapi sediakan mental anda dan juga jawapan bila ada rakan yang tanya kenapa makan seorang diri.

5. Ambil peluang untuk sapa rakan dan superior bila jumpa di ofis. Bila bercakap, guna nada yang tak terlalu perlahan supaya orang boleh bagi perhatian pada anda.

Pandang muka dan buat eye contact. Secara automatik, anda akan rasa confident dengan diri sendiri.

6. Selain kerja, cari hobi atau projek yang kreatif dan sihat untuk hilangkan stress. Hobi seperti journaling, content creating, memasak, road trips, hiking atau pun luangkan masa beriadah bersama keluarga boleh de-stress kan diri.

7. Untuk menghilangkan kegusaran/nervousness di dalam social setting, tonton video penceramah yang anda admire dari segi penyampaian yang berwibawa, berkarisma dan articulate.

Cuba praktis berulang kali skrip anda serta bayangkan anda boleh bercakap seperti penceramah tersebut. Tip ni berguna buat saya untuk menaikkan tahap confident untuk bercakap.

8. Bagi yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin, ilmu komunikasi adalah perisai kebahagiaan rumah tangga. Suami dan isteri adalah satu unit, bukan dua unit berbeza. Buat keputusan sebagai satu unit.

Urus emosi diri sendiri dengan baik. Kebahagian isteri dan suami adalah tangung jawab masing2. Isteri tidak perlukan suami untuk membuatkan dirinya rasa bahagia. Bahagia mesti datang dari diri sendiri.

Jika penat anda rehat, jika sedih anda nangis, jika marah, cari punca marah dan selesaikannya.

Jika emosi terganggu beritahu pada pasangan, anda perlukan masa untuk tenang. Pulanglah ke pangkuan suami/isteri dengan emosi yang sudah terkawal.

Jika ada masalah pengurusan emosi, saya berpendapat solusi yang terbaik adalah berjumpa pakar perubatan bertauliah yang boleh membuat assessment dan memberikan rawatan yang sepatutnya.

You’ll be surprised, sometimes the solution is talking therapy with qualified medical practitioner.

Akhir kata, tips yang ditulis adalah dari pengalaman sendiri dan setakat ini, tips ini telah membantu saya untuk meneruskan kehidupan.

Sekiranya berguna untuk anda, boleh amalkan. Jika tidak relevan, boleh abaikan.

Saya doakan anda semua dapat meneruskan kehidupan dengan bersemangat dan ‘take a day at a time’ and you’ll survive.

– Lily Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *