Tip Tangani Perbezaan

Assalamualaikum semua

Anda pernah bertemu dengan sesiapa yang mempunyai fahaman politik? Yelah dalam kata mudahnya, berbeza parti sokongan. Tidak kisahlah parti kerajaan ke pembangkang atau sesama pembangkang di peringkat persekutuan.

OK, kalau sebab bukan famili, tiada lah apa rasa sangat. Tapi jika dalam sesama ahli famili, lagi lagi famili mentua.

Tips berikut boleh digunakan.

1) Study sikit apa yang mereka bakal cerita. Contoh mentua penyokong parti A, layankan ajelah pasal baik-baik pasal parti A. Jangan nak membalas pasal parti B, parti C hatta parti Z (sekiranya anda sokong parti berlainan). Kalau tak reti menjawab, bagi jawapan neutral macam:

“Saya tidak layan politik”.

Kalau korang kena basuh, pekakkan telinga dan JANGAN SEKALI ARGUE / MELATAH. Lebih-lebih lagi sokongan peribadi anda jangan sekali ditunjukkan.

2) Jangan sekali-kali buka mulut pasal politik, jangan!

3) Buka cerita yang famili mentua suka borak. Bab makan ke, bab bola sepak ke (aku nasihatkan EPL la, nak troll bahan Arsenal selalu no 4, Liverpool tak menang liga dah lama, Chelsea, Man City kaya baru ada fans baru la ok…kalau liga Malaysia panas manjang, heh).

4) Terima je seadanya keluarga mentua korang tak sama parti. Paling penting tanggungjawab keluarga diutamakan! Tolak tepi parti parti tu…birthday parti takpe..hihihi…

Korang ada tip lain? Meh kongsi…ini bukan apa, untuk keamanan keluarga juga. Jangan terkejut, ada je yg cerai berai sebab tak sama parti. Yelah, dah takdirnya macam mana. Kenalah terima. Sesama Islam kita kenalah beradab dan tanggungjawab, jangan dok ikutkan sangat politik itu. Banyak lagi perkara penting. Kannn???

– ANONYMOUS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit