Tip Tangani Senggugut

assalamualaikum,

first of all, aku tau tajuk aku ni macam pelik ja nak share kat sini kan.
tapi bagi aku perempuan mahupun lelaki boleh tahu hal ni dan patut tahu kalau ada orang terdekat mengalami sakit ni.
cena aku nak ckp, yalah kalau kau suami, isteri kau setiap bulan mesti senggugut je, tak kesian ka weih? haa cuba la cari jalan kan nak tolong isteri tu. lebih kurang lah kan.

aku ni mmg akan senggugut setiap bulan, sampai ada satu posisi ja aku boleh duduk tido mahupun berdiri. once dah dpt position tu, jangan gerak. kalau gerak mahu aku libas segala benda. *cey over. benda ni aku amal dalam hidup aku ni dengan takde niat nak hilangkan senggugut, tapi aku perasan banyak benda dah berubah jadi lebih baik bila aku ubah cara hidup aku ni. so aku ada rasa nak share lah benda baik ni. harapnya admin approve :)

kay.

1. jogging 20 minit setiap hari / selang sehari
jogging ni aku start sebab nak hilangkan bosan petang-petang, dan dengan niat taknak tido lepas asar. so productive la sikit petang aku. awal-awal start mmg semput, setiap hari aku akan tambah jarak jogging aku, boleh la tambah stamina kan dan memang semput. trust me, dalam masa seminggu dua minggu kau akan rasa badan dah mula ringan. dah tak mengah mengah lagi.

2. kurangkan / jangan makan ayam hormon
which is ayam botox tu lah. aku dah tak makan ayam ni sebab nak kurangkan jerawat kat muka ni haa. (jerawat pon hilang, hehe). selepas sebulan aku tak makan ayam, nampak lah kesan di mana aku dah tak senggugut lagi. aku rasa ni semua sebab pemakanan kita. lagipun hormon yang dorang cucuk tu sangat bahaya tuk badan kita kalau mencekik ayam harihari.

3. plain water aka Ayaq Kosong
ni sangat penting, dah setiap hari jogging, peluh banyak keluar. badan kita ni, apa yang kita buang , kena ganti balik. so minum lah air bebanyak. bukan nak hilangkan senggugut ja, tapi nak buang toksin dalam badan dan supaya licin ja proses dlam badan kita tu. rasa ke perubahan dia? yes ! rasa sangat. nak tau rasa apa, try lah hehe.

4. banyakkan ambik sayur dan buah
sejak tak makan ayam ni, aku rasa mcm tak complete kalau nasi dengan telur je haha. so aku decide tambah sayur yang banyak. aku selalu ambik salad dan cendawan goreng. time makan tu berangan salad dengan cendawan tu macam ayam goreng. hahaahaha susah kau, aku ni dh la penggemar chicken wing.

5. hygiene
okay pasal ni aku mintak maaf agak terbuka aku share kan. tapi i will proceed. pertama, bila datang period tu, sediakan stok pad yang banyak (takdela satu lori). sebab kita perlu tukar pad 5 -6 jam sekali. kalau macam aku, kadang 3-4 jam dah tukar bila tak selesa tu. tak payah peram lelama. rajin rajin lah tukar ye. kalau rasa nak jimat duit beli pad tu, sekarang aku nak tnya, rahim kau tu lagi murah drpd pad tu ya? bagi suami tu, kalau kalau isteri period, cuba la ingatkan dia pasal tukar pad ni. bukan ja bagi senggugut, kekadang boleh bawak kpd masalah kesuburan. okay pasal hygiene aku sentuh aspek ni je. yang lain paham paham.

ni jala kot haha selamat beramal. inshaALLAH menjadi kalau niat tu baik kan awak. adios

– lady

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit